Wednesday, September 11, 2019

Main Masak- Masak On Weekend...

Hi korang...

Last weekend walau cuti 3 hari je...tapi aktiviti masak- memasak memang tak pernah takde la kat rumah SA...Bermula Sabtu tu la...tapi SA tak masak pun...semua ni mak SA yang masak...apa yang SA buat agaknya hari Sabtu..hahaha...ah abaikan bab SA..yang penting blog ni perlukan entry kan...semua gambar kat bawah ni antara lauk pauk sepanjang 3 hari bercuti tu la...ada je yang SA x amik gambar sebab dah pernah masukkan dalam blog ni...nanti kang letak gambar lauk yang sama orang jemu plak tengok kan...Adakala masak lauk yang sama atas permintaan anak- anak la..adik beradik yang balik la...semua selera macam- macam kan...

Haih...lapar plak perut tanegok gambar makanan ni...SA kalau weekend memang cheating la..tapi masih control pemakanan..nasi suku, lauk2 suku dan lebihkan sayur serta buah...dalam sehari SA makan 5 kali. Biasa la orang gastrik ngan gerd ni kena makan kerap...tapi makan tu memang ikut portion. SA x boleh makan terlalu kenyang..kalau kenyang sangat asid reflux mudah menyerang dan perut akan rasa bloated. Lepas tu mula la badan berangin..so apa yang SA buat SA kawal..dan avoid dia dari melampau 


Kari tulang rusuk daging campur perut muda lembu..


Sayur Kangkung Goreng


Sambal Ikan Bilis


Sup Ayam by Abah...cucu- cucu dia suka sup ayam yang dia buat...


Bendi goreng


Sambal Udang Petai


Kerang rebus - Kerang mahal oiii sekarang


Masak Lemak Cili Api Ikan Keli

Hey...minggu ni mereput lagi ye....mereput jer la istilah yang SA guna..almost every week la plak cuti 3 hari...seronok pada yang ada plan dan aktiviti...tak seronok pada yang memerap jer kat rumah...nasib la sebab anak nak exam kan..kalau tak memang dah plan macam- macam dah...so untuk cuti minggu ni maybe nak bawak Dania keluar dari sarang la...kesian plak kat anak dara tu...tak berkembang plak minda kang kalau duk berkurung jer mengadap buku kan...dia bukan robot...cuma SA tgh fikir mana nak bawak dia berjalan...Atuk ada ajak pi mancing kat PD...tengok la nanti sejauh mana plan tu direalisasikan....kadang abah tu cakap jer...hahahaha....

8 comments:

  1. lauk2 yang menyelerakan dan blh buat kita brtambah bila makn..:)

    ReplyDelete
  2. banyak menu lauk2... sambal udang petai tu nampak sedap nanti boleh try buat ni

    ReplyDelete
  3. sedap2 semua menu tu kak oi.... bahagia kalau dpt makanan gini

    ReplyDelete
  4. Semua sedap tu kak. tapi keli tu makan pulak. huhu

    ReplyDelete
  5. Main masak2 dah jadi rutin nampaknya.

    ReplyDelete
  6. Saya on cuti pjg aritu masak, malas nak ke mana2

    ReplyDelete
  7. sedap ke perut lembu.. hehe tak pernah lagi makan..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah