Assalamualaikum WRT..
Kadang-kadang, semangat persaudaraan di tempat kerja bukan datang daripada ramai orang, tapi daripada diri sendiri. Sebagai seorang secretary yang sentiasa mengurus dan memberi, SA belajar bahawa tidak semua kebaikan akan dibalas namun itu tidak pernah bermakna ia sia-sia.
Dalam dunia pekerjaan, kita sering dengar tentang semangat brotherhood dan sisterhood, erti kebersamaan, tolong-menolong, dan sokongan sesama rakan sekerja. Tapi kadang-kadang, realitinya tak seindah yang kita bayangkan.
Sebagai seorang secretary, SA selalu berada di tengah-tengah bukan di atas, bukan juga di bawah. SA jadi orang yang mengurus, menyusun, mengingatkan dan memastikan semuanya berjalan lancar. Tapi ironinya, SA lah juga yang sering menjadi orang terakhir tahu sesuatu perkara. Ada mesyuarat yang SA bantu sediakan, tapi tak dijemput hadir. Ada keputusan penting yang SA taipkan, tapi tak diberi peluang untuk faham maknanya. Setiap kali ada majlis sambutan hari lahir, SA lah yang akan sibuk mencari hadiah, menempah makanan, menghias meja, dan memastikan semua gembira. SA suka lihat rakan-rakan tersenyum bila diraikan sebab bagi SA, itu sebahagian kecil kebahagiaan di tempat kerja.
Tetapi!!
Apabila tiba hari lahir SA sendiri, semuanya senyap. Tiada kad, tiada ucapan, tiada siapa yang peduli.
Tahun pertama SA kecewa. Tahun kedua, SA masih berharap. Tahun ketiga, SA sudah berhenti menunggu dan berharap. Perasaan tu sukar nak digambarkan bukan sebab SA nak diraikan dengan besar-besaran, tapi kerana terasa tidak dihargai. SA yang selalu merancang untuk orang lain, tapi tak ada seorang pun terfikir untuk lakukan hal yang sama buat SA. Lama-kelamaan, rasa kecewa itu jadi biasa. SA belajar untuk tidak berharap, dan mula menerima bahawa tidak semua orang akan menghargai dengan cara yang sama.
Itulah pengalaman paling pahit yang pernah SA hadapi selama beberapa tahun...sekarang SA x kisah dan dah lali...
Kadang-kadang rasa macam terpinggir. Bila orang lain ada “circle” masing-masing, SA cuma berdiri di sisi, tersenyum sambil buat kerja. Tak ada “kawan baik” di pejabat, tapi ada tanggungjawab yang perlu disempurnakan dan itu dah cukup untuk SA teruskan hari SA. Janji kerja jalan....
Lama-kelamaan SA belajar sesuatu..
Brotherhood dan sisterhood bukan semestinya tentang jumlah kawan, tapi tentang cara kita melayan orang lain. Walaupun SA tidak punya geng yang rapat, SA masih boleh jadi seseorang yang menyebarkan kebaikan bantu tanpa berkira, senyum walau penat, dan jadi tempat orang lain bergantung bila mereka perlukan.
Mungkin SA bukan sebahagian daripada “inner circle”, tapi SA masih boleh jadi orang yang mencipta suasana positif. Dalam diam, SA belajar bahawa persaudaraan di tempat kerja tidak semestinya tentang siapa bersama kita, tapi siapa kita pilih untuk jadi setiap hari
Belajar Menghargai Diri Sendiri
Kadang-kadang kita terlalu sibuk mencari siapa yang akan memahami kita, sampai kita lupa kita pun boleh jadi orang yang memahami. Brotherhood dan sisterhood bukan selalu datang dari luar, kadang-kadang ia bermula dalam diri sendiri.
Bila kita belajar menghargai diri, bekerja dengan ikhlas, dan menyebarkan kebaikan tanpa mengharapkan balasan, lambat-laun orang akan nampak nilai itu. Mungkin bukan sekarang, tapi satu hari nanti.
Dan pada waktu itu, kita akan sedar walaupun perjalanan ini sunyi, kita tetap tak kalah. Sebab kita belajar untuk kuat dengan cara yang lembut, dan belajar untuk berdiri dengan cara yang tenang.
Ada hari-hari SA masih rasa sunyi. Tapi SA belajar untuk mencari makna dalam apa yang SA buat bukan dalam penghargaan orang lain, tapi dalam keikhlasan diri sendiri.
Brotherhood dan sisterhood bukan sekadar hubungan sesama manusia, tapi cerminan hati kita sendiri. Bila kita tetap memilih untuk berbuat baik, walau pernah dikecewakan, itu tanda kekuatan yang sebenar.
SA mungkin tidak diraikan, tapi SA tahu nilai diri SA tidak bergantung pada siapa yang ingat atau siapa yang lupa.
Kerana akhirnya, SA belajar.. kasih, keikhlasan, dan kebaikan yang datang dari hati, tak pernah sia-sia







Sedih pula baca luahan hati ni SA....apa pun mengharapkan yang terbaik buat SA....tak apa tak ada yang baik sangat pun....tak semestinya kat tempat yang sama tapi masih ada kawan2 yang lain yang akan bersama dengan SA.
ReplyDeleteKadang² sedih kak bila macam nie, tapi Linda tak kisah sangat pun..memang dari dulu tak beriya² berkawan sangat dekat pejabat..cukup lah sekadar, baik..tak sampai BFF..kikiki
ReplyDeleteKualiti, bukan kuantiti
ReplyDeleteSaya pernah mengalami perasaan macam ni masa mula2 masuk kerja. Rasa dipulaukan pun ada jugak bila colleagues pergi lunch sama2 tapi tak ajak saya pun. Mula2 rasa janggal dan kecik hati jugak, tapi lama2 saya usaha cari circle of friends lain / luar dept. Bila transfer ke Sarawak, baru jumpa circle of friends yg betul2 akrab mcm adik-beradik.
ReplyDeleteBersabar dan teruskan berbuat kebaikan biarpun tidak pernah dihargai manusia.. tetapi DIA tidak pernah menyiakan. Setiap perbuatan, perkataan maupun tulisan kita akan menjadi satu di antara dua iaitu pahala atau dosa. Tidak ada yang akan menjadi debu yang berterbangan hilang ditiup angin lalu.. #peringatan lebih kepada diri saya..
ReplyDeleteDunia kerja itu keras sangat. Terkadang memang orang2 hanya peduli dengan diri mereka sendiri. Sedikit lah mungkin yg beruntung bisa dpt team yg kompak, selalu ingat hari lahir teman2nya, saling support. Beruntung yg dpt begitu.
ReplyDeleteTp lainnya, memang tak bisa diharap Kak Sa. Itulah kenapa saya tak suka terlalu rapat dengan teman2 kantor dulu. Biasa saja, sekedar hubungan kerja. Krn di antara semua pertemanan, dengan kolega kantor inilah yg paling fake rasanya 🤣. Mereka kasih selamat ke kita, tersenyum ke kita, tp tak tulus.
Krn itu resign dr HSBC pun saya memang tak ada kontak dengan teman2 kantor .
Takpelah SA, teruskan buat kebaikan dan ikhlaskan hati. Kadang balasannya kita tak rasa tapi Allah bagi pada anak @ keluarga kita, mgkn dlm bentuk yg lain yang kadang kita tak perasan pun. Semoga dipermudahkan urusan SA sentiasa 🤗
ReplyDeletesedeynya...may be sbb SA handle celebration utk semua org, so nobody cares to handle one for u...gitulah lumrah kehidupan (wpun ada jer org2 yg caring...semuanya depend on individu)
ReplyDeleteYang akak perasan jadi begitu sebab kedudukan secretary tu sendiri. Macam ni... secretary kan dekat dengan bos jadi staff yang lain sukar nak dekat atau berkongsi cerita dengan secretary. Takut tercerita, tercakap something... nanti secretary tercerita kat bos pula 🥴
ReplyDeleteada jugak betulnya tapi ni lebih dari kita ni pilhan terakhir dan x leh langsung ada dalam circle diorang..bukan bab kerja tapi lebih kepada social la kak..macam mana nak cakap erk...bila perlu panggil...haaa gitu...
DeleteAla Kak SA..sedihnya..faham perasan left out tu kak...i m with you...
ReplyDeleteFaham bila kita buat apa-apa memang tak fikir apa-apa, fikir nak happy happy kan orang lain je..tapi orang lain pulak tak ingat kat kita pun..tak appreciate la sebenarnya kan....
Bila camtu dari kata ikhlas dah jadi lain dah kan Kak SA...sedihnyaa...
itulah..x tau sebenarnya nak explain macam mana...more rasa x dihargai je...dan x leh join circle diorang
DeleteX pe sis..Dkt sini everytime u up ttg your bday, kami semua wish =)
ReplyDeletesebenarnya bukan bab birthday je, banyak bab..and selalu nyer kewujudan akak kat sini lebih kepada reserved je..kalau perlu panggil, x perlu x diajak dan x leh pun masuk circle diorang..x tau nak explain macam mana..
DeletePernah lalui & rasai...i feel u..
ReplyDeleteJangan pernah menyesal berbuat baik.
Nak pujuk hati sendiri ialah dengan mengingati janji Allah itu pasti...kebaikan walau sebesar zarah akan ada balasan begitu juga sebaliknya..saya tak igt surah apa tapi lebih kurang macam tu lah maksudnya.( kalau tak salah surah Zalzalah)
Ada balasan yg Allah ganjarkan tapi kita tak perasan...contohnya melalui kesihatan...Allah mudahkan urusan kita ..Allah jagakan keluarga kita..mudahkan urusan anak-anak kita..
Setidak-tidak pun SA masih ada rakan-rakan maya..ok cenyum cikit😉
Ermmm biasa la tu kak politik di tempat kerja. Kita jalan terus je. Buat apa kita perlu buat je.
ReplyDeleteSaya doakan moga dipermudahkan segala urusan ditempat kerja.. dan diberi ketengangan sentiasa amin
ReplyDeleteKesian saya baca. Sabor ya, SA. Bagus kerana SA berfikiran positif. Tak diinclude sekali dalam sesuatu, saya pun pernah merasainya. Takpe. Semoga SA terus kuat ya. Kami kan ada. Apa-apa cerita kat sini, tau. 🤗
ReplyDeleteMeh nak hugs....~
ReplyDeleteAhkak faham perasaan Sa tu sebab telah banyak yang berlaku dalam hidup ahkak sebelum ni. Tidak di hargai tak apa lah kita bukan seorang yang penting dalam pejabat tapi bila di hina hah itu memang sedih sangat sepanjang berkerja di pelbagai tempat penghinaan itu memang terasa sangat dalam hati tapi untuk menghilangkannya hanya Allah sahaja tempat mengadu. Dahulu ahkak di fitnah oleh ex boss lama di tempat kerja lama yang akak menolong kawan kerana harapkan duit kopi padahal kita bekerja mencari rezeki yang halal. Sedih sungguh masa tu sampaikan pindah balik muar pun ahkak tak maklumkan hari akhir terus pindah. Doa orang teraniaya tiada hijap. Akhirnya bila 6 bulan di muar akhirnya Allah rezekikan dapat ke ibu pejabat. Rezeki dapat pi kursus luar negeri sampai 3 kali. Allah rezekikan rezeki yang lebih baik daripada dahulu. Ex boss pulak yang kena dengar arahan dari akak sebab akak kerja ibu pejabat kan jadi semua arahan kerja datang dari opis di ibu pejabat. Tapi kita ni takdelah nak balas dendam tak baik kan. Syukur ajelah atas limpah kurnia yang Allah beri. Apa pun ikhlas dalam setiap perbuatan kita tanpa mengharapkan balasan sebab kalau kita buat kerana sesuatu bila tak dapat hampa kan. Jadi niat kerna Allah supaya Allah yang membalasnya. Biar orang tak nampak kita tapi Allah nampak kita itu yang lebih afdhal. Meh ahkak peluk kuat-kuat.
ReplyDelete