Sunday, March 21, 2021

Penyertaan Kali Ke-4 Dalam PBAKL Untuk Merancakkan Industri Perbukuan Negara




Patriots Publishing Sdn Bhd, sebuah syarikat yang menerbitkan bahan bacaan bercetak sesuai untuk pembaca berumur 12 tahun ke atas akan menyertai Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur Dalam Talian (KLIBF Online X Shopee) yang akan bermula pada 19 Mac 2021 hingga 4 April 2021.



Patriots Publishing aktif melibatkan diri dengan pelbagai pesta buku yang dianjurkan terutamanya oleh persatuan dalam industri seperti Malaysian Book Publishers Association (MABOPA) dan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM). Selain daripada untuk mendekatkan ilmu dan buku dengan masyarakat, penyertaan kali ke-4 dalam Pesta Buku Antarabangsa ini juga bakal memberi manfaat kepada pembeli dengan promosi harga yang berbaloi.

Ketua Pegawai Eksekutif Patriots Publishing, Syazrul Aqram Iman menyatakan, “Matlamat penglibatan Patriots Publishing dalam acara pesta buku terbesar dalam talian ini adalah untuk menzahirkan sokongan serta membantu merancakkan aktiviti perbukuan negara. Ia juga adalah untuk meraikan para pembaca dan peminat buku-buku terbitan kami dengan diskaun tinggi yang jarang ditawarkan.”



“Selain itu, kami juga ingin mengambil peluang ini untuk menampilkan judul-judul terbaharu kami kepada para pembaca iaitu Politik Untuk Pemula yang ditulis oleh Ayman Rashdan Wong. Ayman merupakan penulis serta ‘influencer’ yang terkenal dalam membincangkan tentang isu politik serta hubungan antarabangsa. Siri Dunia Tanpa Tembok yang dihasilkan oleh beliau sebelum ini merupakan antara buku terbitan Patriots Publishing yang paling laris dengan lebih 40,000 naskah telah terjual,” tambah Syazrul Aqram.

Patriots Publishing sehingga kini telah menerbitkan lebih 40 judul buku termasuk karya fiksyen serta bukan fiksyen. Untuk penyertaan dalam PBAKL kali ini, promosi hebat bakal diberikan keepada peminat buku dengan diskaun sehingga 30%.

Beberapa judul yang laris jualannya seperti siri Dunia Tanpa Tembok, The Human’s Complex dan Lipur Lara Nusantara serta beberapa judul lain akan dicetak dalam jumlah yang banyak bagi memenuhi permintaan tinggi daripada para pelanggan. Siri pertama dan kedua Dunia Tanpa Tembok juga boleh didapati dalam versi bahasa Inggeris dengan tajuk World Without Walls.



Para peminat buku yang ingin mendapatkan harga diskaun istimewa bagi buku-buku terbitan Patriots Publishing boleh melakukan pembelian melalui platform pembelian dalam talian Shopee sepanjang tempoh PBAKL Dalam Talian 2021 di pautan http://www.shopee.com.my/thepatriotsasia.


6 comments:

  1. Rindu PBAKL sangat-sangat, kalau covid 19 ni dah hilang syoknya bebas keluar macam dulu2

    ReplyDelete
  2. Wah seronok event ni sebenarnya. Dania la paling seronok sebab dia nak mencari novel dia. Kemain SA yang tebal2 ajer dicarinya....

    ReplyDelete
  3. Bolehlah beli buku banyak banyak buat stok duk kat rumah hehehe

    ReplyDelete
  4. all the best Patriots Publishing

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah