Saturday, August 21, 2021

Yang Berhormat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Perdana Menteri Ke 9

Assalamualaikum...

Hi korang...

Alhamdulillah kita dah ada Perdana Menteri yang ke 9 dan perlantikkan akan dilakukan hari ini jam 2.30 petang...syukur...harap PM ke 9 ini dapat menjalankan tugas mentadbir negara dengan sebaiknya...


Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata pelantikan itu selepas baginda menerima surat akuan seramai 114 Ahli Dewan Rakyat sekali gus mencukupi untuk membentuk kerajaan.

"Dari surat-surat akuan tersebut seramai 114 Ahli Dewan Rakyat telah mencalonkan Yang Berhormat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Ahli Parlimen Bera), jumlah majoriti yang mencukupi untuk membentuk Kerajaan.


BIODATA PERDANA MENTERI KE-9

Nama: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Tarikh lahir: 18 Januari 1960

Tempat lahir: Temerloh, Pahang


Pendidikan


• Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) Universiti Malaya (UM) (1980)

• Tingkatan enam (6) di Jaya Akademik

• Sekolah Menengah Teknik Kuantan, Pahang (1976)

• Sekolah Menengah Air Putih, Kuantan, Pahang (1973)

• Sekolah Kebangsaan Bangau, Pahang (1967)


Keluarga


• Mendirikan rumah tangga pada tahun 1986 dengan Datin Seri Muhaini Zainal Abidin

• Mempunyai 4 cahaya mata seorang anak perempuan dan 3 anak lelaki iaitu:

- Nina Sabrina

- Gadaffi lebih dikenali sebagai Dafi

- Nashriq

- Iqbal


Kerjaya/Perkhidmatan


• 1985 - Peguam

• 1995 - 1999 - Setiausaha Politik kepada Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan

• 2008-2009 - Menteri Belia dan Sukan

• 9 April 2009 - 2013 - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

• 2013 - 2015 - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

• 2015 - 2018 - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

• 12 Mac 2020 - Menteri Kanan (Menteri Pertahanan), (Kluster Keselamatan)

• 7 Julai 2021 - Timbalan Perdana Menteri Malaysia


Aktiviti/Kegiatan Luar/Lantikan Lembaga Pengarah


1987 - Ahli Majlis Daerah Temerloh

1996 - Ahli Majlis Perbandaran Temerloh

1995 - Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pahang Tenggara (DARA) & Ahli Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia

1996 - Pengerusi Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil


Politik


1987 - Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Temerloh

1988 - Ketua Penerangan UMNO Bahagian Temerloh

1993 - Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian

2001 - Timbalan Ketua Bahagian

2004 - Ketua UMNO Bahagian Temerloh & Ahli Parlimen Bera, Pahang


Anugerah


Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) - Datuk (2004)

Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) - Datuk Seri (2020)

Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) - Dato' (2005)

Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) - Dato' Sri (2008)

Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) - Datuk Seri Panglima (2020)


8 comments:

  1. Tahniah Datuk Seri..
    Tahniah jugak rakyat Pahang...Agong & PM orang kampong aok..!😄

    ReplyDelete
  2. Tahniah Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob sebagai PM ke 9. Selamat bertugas dan menjalankan tanggungjawab dengan baik.

    ReplyDelete
  3. Semoga pentadbiran negara bertambah mantap. Laksanakan tanggungjawab sesempurna mungkin untuk agama, negara dan bangsa.

    ReplyDelete
  4. tahniah PM baru kita
    alhamdulillah dah ada 9 Pm Malaysia yg kena kita ingat nama namanya

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. Tahniah... All the best! Moga tabah menadbir Malaysiaku tercintaa.. Amin!

    ReplyDelete
  6. Tahniah DSIS . Selamat memerintah negara Malaysia

    ReplyDelete
  7. Tahniah! Semoga menjadi perdana menteri yang bertanggungjawab dan adil kepada rakyat Malaysia.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah