Showing posts with label Masakan Sedap. Show all posts
Showing posts with label Masakan Sedap. Show all posts

Friday, May 19, 2023

Lemang Periuk Kera & Ayam Masak Bali...

Assalamualaikum...

Salam Jumaat...

Rezeki hari ni kawan office ada order lemang periuk kera...so dapat la SA merasa..alhamdulillah rezeki..SA amik seketul dan seketul ayam masak bali...ntah bila nak makan ni sebab SA tengah kenyang...

Lepas tu level 11 dan level 12 ada jemput kami semua secretary ke jamuan hari raya diornag...tengok la kalau sempat kang kami pergi...segan plak sebab SA x pakai baju raya...




 

Menarik kan lemang periuk kera...

Sedap tak?

Sedap giler uolls.

Sesekali makan memang sedap la kan...

Alhamdulillah rezeki Jumaat

Friday, December 16, 2022

Resepi Sotong Hitam Pedas

Assalamualaikum...

Kenapa la hari ni....

Masuk rumah Dana ada sotong goreng kicap..masuk instagram reel ramai buat sotong sambal...SA dah la tengah craving...tapi nak sotong sambal...tapi yang resepi kat bawah ni macam sedap plak...eh..dugaan petang Jumaat betul la...nak plak SA memang esok x kemana..memang esok cadangnya nak beli sotong...

Ya allah terliur SA tengok gambar...kita tengok esok menjadi x plan SA nak masak lauk sotong ni...apapun SA simpan resepi kat sini untuk rujukan kita semua ye...Nanti free bleh cuba kan...



 

SOTONG MASAK HITAM PEDAS


Bahan-bahan

  1. Sotong 500g
  2. Dakwat sotong
  3. Cili kisar 5 sudu besar
  4. Perahan Asam jawa 1 sudu besar
  5. Serai 1 batang ( dikatok )
  6. Halia 1 cm ( dihiris )
  7. Lengkuas 1 cm ( dihiris )
  8. Daun limau purut 2 keping
  9. Serbuk belacan 1 sudu kecil
  10. Cili padi hijau 10 batang
  11. Bawang putih 3@4 ulas ( dikatok )
  12. Bawang besar 1 biji(dipotong bulat)
  13. Garam
  14. Serbuk perasa
  15. Serbuk kunyit


Cara Masak 

1. Masak air sehingga mendidih dan masukkan sotong (2-3minit)kemudian toskan .

2. Panaskan minyak secukupnya , tumis bawang putih dan serai sehingga naik bau

3. Masukkan cili kisar ,masak sehingga pecah minyak,kemudian masukkan cili padi hijau ,daun limau purut , halia , lengkuas dan serbuk belacan Dan diikuti dengan perahan air asam jawa

4. Masukkan sotong ,dakwat sotong Dan bawang ,Gaul rata Dan masak seketika.perasakan dengan garam Dan secukup rasa. 

6. Angkat dan siap untuk dihidang

- cc Nurul Ateekah

Credit Telegram : Resepi Dunia Masakan


Wednesday, May 6, 2020

Nak Masak Apa Hari Ni?

Hi korang...

Kalau baca tajuk tu..memang sinonim la dengan kehidupan sehari- hari semua wanita especially kaum ibu kan? Ini lah masalah utama setiap hari. Nak- nak bulan puasa ni kan...baru selesai sahur dah tanya nak masak apa untuk berbuka.Siapa alami masalah ni? Rasanya semua kan...masalah ni appear bukan bulan puasa aje tau...masalh ni akan muncul sepanjang masa . Yang kerap alami mereka yang surirumah. Macam SA pun sama gak..sebab ada 2 rumah kan...masalah timbul bila kat rumah Seremban. Ramai rakyat dalam rumah tu...kalau kat rumah sewa takde masalah..kalau x tau makan apa tak payah makan...atau beli bungkus..settle masalah...

Macam SA plak ada grup family, adik-adik akan share apa je juadah diorang masak hari- hari...kelakar kadang- kadang tu..semua adik beradik menunjukkan kehandalan masing- masing memasak...bagus macam tu sebab dari situ datang idea kan...so kat sini SA share lagi la menu- menu dari adik beradik SA yang lain...semua jauh dimata kan...media sosial je la jadi penghubung kami...


Bubur berlauk..


Daging bakar


Pucuk turi masak lemak putih


Daging masak merah kot ni...lupa


Paprik Seafood


Perut lembu masak lemak cili api campur rebung


Kek...


Puding roti


Mee goreng


Popia inti udang katanya


Onde- onde calourful


Ni menu kudapan popia nestum


Pisang goreng


Donut gebu


Ni semua masakan adik- adik SA ye...sorang kat Puchong, sorang kat Muar dan Sorang lagi kat Seremban jugak tapi berlainan taman.2 bulan dah kami tka jumpa sebab PKP ni...rindu kat semua...bukan main lagi masing- masing memasak...ini separuh je ni masakan diorang...ntah mana lagi yang lain...ke SA dah delete..hahaha...penuh memory kan...bertabahlah ye korang....bukan niat nak buat terliur, saje nak share ngan korang apa yang adik2 SA masak..simpan dalam ni pas tu kat hp dah boleh delete dah..penuh dah memory..hahaha...harap- harap korang yang buntu tak tau nak masak apa tu boleh la dapat idea dari entry ni...

Friday, December 20, 2019

Menu Last Weekend Biasyer- Biasyer Ajer...

Hi korang...

Semalam seharian SA senyap kan..haha..semalam SA dalam debaran amik keputusan PT3 kakak Dania..itu nanti SA buat entry khas la..takde pun amik gambar sebab menghormati permintaan Dania..no photo at all. Ok lah nak..mama menurut perintah..so takde apa yang terbaru yang dapat SA share melainkan godek- godek hp tengok ada beberapa keping gambar yang SA tak share lagi..sorry la kengkawan, again gambar makanan dan please jangan lupa sediakan tisu kat sebelah ye..tapi kali ni masakan SA biasa- biasa aje..takde yang menarik pun...

Jom tengok gambar...


Terung Goreng Berlada, SA ada beli terung yang kaler purple tu..terung jenis panjang..memang nak buat goreng berlada dan taburkan ikan bilis, versi ni tak pedas sangat sebab abah SA dah tak boleh makan pedas


Ikan masin sepat ronggeng dari Perlis pemberian Mak Mertua adik SA


Daging salai masak lemak cili api campur pucuk ubi 


Dada ayam di hiris dan digoreng jadikan macam pop corn..

Selalunya kalau beli ayam seekor kan bahagian dada ayam tu selalu tak habis..so solution nak bagi habis senang je...korang potong dadu atau ikut la nak potong or hiris macam mana pun..lepas tu goreng salut tepung goreng ayam bistari tu...haaa..settle...confirm laku punya..kalau lagi rajin boleh buat chicken honey lemon..kalau rajin la..SA malas masa ni..so goreng jadikan popcorn tu je..apesal namanya popcorn erk..takde pun jagung kan...lantak la..SA sebut je ikut apa orang sebut..senang...satu hal plak nak fikir nama dia..hahaha...

Wednesday, December 11, 2019

Menu Sarapan Pagi & Makan Tengahari Ahad Kami Di Muar

Bersarapan Dengan Family Memang Seronok Dan Meriah Selain Merapatkan Silaturrahim..

Hi korang..

Apabila jarang berjumpa..sesekali bertemu dan berkumpul walaupun kejap aje..seronoknya tak tau nak cakap macam mana kan...masa ni la berborak, lepak, layan kerenah anak- anak...pagi Ahad tu awal pagi adik ipar dah bangun sediakan sarapan..ada yang beli ada yang buat sendiri. Macam nasi lemak tu beli aje..selebihnya adik ipar buat..nak tolong dia tak bagi..ye la rumah dan dapur dia sendiri..dia lagi selesa masak sendiri kan..kang ramai- ramai kat dapur susah plak nak bergerak..dapur kecik bukan besar...terima kasih yang tak terhingga buat adik ipar sebab susah payah sediakan sarapan untuk kami...makan tengahari pun sama..tapi kami sama- sama la bantu siapkan apa patut bahan...

Jom la tengok gambar apa yang ada...yang sempat SA snap..keutamaan bab makanan la...bab minuman tu x amik plak gambar...ate terlupa teman...hahaha...


Nasi lemak bungkus ngan daun pisang


Nampak seciput je ikan bilis...patut la adik ipar siap rebus telur lagi..


Macaroni goreng untuk budak- budak


Bihun goreng


Telur rebus...


Menu Makan Tengahari


Sambal Udang


Asam Rebus Sulur Keladi..


Kari Kepala Ikan Jenahak 


Sayur Kangkung Goreng


Ayam Goreng Tepung..

Itu je gambar yang sempat SA snap gambar..Sabtu petang tu SA masak tau sebab adik ipar sibuk kat majlis kenduri kahwin sepupu dia..SA masak Sweet Sour Ikan Siakap, Goreng Sayur dan buat Sup Ayam untuk budak- budak..SA kepenatan maka x amik pun gambar..takpe la kan...nasib baik ada gambar untuk dijadikan kenangan dalam blog atau diary maya SA ni..bukan la menjadi suatu kewajiban cuma SA nak abadikan sebagai kenangan. Nanti anak cucu boleh baca balik blog ni walau blog ni tak hebat mana pun kan...

Eh..eh..anak-anak pun ada kisahnya tau..nanti SA update kisah diorang plak....sempat SA buat bahan untuk blog..

Baca Juga Entry Resepi Asam Rebus Sulur Keladi

Tuesday, October 22, 2019

Masak- Masak Ahad Lepas

Hi korang...

Ahad lepas adik SA balik rumah kejap selepas lama tak balik sebab sibuk outstation. Kebetulan dia baru balik dari Sarawak..2 minggu juga la tak jumpa Opick dengan Tiara. Ahad tu memang SA x kemana- mana..petang nak work out pun hujan lebat giler..so last week memang takde pun work out..rasa tak best plak badan walau tengahari masa masak tu berpeluh- peluh badan SA...rumah SA memang panas sebab rumah dari batu block kan..kalau dari batu- bata sure sejuk skit rumah..nak pasang ekon satu rumah nanti banyak plak bil electric. Sekarang semua benda mahal kan...

So apa yang SA masak Ahad lepas..actually Sabtu pun SA masak gak..Ikan Keli Masak Lemak Cili Api, Ayam goreng berlada dan ada sambal tempoyak sikit. Masa tu malas nak amik gambar sebab nak cepat pergi tengok wayang kan..hehehe..then Ahad menu kat bawah ni la..simple je...


Paru goreng berlada fav adik bongsu SA


Ikan belanak masak lemak cili api


Sayur bayam


Ikan pelaling goreng..

Itu aje la yang SA masak...seronok makan ramai- ramai. Biasa berempat jer..kali ni ramai so berselera la memasing makan..Next week tak tau la nak masak apa plak...ada jemputan next week tapi tu la x tau lagi nak pergi ke tak..Tapi rasanya SA nak masak lauk- lauk kampung jer la..nak banyakkan makan sayur..next Wednesday SA dah kena pi check up lagi sekali..hahaha...gigih x amik daging, seafood dan apa je yang x boleh makan 2 minggu ni..sebelum ni ada gak sesekali lepas gian makan daging...so stop sekejap la...Tak sabar ni nak pergi check up..nak tau apa keputusan seterusnya...

Friday, October 18, 2019

Sos Apai..2 Minit Siap!!!

Hi korang...

Pernah dengar Sos Apai?tak pernah? SA pun x pernah dengar sebelum ni..sos sos apai ni adalah sos untuk kuew teow goreng...memang tgh popular la sos ni..harga pun bleh tahan gak quite expensive..SA beli beri kawan office. Sos Sos ni bukan sahaja untuk kuew teow goreng tapi boleh juga guna untuk mee goreng, bihun goreng dan apa jenis masakan yang simple..

So SA guna untuk buat sambal ikan tilapia, kebetulan masa ni abah SA baru balik memancing kan..dapat ikan fresh so kita kasi goreng la buat sambal...dah kawan SA tu cakap boleh je guna untuk masak apa pun..SA pun testingla buat sambal ikan tilapia ni....

Harga sos ni RM18..dekat Shopee pun ada jual...



Sedap ke?

Alhamdulillah memang sedap...SA guna 4 sudu sos Apai ni..kenapa nama dia Sos Aai memang takde la SA siasat..SA ni jenis cepat terpengaruh..memang cepat je la SA order kalau bab masakan kan...korang pun tau SA memang suka memasak...sebelum ni terjebak dengan pes Mak Pon..hahahha...lepas-lepas ni tak tau la terjebak dengan sos apa plak...next week kena bawak bekal la..dh seminggu lebih x bawak bekal ni...ntah apesal pemalas teruk sangat seminggu ni...

Thursday, September 26, 2019

Masak Lauk Favourite Birthday Girl...

Hi korang...

Semalam kan sampai jer Seremban terus pergi pasar besar Seremban. Apa yang SA beli? Haaaa...lauk - lauk fav anak dara kesayangan SA tu la...SA beli daging batang pinang untuk masak kari dan jugak sotong besar2 untuk goreng tepung...dua makanan ni memang fav Dania...tapi sotong tu SA goreng malam tadi la..yang kari daging tu masak tengahari..

Masa dia balik dari sekolah tu memang dia terperanjat la SA dah ada kat rumah...hahaha...siap dia marah lagi kenapa amik cuti..ala birthday je pun tak yah la susah- susah cuti...eeee geram jer ngan Dania ni tau...kalau la mama dia ni tak fikir dia dari hari Selasa takde la mama dia sibuk- sibuk amik cuti..dia tak tau tu SA dah tempah kek and nak buat birthday celebration Sabtu nanti...


Sotong Goreng Tepung


Kari Daging


Sayur sawi goreng

SA tengah fikir nak masak apa untuk makan tengahari Sabtu nanti..sebabnya ada tetamu nak datang jugak selepas 3 tahun tak datang jengok Dania..so alang- alang ayah dia nak datang satu family, kita buat la sekali birthday celebration untuk Dania..cuma SA tak cakap jer lagi kat dia...hadiah pun tak cari lagi ni weyh....hahahah...SA nak beli apa? nanti la dah beli dan dah bagi dia nanti SA reveal eh...tahun lepas bagi gitar, tahun ni apa plak agaknya ye.....

Wednesday, September 11, 2019

Main Masak- Masak On Weekend...

Hi korang...

Last weekend walau cuti 3 hari je...tapi aktiviti masak- memasak memang tak pernah takde la kat rumah SA...Bermula Sabtu tu la...tapi SA tak masak pun...semua ni mak SA yang masak...apa yang SA buat agaknya hari Sabtu..hahaha...ah abaikan bab SA..yang penting blog ni perlukan entry kan...semua gambar kat bawah ni antara lauk pauk sepanjang 3 hari bercuti tu la...ada je yang SA x amik gambar sebab dah pernah masukkan dalam blog ni...nanti kang letak gambar lauk yang sama orang jemu plak tengok kan...Adakala masak lauk yang sama atas permintaan anak- anak la..adik beradik yang balik la...semua selera macam- macam kan...

Haih...lapar plak perut tanegok gambar makanan ni...SA kalau weekend memang cheating la..tapi masih control pemakanan..nasi suku, lauk2 suku dan lebihkan sayur serta buah...dalam sehari SA makan 5 kali. Biasa la orang gastrik ngan gerd ni kena makan kerap...tapi makan tu memang ikut portion. SA x boleh makan terlalu kenyang..kalau kenyang sangat asid reflux mudah menyerang dan perut akan rasa bloated. Lepas tu mula la badan berangin..so apa yang SA buat SA kawal..dan avoid dia dari melampau 


Kari tulang rusuk daging campur perut muda lembu..


Sayur Kangkung Goreng


Sambal Ikan Bilis


Sup Ayam by Abah...cucu- cucu dia suka sup ayam yang dia buat...


Bendi goreng


Sambal Udang Petai


Kerang rebus - Kerang mahal oiii sekarang


Masak Lemak Cili Api Ikan Keli

Hey...minggu ni mereput lagi ye....mereput jer la istilah yang SA guna..almost every week la plak cuti 3 hari...seronok pada yang ada plan dan aktiviti...tak seronok pada yang memerap jer kat rumah...nasib la sebab anak nak exam kan..kalau tak memang dah plan macam- macam dah...so untuk cuti minggu ni maybe nak bawak Dania keluar dari sarang la...kesian plak kat anak dara tu...tak berkembang plak minda kang kalau duk berkurung jer mengadap buku kan...dia bukan robot...cuma SA tgh fikir mana nak bawak dia berjalan...Atuk ada ajak pi mancing kat PD...tengok la nanti sejauh mana plan tu direalisasikan....kadang abah tu cakap jer...hahahaha....

Monday, May 6, 2019

Asam Pedas Ikan Siakap Guna Pes Asam Pedas Mak Pon

Hi korang..

Alhamdulilah..hari ni hari pertama kita kita puasa..SA doakan semua berjalan lancar..SA cuti hari ni sebab Mak Abah tak berapa sihat..walaupun SA sendiri belum sihat sepenuhnya..masih mengalami masalah gastrik dan angin satu badan..SA cuba berpuasa..harap puasa SA berjalan dengan lancar ..tahun ni SA agak kurang aktif skit blogging..semua sebab kesihatan SA ni..so mana event yang SA mampu attend maka SA pergi...

Hari ni SA nak citer bab SA masak semalam..masak simple je ..Asam Pedas Muar..SA beli pes asam pedas dari kawan opis beberapa bulan lepas. SA suka asam pedas tapi tak berapa pandai masak..so guna pes asam pedas ni aje dan tambah bahan-bahan yang perlu. pes ni dah siap ada bahan asas macam bawang putih, bawang merah dan dan cili. Yang penting tak perlu ditumis. SA tambah air asam jawa dan belacan skit, daun kesum, bunga kantan, tomato dan terung..bendi takde plak kat kedai..kalau ada bendi lagi best...ikan plak SA guna Ikan Siakap. Terasa nak makan Ikan Siakap plak...


Bahan-bahan yang SA tambah


Pes asam pedas Mak Pon


Ikan Siakap


Terung



video simple SA masak


tadaaaa...dah siap!!


SA tambah lauk lain..baby kailan goreng


Sambal belacan dan pucuk pegaga

Itu je yang SA masak untuk makan tengahari semalam..Alhamdulillah best makan semalam..SA memang suka pes Asam Pedas Mak Pon ni..sedap dan sebelum ni SA pernah masak guna untuk masak dengan ikan keli..memang sedap masa tu...sayangnya pes yang SA guna semalam tu adalah pes terakhir..bila la SA dapat beli lagi..SA ada mintak kawan opis SA tu buka order lagi..cuma x tau bila la sebab dia pun dah resign baru-baru ni..nanti nak tanya adik ipar SA la...dia orang Muar...

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah