Saturday, May 1, 2021

Nasi Arab Tak Jadi Masak, Mama Ganti Dengan Domino's Pizza

Assalamualaikum...

Hi Korang..

Sambungan kes Nasi Arab tak jadi masak malam semalam...kelakar betul la..Dania dah tarik muka dah...walau tak nampak sangat..but as a mom SA tau la anak SA kan...Masa berbuka sedikit je dia makan...Atuk tanya kenapa makan sikit je kakak...jawapan dia nanti sambung makan..tak kenyang lagi...allahhu...kat situ jer SA tau dah dia merajuk la tu...then SA pun senyap- senyap order Domino's Pizza...amik yang satu pizza ada 4 perisa tu...lantak la kan...ntah apa ke namanya..klik2 jer cepat2 terus bayar online..sebiji pizza tu je kena RM31++. Nak mujuk anak punya pasal layankan aje la....anak sorang boleh la mama layan..cuba ada 3-4 anak kuat merajuk macam Dania...lantak kau di situ la..tak kuasa mama nak layan....


Tepat pukul 8.15pm pizza pun sampai....dalam hujan renyai- renyai adik tu hantar


Pizza dah sampai.....



Dah kenapa plak tidak dipotong macam biasa...satu hal la...dah nampak macam bercampur aduk kan..

Agaknya pizza tu jadi macam tu sebab SA ambil thin crust dan add on extra cheese kot....dah jadi macam bercampur aduk...dah tu kenapa plak x dipotong?erm..lantak la..

Lepas tu Dania tanya kenapa mama beli pizza plak ni...eh..eh...dalam hati SA jawab...nak pujuk awak tu la merajuk...tapi tak terluah la depan dia sebab kang dibuatnya tak makan pizza tu.. Lepas tu SA jawab...saje beli hari ni mama dapat payment job, tapi beli pizza je la sebab kang beli banyak- banyak tak habis. baru la nampak sinar sikit di muka dia...mengada kan....geram jer mama dia...nasib la anak sorang je nak layan. Kalau anak ramai x tau la macam mana.

Pening melayan anak kuat merajuk ni. Kadang tak dapat nak duga ekspressi dia tu melambangkan dia tengah apa. Nak tengok dia happy and giler2 macam mama dia payah..duduk berkurung dalam bilik belajar. Keluar bilik kalau dah bosan...macam ni kot budak- budak yang takde adik beradik lain. Adik beradik dia yang 3 orang tu dah tentu tak selalu jumpa kan..kalau dengan adik beradik sepupu kat sini aduhhh...dia garang plak...aduhai anak...x tau la mama macam mana kamu ni nanti. Dengan makan susah dan memilih macam mana la keadaan kamu kalau dah masuk Kolej ke Universiti ke...risau betul mama ni....

Korang ada pengalaman?

Kalau ada boleh la kongsi ngan SA..... 


12 comments:

  1. apalagi SA
    . cepat2 la tambah adek Dania tu 2 3 4 byk2.. hahaha ckp dgn dania kalo majuk2 lg mak tambah adek byk2 lagi 8 lagikkks.. hahaha

    ReplyDelete
  2. Itulah kak SA, kalau sorang boleh lagi lah melayan, kalau ramai ramai, lantak kome ler hahahaha.
    Setakat ni tak ada pengalaman tapi anak sedara saya pun lebih kurang dania jugak. Memilih sangat makanan. Nak makan biskut roti je, nasi tak nak, air teh je, sampai buntu mommy dia, tak tahu nak buat apa.

    ReplyDelete
  3. Biasalah anak sorang
    merajuklah senjatanya.

    ReplyDelete
  4. Remaja memang tidak lari dari berhadapan dengan krisis identiti SA. Dia dalam proses untuk mencari keyakinan diri. Merajuk tu salah satu cara mereka nak dapatkan perhatian dari orang yang tersayang.

    ReplyDelete
  5. Naluri seorang ibu yg boleh membaca isi hati si anak

    ReplyDelete
  6. rasanya biasa kot remaja skrg banyak menyendiri �� sbb sha dulu macam tu jugak hehe

    ReplyDelete
  7. hahahahaha sedapppppp gak pizza. da lama xmakan pizza hah ni..

    ReplyDelete
  8. mungkin juga tu sebab dia takde adik beradik lain kan..jadi lebih gemar duduk dalam bilik..rakan2 di socmed ramai..

    ReplyDelete
  9. Sedapnya pizza. Selalunya saya beli yang satu flavour je. Tak pernah lagi beli mixed flavours macam tu.

    ReplyDelete
  10. Terubat juga merajuk dia tu dapat pizza. normal mungkin meningkat remaja macam tu kak :)

    ReplyDelete
  11. heheheeheh.. tak ada pengalamana lagi... tapi comel jer SA pujuk dia

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah