Thursday, April 23, 2020

Menu Masakan SA Minggu Ini...

Hi korang...

Kembali lagi dari Dapur Suriaamanda..kali ni SA combine masakan untuk 3 hari ye...memang saje kumpulkan dan sekali harung SA update..senang sikit korang nak refer kalau xde idea nak masak...alaa..SA masak mana yang senang je uolls..masakan or menu SA x de yg complicated pun..selalunya masak main campak-campak je malas nak pening-pening. Kalau masak lauk boleh la bg kat SA, jangan suruh buat kek atau kuih dah la..SA x pandai....ni nak puasa ni lagi la..kena la masak mana yang senang je...eh sambut Ramadhan tahun ni SA x buat apa persiapan pun...mana yang ada je..tahun ni semua serba sederhana. .persiapan raya lagi la x buat sebab memang tau tak raya pun tahun ni...sambut ala kadar je..ada hikmah bila semua ni berlaku kan ..pada SA apa apa yang kita lalui sekarang lebih kepada mengajar kita untuk bersederhana dan berjimat. Kalau dulu selalu berlaku pembaziran ..sekarang kena belajar berjimat....

Jom la tengok masakan SA


Ikan tilapia Masak lemak cili api..campur limau kasturi..


Ayam masak bali


Udang goreng sos tiram perencah maggi kari
menu baru cipta


Tongkeng ayam goreng


Sup tulang +ekor lembu...


Sotong Goreng ketumbar


Cencaru belah belakang bakar


Sayur sawi goreng biasa


Kicap cili untuk ikan bakar


Betik hasil abah tanam depan rumah


Alhamdulillah sampai ke hari ni SA masih lagi memasak, gilir2 dengan abah dan adik SA...adakala penat dan buntu x tau nak masak apa..harap-harap puasa ni semua berjalan lancar...dan dan berh sangat ada ada banyak idea untuk masak berbuka dan sahur nanti..Kali ni berpuasa dalam keadaan PKP..SA harap semua berjalan lancar. Cuma sedih x boleh Terawih kat masjid dan semua buat sendiri kat rumah. Semoga allah permudahkan urusan kita semua.

7 comments:

  1. lapar tgk smua gmbr makanan..ayam masak bali tk buat lg musim PKP ni..nanti bln puasa bole masak...betik dr pokok syoknya

    ReplyDelete
  2. Aduhai... nak terkam tongkeng ayam goreng dulu, lepas tu sup tulang + ekor dan kicap cili. Memang menyelerakan!
    Selamat menyambut Ramadhan Kareem buat SA sekeluarga.

    ReplyDelete
  3. Ayam masak bali tu nampak sedap tapi saya tak pernah cuba lagi. Btw selamat menunaikan ibadah puasa, Kak SA.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya ikan tilapia tu kak....cencaru belah belakangbtu pun sedap

    ReplyDelete
  5. eee sedap2 semuanya dan ada yang saya baru pertama kali baca..boleh cuba gak lah nanti menu udang dan sotong tu...

    ReplyDelete
  6. sotong ketumbar tu boleh bagi resepi tak? rasa menarik sangat tu.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah