Showing posts with label Menu Covid-19. Show all posts
Showing posts with label Menu Covid-19. Show all posts

Thursday, April 23, 2020

Menu Masakan SA Minggu Ini...

Hi korang...

Kembali lagi dari Dapur Suriaamanda..kali ni SA combine masakan untuk 3 hari ye...memang saje kumpulkan dan sekali harung SA update..senang sikit korang nak refer kalau xde idea nak masak...alaa..SA masak mana yang senang je uolls..masakan or menu SA x de yg complicated pun..selalunya masak main campak-campak je malas nak pening-pening. Kalau masak lauk boleh la bg kat SA, jangan suruh buat kek atau kuih dah la..SA x pandai....ni nak puasa ni lagi la..kena la masak mana yang senang je...eh sambut Ramadhan tahun ni SA x buat apa persiapan pun...mana yang ada je..tahun ni semua serba sederhana. .persiapan raya lagi la x buat sebab memang tau tak raya pun tahun ni...sambut ala kadar je..ada hikmah bila semua ni berlaku kan ..pada SA apa apa yang kita lalui sekarang lebih kepada mengajar kita untuk bersederhana dan berjimat. Kalau dulu selalu berlaku pembaziran ..sekarang kena belajar berjimat....

Jom la tengok masakan SA


Ikan tilapia Masak lemak cili api..campur limau kasturi..


Ayam masak bali


Udang goreng sos tiram perencah maggi kari
menu baru cipta


Tongkeng ayam goreng


Sup tulang +ekor lembu...


Sotong Goreng ketumbar


Cencaru belah belakang bakar


Sayur sawi goreng biasa


Kicap cili untuk ikan bakar


Betik hasil abah tanam depan rumah


Alhamdulillah sampai ke hari ni SA masih lagi memasak, gilir2 dengan abah dan adik SA...adakala penat dan buntu x tau nak masak apa..harap-harap puasa ni semua berjalan lancar...dan dan berh sangat ada ada banyak idea untuk masak berbuka dan sahur nanti..Kali ni berpuasa dalam keadaan PKP..SA harap semua berjalan lancar. Cuma sedih x boleh Terawih kat masjid dan semua buat sendiri kat rumah. Semoga allah permudahkan urusan kita semua.

Sunday, April 19, 2020

Masakan PKP Day 32 & Day 33

Hi korang ..

Blog SA ni sejak PKP/MCO ni asyik duk update makanan je kan..sure korang dh boring dh...nak up bab review so far blom ada review product terbaru so korang bertabah la hadap citer pasal makanan je..ada  menu ulang-ulang SA buat..mana yang dh pernah letak kat blog ikutkan SA dh malas nak letak sebab benda yang sama kan..ikutkan SA dh x tau nak masak apa dh..dah buntu dan susah nak kreatif semula hahaha...but SA tetap share la kat sini supaya korang yang buntu macam SA boleh ceduk idea masakan dari SA. Sekurang -kurangnya sedikit membantu kan...

Jom tengok gambar..


Menu PKP Day 32


Ayam masak lemak cili api


Sayur Kangkung celur


Sambal Belacan


Sambal tumis ikan bilis

Menu PKP days 33


Asam rebus ikan pelaling


Ikan tongkol goreng berlada


Baby kailan goreng ikan masin

So far itu la menu 2 hari iaitu Sabtu dan hari ni Ahad..macam meriah kan..SA memang kumpul gambar tu bagi banyak supaya senang sekali publish. Malas nak buat entry by entry sebab SA x rajin..almaklum la dh sebulan lebih berkurung so otak agak tepu. Nak buat ayat tu bukan senang tau..nak kena cool dan tenang-tenang baru idea tu banyak keluar. Adakala idea datang time dlm tandas, time mandi, time nak makan..time masak..eh....macam-macam la...itu yang buat lambat SA publish entry...

Semoga perkongsian SA tentang menu ni akan membantu korang yang buntu x tu nak masak apa ye. Menu SA selalunya simple je ..x susah pun...ni terasa nak makan rendang kerang plak..tapi mana plak nak cari kerang fresh kan? haih..sabar je la....




Monday, March 30, 2020

Menu RMO Day 11 Hingga Day 13

Hi korang...

Korang ok tak hari ni? SA harap semuanya sihat ye...semua kena sabar dengan dugaan ni kan..harap- harap negara kita semakin pulih dan kembali seperti sediakala. Makin sedih dengan pertambahan kes dan kematian..semoga semua yang terlibat beroleh kesembuhan. SA masih kekal berkurung, nak keluar depan rumah pun jarang2 dan boleh dikira dengan jari..perasaan takut tu sentiasa ada...kalau abah keluar pergi beli barang pun SA akan sediakan hand sanitizer, face mask dan air dettol untuk cuci kaki kat depan rumah. Lepas tu suruh dia terus pi mandi.

So hari ni SA nak update menu SA sepanjang Sabtu sampai sarapan untuk hari ni...menu lunch x sempat lagi la sebab Pak Zain tengah masak kat dapur. Tak jenguk dapur lagi pagi ni sebab SA dah bersapau depan laptop menghadap office WFH ni....jom tengok gambar. mana tau boleh membanu korang yang buntu x taau nak masak apa tu...

MENU SABTU


Ikan cencaru bakar


Kicap cili


Kacang botor goreng ikan masin


Sambal Sardine..Ayam Brand

MENU AHAD - ADIK MASAK


Ikan siakap sweet sour


Daging Bistik


Sotong Goreng tepung

BREAKFAST HARI INI - By Abah


Nasi goreng


Cekodok 


Sambal tempoyak mentah

Ini lah koleksi yang sempat SA snap gambar...memang tunggu Isnin nak update..Sabtu dan Ahad SA malas...dah hujung bulan ni dan dah sampai bulan maa malasnya..korang faham la kan...hahaha...apapun SA tetap nak ingatkan semua...#StayAtHome dan please jangan ingkar perintah PKP. Negara dah makin tenat dengan jumlah kematian dan pertambahan case. Jom sama- sama kita buat solat hajat semoga semua yang berlaku ini berakhir..Stay strong dna stay positive.. #KitaJagaKita

Saturday, March 21, 2020

Masakan SA Sepanjang 4 Hari Perintah Kawalan

Hi korang..

Korang ok ke tu? SA dah nak masuk fasa tepu dh ni...baru 4 hari...dh rasa racam 4 bulan uolla...so apa ae aktiviti SA kan..dari hall ke dapur pergi ke hall semula, bangun pergi naik naik bilik atas, pergi tandas, pergi hall balik macam tu je la rutin..huwaaaa....penat duduk, baring, penat baring berdiri plak...nak keluar depan rumah pun tak berapa nak berani....

So sepanjang 4 hari ni..SA jadi tukang masak dan bibik jaga anak buah SA...mami dia frontliner kerja kat klinik..so nak tak nak anak buah SA tu mmg duk ngan SA la...mulanya takde la susah sangat..tapi budak kan..dh bosan duk rumah...SA ni jadi kawan dia je la..kejap jadi model sikat, kejap jadi patung cendana...

So..ini la koleksi lauk pauk SA masak untuk hari ke 2-4 ni....esok-esok x tau la nak masak apa...


Daging Goreng Kicap


Peria goreng berlada

Ikan keli bakar 


Ikan kerapu & ikan kembong masak lemak cili api campur peria


Sayur sawi goreng


Telur dadar


Nasi goreng


Terung goreng berlada


Sup ayam


1 April nanti confirm la SA jadi macam dalam gambar kucing tu ha....rasa rasa macam dh naik je berat badan ni..nak timbang malas takut sakit hati..nak diet x boleh nak diet sebab duduk rumah je sure lapar...nak buat workout dh malas..nak keluar x boleh...kang workout dlm bilik kang kang  kecik kan..hahaha..banyak betul alasan la...padahal boleh je kalau nak bersenam..korang kalau takde idea nak masak apa boleh la tgok menu kat atas tu..mana tau kalau boleh jadi idea tgh buntu tu kan..

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah