Thursday, April 29, 2021

Salam Nuzul Al-Quran 1442H/2021M

 Assalamualaikum

Hi Korang...



Alhamdulillah...hari ni dah 17 Ramadhan. Berbaki 13 hari lagi kita umat Islam bakal memperolehi kemenangan kan...Hari ni juga merupakan sambuatan Nuzul Al- Quran. Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Muhammad ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Muhammad maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Muhammad melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Perkataan “Nuzul” bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad s.a.w maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Terdapat 8 buah negeri yang menjadikan Nuzul al-Quran ini sebagai hari kelepasan am bagi negeri masing-masing untuk  tahun 2021 / 1442H.

Negeri yang cuti bersempena Nuzul al-Quran ini ialah:

  1. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan
  2. Kelantan 
  3. Pahang 
  4. Perak
  5. Perlis
  6. Pulau Pinang
  7. Selangor
  8. Terengganu
Negeri-negeri lain yang tidak menjadikan Nuzul al-Quran sebagai cuti atau hari kelepasan Am bagi negeri masing-masing adalah kerana mereka memilih Awal Ramadhan sebagai Hari Kelepasan Am pada 13 April yang lalu sebagai pilihan.

Selamat menyambut Nuzul Al-Quran buat semua pembaca dan follower blog Suriaamanda..


14 comments:

  1. Salam nuzul Al-Quran juga buat puan.

    ReplyDelete
  2. salam nuzul quran SA yg jelitt ittewww., dan selamat bercutii., ;p

    ReplyDelete
  3. Salam 17 ramadhan kak SA dan keluarga :)

    ReplyDelete
  4. salam nuzul quran..esok kita apply gk cuti..so direct la smp hujung minggu

    ReplyDelete
  5. Salam nuzul al-quran SA...
    wah arini cuti ye.. konpom masak sedap2 tu heheeh

    ReplyDelete
  6. Salam Nuzul Al-Quran dan selamat berpuasa SA

    ReplyDelete
  7. Selamat menyambut Nuzul Al-Quran :)

    ReplyDelete
  8. salam nuzul quran juga buat akak!

    ReplyDelete
  9. Salam Nuzul al Quran mari kita perbanyakkan baca alquran

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah