Assalamualaikum..
Beberapa hari lepas berlaku satu kejadian yang mengejutkan SAplug aircond di bilik Nia tiba-tiba terbakar! Bukan sekadar plug sahaja, malah plug point pun turut terkesan, mujur Nia ada dalam bilik masa tu.. Alhamdulillah, tiada kebakaran besar berlaku dan kami semua selamat.
Tanpa berlengah, SA terus mintak adik SA, Lissa hubungi seorang technician di pejabatnya untuk baiki kerosakan tersebut. Syukur sangat sebab technician tersebut sangat membantu. Dia minta SA beli sendiri plug yang dicadangkan olehnya..bukan saja lebih jimat, malah lebih tahan dan selamat. Paling mengejutkan, dia langsung tidak mahu ambil sebarang upah. Segan pulak...
Beberapa kali SA tanya adik SA berapa upah yang dikenakan sebagai tanda terima kasih, tapi dia tetap menolak dengan senyuman kata adik SA...
Update : Terbakar sebab kepala plug aircond tu memang dah sampai masa rosak..sebab tu dia suruh beli kepala plug yang sedikit mahal tapi tahan lama.
Plug aircond yang terbakar
Plug point yang turut terlibat
Technician tersebut
Sekarang, plug dan plug point sudah dibaiki dan berfungsi dengan baik. Aircond pun dah boleh dipasang semula. Nia pun tak panas lagi waktu tidur.
Terima kasih ya, orang baik.
Semoga Allah murahkan rezeki dan pelihara saudara sentiasa.
Kejadian ini benar-benar mengingatkan SA betapa pentingnya kita sentiasa peka terhadap aspek keselamatan elektrik di rumah, lebih-lebih lagi bila melibatkan anak-anak. Jangan ambil mudah walaupun nampak remeh, langkah pencegahan kecil boleh menyelamatkan nyawa dan harta benda.
Betul kan?
Alhamdulillah, nasib baik takde apa-apa...
ReplyDeleteBaik Adik technician tu ye...semoga dimurahkan lagi rezeki beliau, Aamiin..
Alhamdulillah...
ReplyDeleteAlhamdulillah...
ReplyDeletenasib baik xde apa2 serius jadi...
Allah hadirkan orang yang baik dan murah hati pd ketika kita dalam kesusahan..
apa kat technician sebab terbakar tu?
ReplyDeleteoverused atau ada sebab lain?
nak tahu juga..
Allahuakbar, semoga terus dilindungi-Nya.
ReplyDeletealhamdulillahhhhh mujur semua selamat ye..
ReplyDeleteeh yelah tp ape punca nya ye jadi camtu?
plug tu dah lama sgt ke atau overused ke cmne?
SA pun byk buat baik & Allah hadirkan juga org baik utk SA :)
Alhamdulillah dapat detect awal... bab elektrik nie linda memang risau. sebab kita tak nampak kan, tau2 dah tinggal kesan je...
ReplyDeletealhamdulillah..x de apa2
ReplyDeleteAlhamdulillah perasan awal kak SA. risau betullah bab-bab terbakar ni. Seriau rasa.
ReplyDeleteSemoga murah rezeki orang baik. Technician ni skill depa memang mahal. Walaupun simple, tapi sangat penting.
Alhamdulillah.....
ReplyDeleteNasib baik tak ada apa-apa yang serius.......
Alhamdulillah...Allah pelihara semuanya...
ReplyDeleteAlhamdulillah, semoga baik baik sahaja.
ReplyDeleteAllah, terkejut PH!
ReplyDeleteAlhamdulillah semuanya selamat dan okay.
Sejak kejadian yg menimpa kami dulu, mmg sensitive sungguh dgn hal² gini.
memang scary bab2 letrik ni...moga2 kita semua sentiasa dilindungiNya
ReplyDeleteAllahuakbar. Bahaya tu. Nasib baik ada di rumah waktu kejadian, jadi kita nampak apa berlaku.
ReplyDelete