Showing posts with label Buah Buahan. Show all posts
Showing posts with label Buah Buahan. Show all posts

Tuesday, August 29, 2023

Anggur Muscat Viral

Assalamualaikum...

Good morning korang .. SA demam!!! Haha...selsema dan macam nak batuk..tekak dh mula perit2..aduhai...3 hari lagi SA nak nikah ni....ni SA on da way pi klinik...

Balik kerja semalam kan...SA tengok dalam fridge ada 3 pack anggur. SA tanya Mak Pah kenapa beli anggur banyak2 ni...murah katanya..eh anggur Muscat ni murah? Hari tu mahal giler..ni Mak Pah beli 1 pack free satu pack so dia beli 2 pack..dapat la free 2 pack..satu pack lagi dia pi hantar kat Dida...haaa bijak x Mak Pah....




 Sedap..manis..xde biji

Sedap uiiiii anggur Muscat ni...SA pelik macam mana Mak Pah beli murah 1 pack RM15..rupanya ni Muscat grape gred rendah...tapi crunchy dan sedap makan..x sedar habis 1 pack makan bertiga ..

Sabar je la..Mak Pah x makan banyak tapi SA yg terpaksa makan banyak..terus pagi ni SA batuk, selsema dan demam ..menyesal plak makan...

Sekarang ni SA kat klinik..nak amik antibiotic dan ubat2 lain..kang melarat satu hal ..


Friday, November 4, 2022

Strawberry Apple Yang Masam....

Assalamualaikum...

Beberapa hari lepas ramai kawan- kawan share pasal strawberry apple ni...biasa la jenis mudah terjebak macam SA ni harus la beli jugak kan..nak rasa jugak..sedap ke dan x sedap ke..terus tanya Dania masa tu sebab dia kan masa tu kerja kat Zemart...dia kata ada..dan lepas tu tau- tau dia belikan untuk SA...hehehe.. murah rezeki my Dania...

Harga satu pek RM10.90, x mahal dan xde la murah sangat...boleh la...




Rupa parasnya...


Strawberry apple ni merupakan apple jer sebenarnya...apple yang biasa kita makan tu tapi sizenya sangat la kecik...sayangnya yang Dania beli ni masam...masam yang betul2 masam ye...sudahnya SA bawak je pi opis...SA makan time SA mengantuk...hahaha...terus celik mata uiii....tekstur dia crunchy, juicy dan tender, warna kulit yang menarik..comel la...

Sekarang x tau ada lagi ke tak di pasaran. Strawberry Apple ni banyak terdapat di New York dan hanya akan ada pada musim Autumn. kena la SA habiskan nanti..ada lagi tu kat dalam fridge...hehehe... 


Friday, December 4, 2015

Nikkori Pear Japan Healthy Fruits

Ekceli aku dah lama suka buah pear ni...aku cuma x notice yang buah pear ni sebenarnya di tanam di Jepun...dulu macam was-was nak beli tapi Abah ada beli dan sejak dari situ aku dah jatuh cinta ngan Nikkori pear ni....so terbaca tentang Nikkori Pear ni di blog mama blogger MAMADARWISH terus terpanggil nak share..baru- baru ni aku beli buah pear ni kat MBG dengan harga RM15 untuk 3 biji...simpan kat fridge office sebab lunch aku tak makan nasi kan...so makan buah jer...

Betul..buah ni sangat manis dan juicy...kunyah sepotong tak cukup..at last habis sebiji...ikutkan sebiji tu 3 orang makan pun tak cukup...sebelum ni aku potong tebal2 tapi hari ni aku potong nipis2....laju jer habis....so..korang kalau nak rasa kernagupan dan kesedapan Nikkori Pear ni boleh la dapatkan di kedai- kedai buah berhampiran....


sebiji ni je last stok aku kat office


boleh tahan besar..


Nampak tak juice dia bila dah di belah...belum korang gigit dan kunyah lagi


sebiji ni memang aku sorang je habiskan...

Menurut Mamadarwish yang sempat mengikuti event di AeonBig baru- baru ni...sebiji Nikkori Pear ni mampu mencecah berat 1kg. betul sebab buah dia besar- besar...dan buah terbaik hanya di tuai sekitar Oktober - December..

well...jangan lupa rasai keenakkan Nikkori Pear...dapatkan di pasaran sekarang dengan harga yang berpatutan...sure korang akan jatuh cinta nanti...

Nikkori Pear Healthy Fruits for everyone.....

Wednesday, September 2, 2015

Berita Baik Untuk Penggemar Buah Naga

BUAH NAGA BANYAK MANFAATNYA


Gambar dari google...


Amalkan makan buah Naga setiap minggu/setiap hari.

Buah ini bagus untuk elakkan demam, batuk, selsema & sakit tekak.

Jika sebelum ini dok makan ubat demam, ubat selsema, ubat batuk & sakit tekak.

Emmmm ... bila demam, selsema, batuk & sakit tekak, ubatnya adalah makan buah Naga sehingga baik ... In shaa Allah

Emmm ... jika jumpa doktor ... 4 sure kena bayar + - lebih kurang RM30.00 ke atas ... deria rasa agak payau & takde selera nak makan ... betul tak !!!

Buah Naga ini boleh diperolehi di Pasar Raya Giant, Tesco, Econsave dsb

Jika nak beli buah Naga - tanyakan buah Naga yang datangnya daripada Malaysia - Johor (Local Fruit) berbanding buah Naga import dari Vietnam yang agak mahal harganya .... tapi jika duit bersepah-sepah ... emmm no hal kan kan kan ????

Emmm ....makan buah Naga ...In shaa Allah xdemam, xselsema, xbatuk & xsakit ....

Dgn izin NYA jua..


Okey...Dragon fruit mmg feberet aku....

Friday, May 15, 2015

Kiriman Harumanis Dari Perlis

 Musim Harumanis Di Perlis

Dapat kiriman harumanis dari Perlis...Alhamdulillah ini kali ke 2 kami sekeluarga dapat rasa buah Harumanis ni...harum manis memang sesuai di tanam di Perlis sahaja katanya kan sebab tu harganya mengikut gred dan mencecah ke RM30 ke atas sekilo...

Setinggi2 terima kasih yang sangat2 tak terhingga kepada keluarga bakal adik ipar. sudi pos kat kami...alhamdulillah semua dapat rasa...aku makan sebiji dah cukup..

Tengok pun geram kan...dah cukup masak masa sampai kat rumah
Close Up Sikit

Close up lagi...dan lagi...bagi geram....




Sedikit tentang Harumanis

Sebut sahaja Negeri Perlis, ramai yang akan mengaitkannya dengan Harumanis, sejenis mangga / mempelam yang subur di negeri utara tanah air sehingga menimbulkan keghairahan sesiapa sahaja untuk membelinya termasuk penduduk dari negeri lain. Walaupun harganya meningkat setiap tahun, orang ramai sanggup beratur panjang semata-mata mahu membeli Harumanis.

Harumanis merupakan sejenis buah yang popular dan hanya terdapat di negeri Perlis. Buahnya yang berbau harum dan isinya yang tebal kekuningan serta rasanya yang enak pasti menawan hati sesiapa saja yang mencubanya.
Musim Harumanis adalah sekitar hujung bulan April / awal Mei hingga awal Jun. Biasanya hasil buah sudah habis sebelum sempat memasuki bulan Jun. Ramai individu, penjual dan pengusaha restoran mengambil kesempatan ketika musim Harumanis untuk menikmati keenakan serta hasil jualannya.

Walau pun ramai yang cuba menanam pokok Harumanis di luar negeri Perlis, hasilnya tidak menjadi seperti tidak tumbuh subur, tidak berbuah, rasa tidak manis dan sebagainya. Ini kerana faktor cuaca dan tanah di negeri Perlis agak unik dan berbeza daripada negeri-negeri lain di Malaysia. Faktor ini menjadikan Harumanis amat istimewa di mana ia hanya benar-benar subur dan berbuah sangat manis di negeri Perlis sahaja.

Harga sebagai rujukan musim 2015

 7 April hingga 20 April = RM23 / kg
21 April hingga 7 Mei  = RM24 / kg
8 Mei hingga 17 Mei = RM26 / kg
18 Mei hingga 24 Mei = RM28 / kg
25 Mei hingga akhir musim = RM29-33 / kg

SUMBER

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah