Tuesday, May 16, 2023

Tempah Kad Kahwin Di Kad Galeri Cinta Senawang

Assalamualaikum...

Sabtu Lepas...cadangnya nak cari Pakej Andaman...ye la majlis lagi 4 bulan kan..dah boleh cari dah andaman..takde la nak cari yang hebat- hebat kayangan...ikut la bajet SA..tapi kebanyakkan pakej yang ditawarkan sedikit mahal la...sampai hari ni SA masih x jumpa lagi pakej andaman yang berkenan di hati...minggu ni nak cari lagi dan hari ni baru SA nak set kan appointment untuk Sabtu nanti...boleh dikatakan banyak butik by appointment only.

Memandangkan x dapat pakej andaman kami pergi pulak tempah kad kahwin...kali ni SA pilih Kad Galeri Cinta Senawang dan SA pilih combo RM240. Kad 200pcs sekali banner, bunting dan petunjuk arah...murah kan...SA x tempah kad banyak memandangkan sekarang jemputan bleh guna digital je...so yang guna kad untuk sedara mara dan rakan terdekat je..




Rasa macam nak tempah standee ni...tgok la bajet nanti macam mana...


SA x bawak spec mata...so masalah skit nak menulis hahaha..suruh Ateh yang isi form..

Rupanya kat sini ada studio untuk amik gambar family dan pelbagai occasion...macam menarik je...masa SA kat siniada satu family duk amik gambar di tingkat atas..gambar raya la kot...nanti SA nak tanya la pakej gambar tu plak...

Kad Galeri Cinta
141-g, Jalan Tmn Komersial Senawang 1, Taman Komersil Senawang,
Seremban,
Negeri Sembilan.
Post Code: 70450
Tel: 019-779 4301

Lepas tempah kad kahwin, diorang nak minum coconut shake plak..kat Senawang coconut shake ni memang popular...antara yang sedap la..sebelum tu nak minum cendol..tapi macam malas plak..then terus je ke coconut shake ni...



Beli 8 cup RM45


Amik yang special la ni...

 

Lepas tu kami balik rumah...penat dah setengah hari berjalan...dari pi hospital berdua dengan Dania...lepas tu cari hadiah...lepas cari hadiah pergi plak amik Ateh, pi open house umah kawan dia...lepas tu pi cari mak andam...then tempah kad kahwin...penat uiii...minggu ni keluar lagi...

Dah la musim panas kan...kena la settlekan kan jugak satu persatu...sebabnya majlis dah makin hampir...x leh la nak buat x tau je kan...

13 comments:

  1. Kena kayuh juga la SA ye, 4 bulan tu kejap je Ikutkan huhu... Apapun moga dipermudahkan buat SA 🤲

    ReplyDelete
  2. Kena kayuh juga la SA ye, 4 bulan tu kejap je Ikutkan huhu... Apapun moga dipermudahkan buat SA 🤲

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..settled 1 urusan..moga yg lain2 pun berjalan dgn lancar
    dapnya coconut shake tu, kena plak panas2 ni..yum yum

    ReplyDelete
  4. dah try Nana Saat? kat senawang gak tu

    ReplyDelete
  5. Semoga dipermudahkan segala urusan persiapan majlis pernikahan SA

    ReplyDelete
  6. semoga urusannya dipermudahkan. kaella dulu kawin kad design sendiri beli print dekat shoppe, kira murah juga, beli 400pcs rm80 saja.

    ReplyDelete
  7. I tak ingat berapa harga kad masa I nikah zmn2 Tok Kaduk. Tapi mcm ikat perut juga la utk menempahnya. Hihi. Walaupun pesen biasa2 je. Mungkin sbb zmn tu blom ada fb & wssp, org blom pandai jemput guna sos med. Kad semua jd mahal2.

    ReplyDelete
  8. Zaman sekarang nak kahwin banyak betul belanja kan..
    Dengan semua barang melambong naik..Apapaun semog dimudahkan urusan

    ReplyDelete
  9. Phase by phase... insyaallah settle semua urusan tu nanti.

    ReplyDelete
  10. mesti cantik design kad kahwin dekat sini

    ReplyDelete
  11. counting daysssss👍💐😀

    ReplyDelete
  12. Ingat lagi suami yg tempah kad kahwin dulu kat Kedah. Siap pesan nak warna lembut....siap berbau wangi lagi sebab time tu trend kad kahwin bau wangi. Hehehe....

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah