Monday, May 6, 2019

Asam Pedas Ikan Siakap Guna Pes Asam Pedas Mak Pon

Hi korang..

Alhamdulilah..hari ni hari pertama kita kita puasa..SA doakan semua berjalan lancar..SA cuti hari ni sebab Mak Abah tak berapa sihat..walaupun SA sendiri belum sihat sepenuhnya..masih mengalami masalah gastrik dan angin satu badan..SA cuba berpuasa..harap puasa SA berjalan dengan lancar ..tahun ni SA agak kurang aktif skit blogging..semua sebab kesihatan SA ni..so mana event yang SA mampu attend maka SA pergi...

Hari ni SA nak citer bab SA masak semalam..masak simple je ..Asam Pedas Muar..SA beli pes asam pedas dari kawan opis beberapa bulan lepas. SA suka asam pedas tapi tak berapa pandai masak..so guna pes asam pedas ni aje dan tambah bahan-bahan yang perlu. pes ni dah siap ada bahan asas macam bawang putih, bawang merah dan dan cili. Yang penting tak perlu ditumis. SA tambah air asam jawa dan belacan skit, daun kesum, bunga kantan, tomato dan terung..bendi takde plak kat kedai..kalau ada bendi lagi best...ikan plak SA guna Ikan Siakap. Terasa nak makan Ikan Siakap plak...


Bahan-bahan yang SA tambah


Pes asam pedas Mak Pon


Ikan Siakap


Terung



video simple SA masak


tadaaaa...dah siap!!


SA tambah lauk lain..baby kailan goreng


Sambal belacan dan pucuk pegaga

Itu je yang SA masak untuk makan tengahari semalam..Alhamdulillah best makan semalam..SA memang suka pes Asam Pedas Mak Pon ni..sedap dan sebelum ni SA pernah masak guna untuk masak dengan ikan keli..memang sedap masa tu...sayangnya pes yang SA guna semalam tu adalah pes terakhir..bila la SA dapat beli lagi..SA ada mintak kawan opis SA tu buka order lagi..cuma x tau bila la sebab dia pun dah resign baru-baru ni..nanti nak tanya adik ipar SA la...dia orang Muar...

14 comments:

  1. Saya pernah pakai pes asam pedas Mak Pon ni zaman dulu kala...memang senang dan sedap

    ReplyDelete
  2. sedap2 menu akk, lapar pulak kita hehehe. Nt nak try pes juga, saya selalu masak asam pedas tanpa pes.

    ReplyDelete
  3. smlm pn menu asam pedas juga tp ikan merah

    ReplyDelete
  4. kadang dana teringin nk try pes2 asam pds nih SA, tp rasa mcm malu lak... malu lak org johor tak reti msk asam pds hehehhe...

    sedap nampak asam pedas SA, ikan siakap pulak, siap ada sambal belacan n sayur kobis mmg regu dia sgt tuh

    ReplyDelete
  5. pes mee bandung dia pun sedap kak...

    ReplyDelete
  6. Mudah ada pes ni kak. Campak2 dah siap. Sedap plak tu ye.

    ReplyDelete
  7. Sama la SA.. Saya pun suka gak asam pedas tapi nak masak tak reti so selalunya guna pes segera je.. Saya beli kat kedai je.. Brand Adabi kalau x silap..

    ReplyDelete
  8. Saya tak pernah masak ikan siakap asam pedas. Sedap tak kak rasanya. Selalu saya masak syim atau tiga rasa je

    ReplyDelete
  9. sedapnya nampak kailan tu... lapor pulak rasa..hahahhahaha

    ReplyDelete
  10. Nampak macam sedap asam pedas tu, jarang guna pes segera, tapi kalau boleh mudahkan kerja memasak nak cuba jugaklah bulan puasa ni byk masa hbs atas jalan otw blk jem selalau

    ReplyDelete
  11. perghh..mmg mencabar baca entry ni bila tgk asam pedas tu..menggoda btl..:)

    ReplyDelete
  12. Nasib baik baca tengah2 malam. Kalau baca tengah hari ke mau meleh air liur 😂 hihi

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah