Wednesday, December 11, 2019

Menu Sarapan Pagi & Makan Tengahari Ahad Kami Di Muar

Bersarapan Dengan Family Memang Seronok Dan Meriah Selain Merapatkan Silaturrahim..

Hi korang..

Apabila jarang berjumpa..sesekali bertemu dan berkumpul walaupun kejap aje..seronoknya tak tau nak cakap macam mana kan...masa ni la berborak, lepak, layan kerenah anak- anak...pagi Ahad tu awal pagi adik ipar dah bangun sediakan sarapan..ada yang beli ada yang buat sendiri. Macam nasi lemak tu beli aje..selebihnya adik ipar buat..nak tolong dia tak bagi..ye la rumah dan dapur dia sendiri..dia lagi selesa masak sendiri kan..kang ramai- ramai kat dapur susah plak nak bergerak..dapur kecik bukan besar...terima kasih yang tak terhingga buat adik ipar sebab susah payah sediakan sarapan untuk kami...makan tengahari pun sama..tapi kami sama- sama la bantu siapkan apa patut bahan...

Jom la tengok gambar apa yang ada...yang sempat SA snap..keutamaan bab makanan la...bab minuman tu x amik plak gambar...ate terlupa teman...hahaha...


Nasi lemak bungkus ngan daun pisang


Nampak seciput je ikan bilis...patut la adik ipar siap rebus telur lagi..


Macaroni goreng untuk budak- budak


Bihun goreng


Telur rebus...


Menu Makan Tengahari


Sambal Udang


Asam Rebus Sulur Keladi..


Kari Kepala Ikan Jenahak 


Sayur Kangkung Goreng


Ayam Goreng Tepung..

Itu je gambar yang sempat SA snap gambar..Sabtu petang tu SA masak tau sebab adik ipar sibuk kat majlis kenduri kahwin sepupu dia..SA masak Sweet Sour Ikan Siakap, Goreng Sayur dan buat Sup Ayam untuk budak- budak..SA kepenatan maka x amik pun gambar..takpe la kan...nasib baik ada gambar untuk dijadikan kenangan dalam blog atau diary maya SA ni..bukan la menjadi suatu kewajiban cuma SA nak abadikan sebagai kenangan. Nanti anak cucu boleh baca balik blog ni walau blog ni tak hebat mana pun kan...

Eh..eh..anak-anak pun ada kisahnya tau..nanti SA update kisah diorang plak....sempat SA buat bahan untuk blog..

Baca Juga Entry Resepi Asam Rebus Sulur Keladi

17 comments:

  1. Memang tulisan di blog sebagai kenangan. Apabila baca balik tulisan lama baru ingat kenangan tersebut secara terperinci.

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak makan asam rebus sulur keladi tu sedapnya nampak gambar tu.
    Mrs. A pun kalau buat entry mesti nak selit gambar kalau tak, tak puas rasanya heheheee...

    ReplyDelete
  3. Asam rebus sulur keladi tu sedap yakmat...tp bdk2 tak mkn,kn..

    ReplyDelete
  4. Seronok kan dapat kumpul makan sama-sama macam nie. Sedapnya lah asam rebus sulur keladi tu SA..

    ReplyDelete
  5. Makanan dah sedap. Makan ramai2 lagi best.

    ReplyDelete
  6. ya Allah. sedapnya. lapar terus perut tgk . uwaaaa

    ReplyDelete
  7. Lama dah x makan nasi. Lemak... Rasa mcm nak buat lah nasi lemak weekn ni

    ReplyDelete
  8. bila ramai ramai ni menu makanan pun turut meriah. Bertambah selera makan dibuatnya

    ReplyDelete
  9. Bestnya dpt kumpul reramai mcm ni. Paling best ofcoz mak abah akak. Menu plak aduhhhhh campur2 camni dah kenyang sgt.

    ReplyDelete
  10. sedapnya tengok semua menu tu SA, cantik je kejadian telur rebus tu... dana suka yang kuning dia masih lagi color gitu...

    sulur keladi tuh best, makan ramai-ramai itu lagi best

    ReplyDelete
  11. nasi lemak seciput tu makan ramai-ramai lagi berselera kan SA, bau wangi sebab ada daun pisang

    ReplyDelete
  12. Telur rebus tu yg nampak paling sedap di mata saya...hahaha

    ReplyDelete
  13. Amboi menu breakfast dengan lunch kemain... Sedapnya...

    ReplyDelete
  14. sedapnya..berkeriuk perut ammi. lunch tadi masa buka IF ammi makan seketul roti je sbb malas sungguh nak turun.

    ReplyDelete
  15. Memang best bila makan ramai2.. merapatkan ukhwah..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah