Showing posts with label Maulidur Rasul. Show all posts
Showing posts with label Maulidur Rasul. Show all posts

Friday, August 28, 2026

Misi Cari Ironing Board Gagal, Tapi Terbawa Balik Steam Iron Tefal!

Assalamualaikum wrt....

Nak cerita sikit kisah cuti Maulidur Rasul yang lepas. Sebenarnya plan asal  keluar 3 beranak ke AEON 2 adalah misi mencari iron board baru sebab yang kat rumah tu dah uzur sangat. Tapi entah macam mana, pusing punya pusing, iron board yang berkenan di hati tak jumpa-jumpa pulak. Ada tapi alasnya nipis sangat...

Tengah syok melawat ruang promosi AEON 2, ternampak pulak steam iron (garment steamer) Tefal ni. Terus mata terbeliak tengok harga! Harga asal rupa-rupanya RM700 lebih, tapi masa tu ada tawaran promosi jatuh ke RM299 je. Fuh, memang rugi sangat kalau tak sambar time tu juga, kan?

Rezeki betul, Encik Suami pun terus sudi sponsor dan belikan! Terima kasih banyak-banyak Encik Suami... sayang lebih!





 

Bila dah bawa balik rumah, terus minta tolong Encik Suami pasangkan. Yelah, tugas suami ni bukan takat tolong bayarkan je masa kat kedai je, kena la jugak tolong pasang sampai boleh guna, kan? Haha!

Tapi jujur cakap, mula-mula guna memang rasa agak kekok. Rasa panas je hati melalukan steam iron ni sebab tak biasa lagi. Tapi takpe la, benda baru kan... lama-lama nanti mesti dah pandai dan biasa. Apapun, memang sangat memudahkan sebab tak payah sibuk-sibuk nak keluarkan iron board lagi..tapi iron board lama xde la buang...masih boleh guna lagi...boleh letak kat tingkat atas...

See ya next entry..


Tuesday, August 25, 2026

Salam Maulidur Rasul 1448 Hijrah

Assalamualaikum wrt...



Salam 12 Rabiulawal 1448H dan Salam Maulidur Rasul buat semua kawan-kawan!

​Hari ini rasa tenang sangat, hujan lebat membasahi bumi Seremban. Dalam kesibukan rutin harian, hari ini jadi ruang untuk kita berehat sejenak dan kembali meletakkan kerinduan pada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

​Bila fikir balik, banyak sangat kebaikan dan sunnah baginda yang sebenarnya boleh kita praktikkan dalam hal-hal paling kecil seharian daripada cara kita senyum dekat orang, bertolak-ansur, sehinggalah cara kita kawal emosi bila ada perkara yg kita inginkan atau hajatkan tak menjadi.

​Hari ini santai-santai sahaja di rumah bersama yang tersayang, sambil perlahan-lahan basahi lidah dengan selawat:

Allahumma shalli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala ali Sayyidina Muhammad. 

​Semoga hari ini membawa keberkatan, kedamaian, dan hati yang lebih lapang untuk kita semua. 

Korang sambut Maulidur Rasul dekat mana hari ini?

Friday, September 5, 2025

Salam Maulidur Rasul 2025

Assalamualaikum

Selamat Menyambut Maulidur Rasul . Marilah kita menyulam kehidupan dengan benang akhlak Baginda, menjadikan diri sebagai yg paling terang di tengah gelora dunia..



Cuti Maulidur Rasul hari ini SA masak bihun goreng aje ...dengarnya adik2 nak balik tapi x sampai lagi pun ..so pagi ni SA masak bihun goreng...buat telur mata guna telur ayam kampung ..




Macam biasa la kopi 434..

SA macam x puas hati skit ngan bihun goreng SA pagi ni ..dia putus2 plak...ni SA guna bihun jenama EKA....maybe sebab SA rendam dengan air biasa dari malam tadi kot...so bihun tu jadi rapuh....meski ku rapuh...dalam langkah....eh...walau rapuh putus2 suami cakap sedap...PZ cakap ok la ni..Dania x cakap langsung...hahahaha....sedap la tu kan...suami kata umur 55 u berenti kerja lepas tu kita meniaga dari boot kereta nak..eh..eh...orang pencen nak rehat dia nak suruh meniaga plak...dulu SA memang bercita cita nak ada cafe atau restoran...but semua tu guna banyak modal...its not easy ye...mana nak fikir tenaga kerja, tukang masak...eh..banyak la benda nak fikir ..duit keluar masuk lagi...uiiii banyak kerjanya...kalau setakat meniaga biasa2 je should be ok kot...kan?

Selamat bercuti korang...

Kemana arah tu? Straight cuti 3 hari ni...SA harap semua jaga diri..jaga keselamatan...jaga kesihatan...


Thursday, September 28, 2023

Salam Maulidur Rasul


Assalamualaikum...

Salam Maulidur Rasul SA ucapkan buat korang semua..jom sama- sama kita selawat ke atas nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W




Setiap tahun bersamaan dengan 12 Rabiulawal adalah cuti umum di semua negeri di Malaysia bersempena Maulidur Rasul.

Maulidur Rasul adalah hari yang penting buat umat Islam kerana ia adalah hari memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW yang kita kasihi. 

Di Malaysia, sambutan Maulidur Rasul merupakan antara amalan yang lazim diraikan sebagai salah satu usaha untuk mendidik dan mengingati Rasulullah SAW.

Selain diadakan perarakan yang diiringi dengan selawat dan puji-pujian ke atas Nabi Muhammad SAW, program yang lazim diadakan adalah majlis ilmu, forum perdana, dan pengisian yang berkaitan dengan sirah Nabi Muhammad SAW.

Program-program ini juga mendapat liputan secara langsung di televisyen, radio serta media sosial.

Selain menyertai acara ini, antara amalan yang boleh dilakukan oleh individu ketika menyambut Maulidur Rasul adalah berpuasa.


Hukum Sambutan Maulid Nabi

Sungguhpun ia sudah menjadi kelaziman, sesetengah pendapat mengatakan bahawa hukum menyambut Maulidur Rasul adalah bidaah dan patut dihentikan.

Walau bagaimanapun, Mufti Wilayah Persekutuan berpandangan bahawa sambutan ini adalah harus dan termasuk dalam bid’ah hasanah tetapi hendaklah dengan meraikan beberapa syarat utama, antaranya:

  1. Pengisian yang baik seperti tazkirah dan ceramah.
  2. Tiada percampuran lelaki dan perempuan.
  3. Menutup aurat.
  4. Tiada unsur maksiat.

Mempelajari riwayat hidup Baginda SAW atau sirahnya dengan lebih baik dari tahun ke tahun. Alhamdulillah terdapat banyak kitab yang kita dapat manfaat untuk mengenali dan makrifah Rasulullah SAW.

Penekanan kepada keperluan mengikuti Sunnah Rasulullah SAW. Begitu juga memahami fiqhnya.

Kesimpulannya, hari ini menjadi peluang kepada umat Islam untuk menghayati serta mengambil iktibar daripada perjuangan Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan pengajaran dan pengorbanan demi menegakkan agama Islam di bumi Allah SWT.


Rujukan:https://muftiwp.gov.my/en/perkhidmatan/artikel-soal-jawab/1048-bayan-linnas-siri-ke-80-hukum-menyambut-maulid-al-rasul


Tuesday, October 19, 2021

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum...

Salam Maulidur Rasul buat semua kawan- kawan ..

Kita semua tau kan Maulidur Rasul ialah majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang kebiasaannya disambut pada setiap 12 Rabiulawal dengan mengadakan berbagai acara sambutan seperti perarakan, ceramah dan berselawat bagi memuliakan junjungan besar umat Islam dan sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.


Maulidur Rasul  atau Maulud Nabi Muhammad SAW ialah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiulawal sempena keputeraan Nabi yang jatuh pada Isnin (Dari hadis riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571. Baginda merupakan nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahuwataala. Tapak keputeraan baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasallam kerana apabila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.


Thursday, December 24, 2015

Salam Maulidur Rasul

gambar dari google

Assalammualaikum..

Marilah bersama kita mengingati perjuangan dan pengorbanan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dalam menegakkan syiar Islam.
Dan semoga sambutan pada tahun ini akan menyuburkan lagi rasa cinta dan kasih kita kepada Baginda Rasullulah di samping menguatkan semangat perpaduan dan silaturrahim sesama kita.
"Sesungguhnya orang yang paling dekat dengan Ku pada Hari Kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaKu" - Al-Nasai & Ibnu Hibban


Allahhumma salliala Saidina Muhammad

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ

يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّد
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ

مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah