Showing posts with label 9th GiveAway by UMIYUMI. Show all posts
Showing posts with label 9th GiveAway by UMIYUMI. Show all posts

Sunday, December 30, 2018

Ambil Supplement Untuk Kekal Sihat...

Hi korang...

Entry diambang-ambang tahun baru kan..dari Jumaat SA senyap sunyi..ekceli banyak je bahan nak buat entry..tapi biasa la...blogger adakala kehabisan idea nak membebel kat blog...oh ya..hal sekolah anak dh settle, dah beli buku, dah dayar yuran dan dah amik buku teks ..walau ada la rasa ketidak puas hatian SA pada pada pihak yang lagi satu...takpe la..biar allah je balas...malas dh SA nak fikir...

So hari ni SA nak membebel pasal supplement..ramai tanya apa yang SA makan selain makanan2 sihat macam ulam, sayur dan buah kan...so SA nak share tentang Multivitamin yang SA baru consume ni..SA pilih supplement dari Bio-Life sebab ianya mengandungi semua vitamin yang tubuh badan kita perlukan setiap hari. Walau dh makan multivitamin ni..kita boleh je makan
makan buah dan sayur coz tak banyak vitamin yg kita dapat serap dari buah dandan sa..due to macam-macam sebab contohnya cara masakan, cara penyimpanan..so supplement ( tambahan) dalam bentuk pil ni membantu sebenarnya....haa..nampak?

Kat mana SA beli Bio-Life Multivitamin with Minerals ni? Ada banyak je supplement di 
pasaran dan SA beli di Guardian Pharmacy..selain untuk sihat, SA start amalkan supplement untuk awet muda jugak..itu je je caranya selain makan lebih ulam, sayur dan buah..avoid makanan yang tak sihat seperti makanan ringan dan makanan segera. Bukan la tak boleh makan langsung...boleh je tapi jarakkan pengambilan...




SA baru je consume multivitamin ni 3 hari..saje nak share ngan korang apa supplement yang SA makan selain vit C dan vit B Complex..sebenarnya SA seriau masa mula2 makan multivitamin ni...sebab air kencing jadi terlampau kuning..so rujuk ngan doc and doc cakap kalau ada vitamin2 dalam tu terlebih kandungannya memang dia akan keluar melalui air kencing..so SA amik sebiji selang 2 hari..hahaha...boleh plak seriau kan...SA memang cepat panik kalau melibatkan supplement..takut kena attack macam bulan 10 hari tu walau takde kena mengena pun..sejak sakit SA memang paranoid skit...sebab tu SA lambat sihat...perasaan bimbang dan trauma tu memang kuat...so lepas ni takde rasa takut dh lepas doc dah yakin kan...keadaan kesihatan SA alhamdulillah semakin baik walau tak fit sangat...lepas dh rujuk dengan doc kan...dia kata boleh je consume daily, tak perlu takut sebab kandungan yang terdapat dalam multivitamin ni memang yang badan kita perlukan setiap hari...

Haaaa...so tak yah la SA nak paranoid sangat dh ..kalau ada je berlebih vit vit dalam badan dia automatically keluar melalui air kencing..sebab tu air kencing kita berubah warna so tak perlu bimbang....korang kalau tak pasti rujuk dengan doc..doc ada je nasihat dan pandangan kan...

Pesanan SA...ambil supplement tu bagus..tapi minum air banyak ok...buah pinggang pun perlu jagaan...

Tuesday, September 25, 2018

Allah...jagakan dia untukku...


Hari ini genap umur kamu 14 tahun...sekejap sahaja masa berlalu..bagai semalam aje mama baru lahirkan kamu, masih terbayang saat melahirkan kamu 14 tahun yang dulu..3 hari mama sakit dalam ward, 7 jam berjuang dalam labour room..subhanallah sakit tu terus hilang sejurus selepas kamu lahir...scan perut sebelum bersalin jantina kamu lelaki..tapi lahir2 perempuan..dengan baju banyak warna biru.

Tiada apa yang mama pinta dari kamu Dania..cukup lah membesar menjadi anak yang baik, anak yang mendengar kata dan anak yang membahagiakan mama, atuk, uwan dan semua keluarga kita...semoga berjaya dalam semua lapangan...mama nak kamu tau..tiada kurniaan yang paling indah dalam hidup ini selain lahirnya Ainnul Dania Huda dalam hidup mama...

Ya allah ya tuhan ku...tolong jagakan permata hati ku ini untuk ku..

Selamat ulangtahun Kelahiran yang ke 14..

Sunday, May 20, 2018

Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Api

Hi korang...

Nasib la bulan Ramadhan ni banyak entry tentang resepi jer kat blog SA, eh kat mana- mana blog pun kalau singgah sure ada banyak resepi kan. Bukan saje- saje nak publish resepi ye korang..sebenarnya share resepi ni banyak membantu korang yang agak buntu tak tahu nak masak apa bila tiba masa berbuka kan..Ikutkan SA banyak jer resepi nak share cuma antara cukup masa atau tak jer nak  buat kan..knowing SA yang suka buat sesuatu masakan sendiri dari awal proses sampai la dh jadi masakan..
Adakala gigih jugak tu balik kampung dan salai dengan sabut kelapa..bukan x boleh salai dengan arang..tapi dengan sabut kelapa bau salai dia tu wangi sangat.ye la sabut kelapa kan ada aroma dia tersendiri...selalunya orang salai daging bukan  sahaja nakkan bau asap tu tapi lebih kepada nak buang lemak-lemak pada daging..bila bh jadi lauk terus rasa makin sedap sebab lemak dh mengering kan.. 


Salai daging guna sabut kelapa..kena make sure tak melibatkan api ye..nanti hangus x sedap..


Dah siap salai daging daging tu dihiris nipis macam dalam gambar



Masak Lemak Cili Api Daging  Salai

Bahan-bahan
1kg daging ( disalai guna sabut kelapa)
Cili api segenggam & kunyit hidup ditumbuk halus
3 batang serai- dititik
1 kg Santan
Secekak pucuk ubi ambil daun yang muda/pucuk
Garam

Cara-cara
Masukkan santan+ cili api + serai dlm periuk..kacau selalu agar tidak bertahi minyak..tambah air jika perlu, biar mendidih dan agak pekat santan tu
Masukkan daging salai yang dah dihiris
Perasa kan garam
Masukkan pucuk ubi, biar seketika
Tutup api
Siap

Selain dari dari pucuk ubi, apa yang sedap dicampurkan dalam masakan daging salai? Ada orang suka campur buah macang/bacang, mangga muda, daun gelugor atau campur buah belimbing buluh..semua ni memang sesuai dicampur dengan Masak Lemak Cili Api Daging Salai...sedap sangat...korang cuba la..

Selamat mencuba ye...

Tuesday, November 6, 2012

9th GiveAway (GA)


Wallawei....sapa nak apron cantik kaler merah? moh ikut aku join GA umiyumi ni...

hadiah pun menarik..x pernah lagi ada apron kaler merah..

























Terma dan syarat:

1) Penyertaaan dibuka kepada semua.

2) Tinggalkan address blog anda beserta email address di ruangan komen post ini. Kalau tak ada blog, cuma letakkanemail address anda sahaja.

3) Tarikh tamat GA ialah: tepat jam 12 tgh malam pada 25 November 2012. Pemenang akan diumumkan pada
 26 November 2012.

4) Pemenang akan dipilih secara rawak melalui www.random.org. Pemenang yang berjaya akan dihubungi melalui email. Sekiranya pemenang yang terpilih tidak menjawab email dalam masa tiga (3) hari, kemenangan adalah terbatal dan undian akan dibuat sekali lagi.



Jom join...sapa tau ada rezeki...

rajin plak aku join GA sekarang...entah GA ke baper x tau la....

sape nak join..KLIK SINI

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah