Sunday, April 11, 2021

Sarapan Di Medan Selera Penghulu Cantik Seremban

Hi korang...

Medan Selera Penghulu Cantik ni memang dah sekian lama ada di Sereman, boleh dikatakan ini kali ke 2 atau ke 3 SA dan family makan kat sini..sebelum ni MCO 1.0 medan selera ni tutup kan...kali ni dah buka semula dan ramai yang datang sarapan di sini. Ramai peniaga disini dan ikut pemerhatian SA menu mereka lebih kurang sama. Nasi Lemak, Mee Kari, Mee Jawa, Mee Sup dan sebagainya. Menu sarapan jer la yang SA nampak..untuk makan tengahari SA tak pasti...ikutkan SA teringin nak makan Mee Jawa sebab lama betul x makan mee jawa...ada mee jawa tulang, mee jawa daging dan mee jawa ayam. SA pilih mee jawa daging. Rasanya? nanti SA share ye...

Jom tengok gambar dulu....


Medan Selera Penghulu Cantik ni terletak bersebelahan dengan Hotel Allson Klana Resort Seremban, penuh sentiasa dan korang boleh tengok parking pun penuh


Tepi jalan ada yang jual baju kanak- kanak...x pasti harganya tapi ada la ramai yang singgah bertanya dan membeli


Kebetulan warna baju SA, Mak dan Dania sama...abah jer pakai baju kaler merah


Mee Jawa yang SA order...rasanya? maaf for me this is not a real mee jawa yang SA selalu makan...takde rasa keledek malah rasanya org yg meniaga ni guna kentang...lebih rasa kari..dan SA x makan habis pun sebab tak kena dengan tekak


Cili jeruk pahit..SA bukan condemn cuma lain plak rasanya cili jeruk ni...


Abah dan Dania makan Nasi Lemak Ayam Goreng


Mak makan nasi lemak sambal paru..


Jaga- jaga abah...sambal tu walau x pedas abah tu baru nak baik...


Anak dara ni makan nasi lemak guna tangan....


Kita wefie jap...share kat grup family


One more wefie


Last- last SA order nasi lemak sambal paru


Muka x puas hati mee jawa x sedap...maybe next kena pi order kat gerai lain


Muka happy makan nasi lemak sambal paru

Total damage makan kat sini RM 27 untuk Nasi lemak+ RM 13 untuk Mee jawa dan air

Total RM40

Alhamdulillah rezeki sarapan satu family semalam...lepas sarapan kami ke Zemart dan terus ke Mydin...nanti SA up entry jenjalan kat Mydin.

Jumpa lagi next entry ye....

Update :- SA masih kepenatan...semalam seharian tido dan baring sampai malam...hari ni kena bergegas untuk entry paid review. Esok nak kena hantar draft dah....

14 comments:

  1. Memnag nampak kuah mee jawa tu tak capai KPI, hihi

    ReplyDelete
  2. Tengok dari gambar pun nampak kuah mee jawa tak sedap kak SA hehehe

    ReplyDelete
  3. teringin nak makan nasi lemak paru 🥺

    ReplyDelete
  4. Ohh inilah dia kedai selera penghulu cantik. Selalu nampak dalam foodpanda tapi tak pernah beli lagi. Mungkin kurang menarik presentation dalam foodpanda apps tu. kuah mee jawa di cair betul nampak. Alamak, cili jeruk pahit. memang tak makan lah camtu.

    ReplyDelete
  5. Ni yg kat hujung jalan tu eh.. Yg dkt ngan ada sign org main gitar ke apa.. Lupa lak..

    ReplyDelete
  6. Memang kecewa kalau makanan tak kena dengan citarasa kita kan.

    ReplyDelete
  7. Lama tak makan Mee Jawa selalu balik kampung suami br dapat rasa.. hehehe

    ReplyDelete
  8. nasi lemak ceduk gitu mmg sedap.. sukaaa

    ReplyDelete
  9. mcm cair je kuah mee jawa tu kn??

    ReplyDelete
  10. Sedap nasi lemak sambal paru kan SA. kalau Kak Amie suka minta tambah sebab nak ratah paru.

    ReplyDelete
  11. haah la mee jawa dia tu kuah pun nampak cair aje...

    ReplyDelete
  12. tak pernah try mee jawa dan rasa area naniey ni xde nampak pula orang jual mee jawa. teringin juga nak rasa.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah