Sinopsis drama Si Kolot Suamiku Astro Ria
Dilahirkan dari golongan raya dan berdarah bangsawan menjadikan Tengku Nur Edrina angkuh dan bangga diri. Edrina menggammbarkan diriya sebagai seorang wanita sempurna dari segala segi. Dek keranan dibesarkan di bandar Kuala Lumpur, suasana kampung memang tidak kena dengan jiwa Edrina.
Edrina dipertemukan dengan Kudin, seorang lelaksi yang berasal dari kampung apabila Tengku Ahmad Ehsan mengunjungi Mak Kunah, emak Kudin untuk melunaskan janji lama yang pernah tersimpul kukuh antara moyang mereka dahulu. Kedatangan lelaki itu untuk membuka cerita yang terperuk lebih berpuluh tahun lalu, agar segala amanah dapat diselesaikan sebelum dia menutup mata.
Perkahwinan Tengku Edrina dan Kudin memburukkan lagi keadaan. Edrina yang sudah terbiasa dengan kesenangan hidup di bandar sudah tidak tahan lagi bersama Kudin di kampung. Kudin pula lebih gemar hidup dalam serba sederhana dan kota besar Kuala Lumpur bukanlah untukknya. Apatah lagi mereka tidak mencintai.

Jadi bagaimana? Siapa yang akan mengalah akhirnya? Benarkah Kudin itu seorang lelaki kolot yang menjengkelkan? Dan selama mana Edrina mampu mempertahankan ego dan mengelak hatinya jatuh kepada lelaki seperti Kudin?
Macam menarik je kan...
Jangan lupa korang..drama ni dah mulakan tayangan bermula 15 Ogos kalau tak salah di Astro Ria dan Astro Ria HD dan di terbitkan oleh MIG Pictures si bawah arahan Eyra Rahman..aku plak macam biasa kena tgok ulangan la..umah sewa x te Astro kan...bertabah la..bukan apa..aku suka je tgok drama adaptasi novel..mana yg aku rasa menarik..aku akan jadi penunggu setia...