Showing posts with label Resepi Viral. Show all posts
Showing posts with label Resepi Viral. Show all posts

Thursday, May 15, 2025

Resepi Apam Nasi Pandan

Assalamualaikum...

Semalam SA share resepi resepi Som Som Sagu Mata Ikan kan..hari ni SA nak share resepi Apam Nasi Pandan plak...SA tunjuk gambar resepi ni kat En Suami...dia kata ni fav dia..kalau dah fav tu kena la SA belajar buat kan? Hari tu dapat resepi apam kampung dari Mummy Ayu...kali ni SA jumpa resepi ni kat FB Resepi Bonda..credit buat owner resipi di hujung entry ye...SA semangat nak cuba ni...dari hari tu suami duk mencari apam pandan ke atau gula merah ke...SA je blom ada masa nak buat..ni dah ada resepi dan bahan pun nampak senang, boleh la SA cuba buat...

Jom tengok resepi dan cara buat kat bawah ni...





Kredit photo buat pemilik resepi


Resepi Apam Nasi Pandan

Bahannya:

2 cawan nasi sejuk

1 1/2 cawan gula

2 cawan pati daun pandan


Bahan B:

11/2 cawan tepung gandum

2 cawan tepung beras

1 peket mauripan.


Cara buat:

Blend nasi bersama gula dan air pandan bagi sebati dan halus. Satukan tepung gandum dan tepung beras serta mauripan.

Nasi yang dah blend tadi masukkan ke dalam tepung. Kacau sebati dan masukkan pewarna sikit aje nak bagi cantik.

Perap bahan selama satu jam setengah. Masukkan dalam acuan dan kukus dalam 20/15 minit jer. 


Selamat mencuba


Resepi Oleh: Fazilah Md Yussop


Thursday, January 6, 2022

Rahsia & Resepi Perapan Sedap Untuk BBQ

Assalamualaikum...

Hi korang...

Kita masih blom menang kan, Covid -19 masih bebas dan beranak pinak di luar sana...so kebanyakkan aktiviti yang kita buat selalunya dengan rasa yang berhati- hati dan sedikit rasa takut. Nak travel bebas macam dulu memang dah tak selamat la kan...nak plak dah bermacam virus or variant baru covid 19 yang muncul sekarang...memang menakutkan. Memandangkan tak lepas bebas kita tetap boleh buat macam- macam aktiviti dengan mengamalkan SOP. Salah satunya yang agak popular sekarang adalah BBQ. Boleh buat di rumah aje...tak perlu keluar sekiranya tak perlu.

SA scroll telegram dan terjumpa resepi BBQ dan sosnya ni...takkan nak simpan dan buat diri sendiri aje kan...no..no..no..jangan mentamak haloba...so lets share...ilmu orang kita share jugak...moga manfaatnya kita dapat bersama..sharing is loving gittew.....



credit photo to owner resepi..Delihayat Kitchen



BBQ Kambing 😋

Resepi ni terbukti sedap..

Bahan:

12 slice daging kambing (lamb),katanya jangan beli mutton, mutton ni daging kambing yang agak tua.


Bahan Perapan:

5 - 6 sudu besar Lada hitam

1/2 cawan Madu (lebih pun sedap juga, tapi gula perlu kurangkan)

1/2 cawan Sos Cili

1/2 cawan Sos tomato

1/2 cawan sos BBQ Lea Perrins

Gula dan sedikit garam.


Cara:

Lada hitam ditumbuk agak kasar (tapi jangan kasar sangat), abang saya tak tumbuk.., dia pusing-pusingkan jer lesung batu tu.

Dalam mangkuk, satukan sos cili, sos tomato, madu, lea perrins, lada hitam, gula dan garam. Ia akan ada rasa-rasa asam boi sikit. Kalau tak sampai rasa macam asam boi tu.. tambahlah mana2 yang kurang.

Gaul rata dan masukkan daging kambing. Perap sekurang-kurangnya 4 jam, lagi lama lagi elok.

Panggang menggunakan arang.


Nota:

Selain kambing, boleh juga diperap dengan daging lembu atau ayam. Cuma untuk ayam.., abang saya masukkan sedikit kicap pekat. ~ 


kredit resepi: Delihayat Kitchen


Tuesday, January 4, 2022

Resepi & Cara Masak Asam Pedas Daging Tetel

Assalamualaikum...

Hi korang...

Ada kat sini yang suka Asam Pedas Tetel? SA adalah salah seorang peminat tegar asam pedas tetel..kalau pergi Melaka memang akan cari port asam pedas best ni...cumanya SA x pandai masak Asam Pedas yang melibatkan tetel. Walau setengah orang cakap sama aje cara macam masak pedas biasa tapi selalunya tak menjadi kalau SA masak...ehh....x tau la kenapa...Asam Pedas ikan dah pandai plak...padahal sama jer konsepnya kan....

Takpe kita try and error...harap- harap menjadi la macam SA selalu praktik Asam Pedas Ikan..sekali cuba walau tengok resepi dan step by step x semestinya terus pandai kan...kena la selalu buat...just jangan putus asa je....



ASAM PEDAS DAGING TETEL


Bahan2 :

1/2 kg tetel & 1/2 kg daging (direbus utk bg lembut)

Cili blend 3 senduk kecil

Bawang besar 2biji

Bawang putih 4@5ulas

2inci lengkuas

1 inci halia

1 inci belacan

1 sudu kecil lada hitam

1 sudu besar jintan manis

1 sudu kecil halba

Asam keping

Daun limau purut

Kerisik

Garam bukit & serbuk maggie secukup rasa


Cara memasak :

1) Blender bwg besar, bwg putih, halia, lengkuas, belacan, lada hitam & jintan manis

2) Panaskan minyak & masukkan halba

3) Tumis kan bahan2 yg di blend td

4) Masuk kan cili kering

5) Masukkan asam keping, garam & maggie secukup rasa

6) Kacau sehingga naik minyak

7) Bila cili dah garing, masukkan air rebusan daging beserta daging tetel yg telah direbus

8- Akhir sekali masukkan kerisik & kacau hingga sebati

9) Siap untuk dihidang


Credit @ResepiDuniaMasakan


Sunday, December 26, 2021

Resepi Ibu Sambal Kicap Mabeles

Assalamualaikum...

Hi korang...

Macam biasa la takde apa yang nak di share semalam...semalam rilex jer...ada kunjungan dari keluarga adik ipar dari Perlis...so SA masak la untuk makan tengahari...itu nanti SA share lain entry la ye...kepenatan sampai hari ni...hari ni pun SA x tau nak masak apa...kisahnya scroll telegram tengok- tengok ada banyak resepi yang menarik untuk di share ngan korang....

Nak plak kicap cili ni ha...SA x berapa pandai buat..so simpan sini untuk rujukan....



 RESEPI IBU SAMBAL KICAP MABELESS

1. Bahan-bahan yang diperlukan;

- dua genggam cili padi hijau

- 8 ulas bawang putih


* Tips sambal kicap lebih sedap dan tahan lama, 

- Goreng seketika dua bahan di atas.

- Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng.


2. Masukkan bahan tadi dalam bekas pengisar.


3. Tambahkan kicap. Cikgu suka guna kicap Jalen lemak manis. Nak guna kicap cap apa pun boleh. Kuantiti kicap menutupi paras bahan tadi. 


4. Cikgu tambahkan juga dua sudu kicap pekat dan kicap cair untuk seimbangkan rasanya. 


5. Untuk menambahkan kepekatan dan rahsia sambal lebih sedap, cikgu tambahkan 1/2 genggam kismis dan 3 sudu besar bawang goreng untuk dikisar sekali. Perasakan dengan sedikit gula mengikut citarasa.


6. Kisar semua bahan tersebut sehingga lumat. Selepas itu, tuang dalam mangkuk. Kacau sebati. Boleh tambah baik rasa jika perlu.


7. Cara simpan ibu sambal kicap supaya tahan lama:

*masukkan ke dalam bekas yang bertutup. Guna sudu kering setiap kali mengambilnya. Hidang dalam bekas berasingan.*


*kalau simpan terlalu lama dalam peti, sambal kicap akan memekat. Jadi boleh tambah air masak. Kacau sebati. Perasakan lagi sekali jika tidak memadai*


Kredit Afy Al Habibi


Saturday, December 11, 2021

Resepi Ikan Bawal Emas Steam Chinese Style

Assalamualaikum...

Hi korang..

Selamat berhujung minggu, kali ni masih nak share resepi yang SA jumpa kat telegram...simpan sini sebab nanti nak cuba...senang jer resepinya..hari ni takde nak plan masak apa...SA penat...x larat...tengok la Pak Zain masak apa nanti...mood SA pun tengah swing ni...



 
"Ikan Bawal Steam Chinese Style"


Bahan-Bahan:

Ikan Bawal dibasuh bersih.

Halia potong batang mancis.

Batang Daun Bawang.

Cili Padi.

Bawang Putih.

.

*Bahan Sos

Kicap Cair 2 sudu besar.

Sos Tiram 1 sudu besar.

Minyak Bijan 1 sudu besar.

Gula ½ sudu.

.

Cara-Cara Penyediaan.

.

-Bawang putih digoreng hingga keemasan tutup api letak bahagian batang daun bawang yg dimayang kemudian curah diatas ikan.


-Kukus Ikan bersama Halia dalam 5 minit + Letak bahan Sos + bahan goreng & siap.


Kredit: raja azreen


t.me/telepesanbonda


Thursday, December 9, 2021

Resepi Satay Ayam Viral...

Assalamualaikum...

Hi korang...

Hari ni SA terbaca kat telegram resepi satay ayam viral ni...mulanya malas nak share tapi elok share la kan sebabnya ilmu dan resepi macam ni bukan senang nak dapat...kena cuba la mana tau kita pun boleh buat sendiri satay...Satay memang makanan fav SA...SA suka kalau juicy2 dan ada letak kulit ayam antara daging ayam tu...itu yang buat sedap...tapi awas x leh makan selalu sebab kulit ayam kolesterol tinggi kan....

Jom tengok resepi dan kita cuba buat sama- sama....



 (RESEPI SATAY AYAM VIRAL)

Dada ayam 2kg cukup untuk 100 cucuk

Bahan- bahan

  1. Gula 1 cawan
  2. Halia 1 ibu jari
  3. Bawang putih selabu
  4. Bawang besar 2 labu
  5. Serai 2 batang
  6. 1 camca serbuk jintan manis

*Blendkan semua ini bersama*

4 camca kunyit dan sedikit garam gaul dengan ayam yang dah dicucukkan tadi selama setengah jam.


(KUAH SATAY)

  1. Kacang tanah 2 cawan - goreng dengan minyak, kacang sejuk blendkan.
  2. Tumiskan bahan blender tadi, bila kekuningan masuk kan cabai serbuk, gula dan sedikit garam.
  3. Masukkan kacang dah blend tadi masukkan air 3 gelas dan tunggu mendidih.


Resepi simple ☺️

Selamat Mencuba 😋

Kredit: CitarasaNita


Wednesday, June 17, 2020

Resepi Daging Bakar Danok Mudah Dan Sedap

Hi korang..

Bulan puasa hari tu adik SA yang bongsu tu makan bukan main lagi...pas tu siap whatsaap kat grup family bagi orang terliur..masa ni dia best la dapat daging wagyu boss husband dia bagi..2 keping besar plak tu..korang pun tau la kan daging premium macam ni berapa harga di pasaran...SA suka je makan daging2 premiun dan tak ralat pun kalau berhabis duit sikit. Bukan selalu ye..kalau selalu tak mampu la SA...kadang- kadang bila teringin je..

SA x tau resepi adik bongsu SA guna dan yang penting dia pun google gak tu,..SA plak baru- baru ni cari gak la kat Jaya Grocer daging premium tapi bukan jenis wagyu...jenis yang grass fed macam tu..seketul berapa ratus gram berat ntah harga dalam RM70++..so SA dah survey dan SA nak beli nanti nak bawak balik Seremban. Nak bakar macam yang ada kat resepi bawah tu...korang kalau nak buat pun boleh cuba guna resepi tu..yang tu senang je SA tengok...cuma SA buat nanti SA nak bakar guna oven je...SA x confident kalau masak atas kuali ajaib...heheh...

SA guna gambar dari adik bongsu SA ye...maaf kalau gambar tu buat korang terliur....






Bahan- Bahan

1. Daging
2. Bawang putih
3. Lada hitam
4. Sos tiram
5. Kicap
6. Garam
7. Gula
8. Cili api hijau dan merah
9. Sos ikan
10. Daun ketumbar
11. Air limau nipis


Cara-cara membuatnya:

1. Potongkan beberapa daging (kaau x nak potong pun boleh) dan perapkan bersama bawang putih yang telah ditumbuk, lada hitam, sos tiram, dan sedikit kicap, garam dan gula.

2. Selepas daging diperap ( seeloknya erap semalaman), bakarkan daging atas pan dan setelah dibakar potong daging kepada kepingan .

3. Kemudian, sediakan sos thai pula dengan masukkan 7 ulas bawang putih, 5 cili api merah dan hijau dan tumbuk halus bahan-bahan ini.

4. Setelah itu, masukkan ke dalam bekas dan masukkan 2 sudu sos tiram dan 3 atau 4 sudu sos ikan.

5. Kemudian, masukkan 2 atau 3 sudu air limau nipis dengan 2 sudu gula dan secubit garam.

6. Kemudian, masukkan daun ketumbar yang digunting halus dan kacau kesemua bahan tersebut dan siap.


Jom kita buat daging bakar Danok!!!

Selamat mencuba

Thursday, September 21, 2017

Koleksi Resepi Berpantang Part 2

Hi korang...

SA dan resepi berpisah tiada...saje nak abadikan dalam blog ni ha..selain share ngan korang kan...ada je resepi SA suka cuba dan panjang2kan share ngan semua..nak plak resepi berpantang ni...SA ni adik perempuan ramai..selain nak guna untuk diri sendiri nanti kalau ada rezeki kan..impian tu ada..moga allah permudahkan...rindunya SA nak rasa pengalaman berpantang....

Jom tengok resepi berpantang ni..mana tau ada yang bakal bersalin kan...senang nak rujuk...ikutkan makanan berpantang ni seram orang nak baca...tapi hakikatnya..walau banyak herba yang digunakan ianya banyak khasiat untuk tubuh badan..menu berpantang adalah menu sihat..tak percaya?tanya la mak- mak kita dulu2 pantang macam mana...takde macam orang sekarang...lagi ketat..kalau pakai bengkung tu..sampai 44-60 hari sampai ke 100 hari...orang zaman sekarang kekadang mak tak nampak saje je curi2 minum ais..hahahaha...janji puas tekak tapi bahana nyer tanggung la sendiri ye....















Kalau zaman mak- mak SA dulu kan...kalau bab resepi ni memang diorang akan simpan dalam buku..
siap tulis tangan lagi tau..dulu mana ada teknologi..jumpa je resepi dalam surat khabar terus potong tampal..malas potong salin tulis dalam buku...buku plak samada buku tiga lima atau diary lama....nostalgia sangat....
masa pindah rumah sendiri dulu ada satu kotak ni...dalam dia banyak diary lama yang tebal2...tengok satu2 takde apa cuma resepi biskut raya...hehehe...mesti mak punya kerja...bila tanya mak semyum2 simpul dia...sabar aje la.....

Mak korang macam tu jugak tak?

Monday, October 24, 2016

Resepi Viral Cendawan Kukur Goreng Berlada

Assalammualaikummm...
Hi korang...pernah makan cendawan kukur...huii..ini rare ni cendawan ni..susah nak dapat..kat kebun getah je banyak ni....aku dh kenal cendawan kukur ni lama dh..dari aku kecik2 lagi..sampai la ni umur dh 38 tahun dah...tapi bleh dikira sepanjang aku hidup di bumi allah ni berapa kali je aku makan..hahhaha..
Jom tengok resepi..


Resepi Cendawan Kukur Goreng berlada

1. Cendawan kukur 100 gram direndam dan dibersihkan..
1. 3 ulas bawang putih - ditumbuk
3. 4 ulas bawang kecil- ditumbuk
4. 15 biji cili api - ditumbuk
5. Serai 2 batang - ditumbuk
6. 2 sudu besar sos tiram

Cara- cara 

1. Bahan yg ditumbuk di tumis sampai naik bau
2. Masukkan serai
3.masukkan sos tiram
4. Msukkan cendawan kukur
5. Perasakan sedikit garam..jangan banyak sebab sos tiram dh masin
6. Siap!!!

Selamat mencuba ye korang...


Thursday, May 26, 2016

Step By Step Resepi Tom Yam Bangkok

Terasa nak makan tomyam sebijik macam kat bangkok tapi takda masa nak pegi Thailand?

Kau orang jangan bimbang, hakak akan kongsikan cara nak buat dia.

Nak buat Tomyam Bangkok Versi Humban atau campak - campak... Senang woih, tak pakai pes atau kiub tomyam langsung.

Moh kita ke dapur yok...

Tomyam Bangkok Versi Humban.


Bahan-bahannya ialah:

1kg udang - buang kepala.
500gm sotong - buang tulangnya. Kepala tak.
5 keping dada ayam dipotong kiub.
15 biji limau nipis
5 biji limau kasturi
5 biji tomato separa masak (yang tak berapa nak merah)
7 batang serai muda
5 inci halia muda
3 inci lengkuas
1 genggam cili padi
2 biji bawang besar Holland
1 batang lobak merah
19 helai daun limau purut
3 liter air.
Sedikit daun ketumbar
Garam secukup rasa.

Moh kita masak. Kau jangan nak main henpon sangatttt....letak tepi henpon tu...kasik focus...

Tengok gambarnya ya langkah2nya tau....

Step By Step...ikut..jangan nak derhaka...


Didihkan air guna periuk paling besar kau ada. Tak ada!! pi beli di kedai. Biasanya ada..menda korang kat rumah takde periuk...


Dah mendidih terus masukkan halia yang telah dihiris, bawang Holland dan lengkuas. Ha kenapa guna bawang Holland? Tak boleh ke bawang India? Baik dengar sini hakak nak bagi tau.. bawang India sesuai untuk masakan berempah macam kari, kurma dan sebagainya. Kalau masakan Thai, kau guna bawang Holland yang kuning tu. Ia lebih manis.

Kau tak percaya? ikut suka kau lah


Lepas tu guna bekas eskrim yang sama konon-konon lawa susun macam itu, masukkan dalam periuk bila bahan tadi tu dah mendidih. Itu ayam, udang dan sotong. Ngeri pulak tengok mata sotong tu memandang kita semua kan seolah olah berkata, "sampai hati kau nak makan aku."


Dah mendidih, kau buang sikit menda-menda macam lelemak yang naik ke atas. Biasanya menda ni rasanya agak pahit hujung-hujung. Masa hakak pergi belajar di Bangkok dulu, memang depa buang. Kita pun ikut. Kahkahkah...hakak dah cakap jangan derhaka kan...ikut jerk...heppp tutup mulut..jangan banyak bunyik.....


Yaaa berjumpa lagi bekas eskrim ini. Itu lobak dan tomato, potong macam itu. Kasi masuk semua dalam periuk.


Ini daun limau purut. Humban juga bersama perahan limau nipis dan limau kasturi. Tak sempat hakak ambil gambar tadi. Harap kau tak tanya ramai-ramai, mana limau mana limau? Matila nak menjawab tu karang


Lepas itu kau tumbuk cili padi dengan 2-3 juring bawang Holland sampai lumat. Humban lagi dalam periuk.


Dah mendidih, kau tabur daun ketumbar sikit. Renjis macam kau renjis pengantin guna tangan kanan, tangan kiri kau pegang senduk tu..ko ikut tak ni...ko jangan derhaka kang tak jadi Tomyam Bangkok ko...


Masukkan garam sambil muncungkan mulut kau berselawat. Semoga sedap...Selawat tau...bukan hakak suh jampi serapah...


Dah rasa semua cukup. Hidang ke laki kau. Kompom tak lari dan tak berpenyakit. Kau tak guna sikit pun pes atau kiub yang penuh dengan perasa tambahan yang bukan-bukan tu. Cewah. Haha matilah kena kecam.

Kalau kau nak ada rasa cili sikit, kau tumis cili kering sikit dan tambah dalam 1 sudu besar masa letak garam. Nanti ia akan merah dan lawa.

Kalau kau nak jadikan ia tomyam putih, dah tutup api kau tambah susu cair dalam 1 tin. Juga masukkan 1 sudu besar cili pes yang dah ditumis.

Senang tak? Selamat mencuba dan kongsilah sampai pengsan!


Credit Resepi Asal : RESEPI ABUAIN FB

Maaf la ye..ada yang aku tokok tambah dan aku copy bulat2 dari FB beliau...suka plak aku baca resepi selamba yang dia kongsikan..aku suka Tomyam Bangkok ni...sebab tu share kat sini...senang nak cari nanti...

Selamat mencuba ye korang...resepi ni pun sesuai untuk berbuka puasa nanti tau...

Friday, May 6, 2016

Jom Belajar Buat Sendiri Butter Prawn, Selalu Beli Jer...

Hi korang...

Semalam terjumpa resepi bergambar di FB, Cara- cara nak buat Udang Goreng Butter yang Mudah sekali dengan Floss telur yang sedap...selalunya udang goreng butter ni antara menu yang harus ada kalau makan kat luar...selalu cuba buat tapi failed...terjumpa kat FB laju2 share..tp floss dia x halus macam yang biasa aku makan...x kisah la..practice makes perfect kan...


Bahan2
1.udang besor 8 ekor
2.cili padi 10 biji
3.daun kari 3 tangkai
4.butter 100 gm
5.majerin 100 gm
6.telur kuning 3 nos
7.telur putih 3 nos
8.lada putih secukup rasa 
9.garam dan gula secukup rasa
10.serbuk perasa ayam secukup rasa
11.tepung jagung 3 tbsp
12.susu cair 1/3 cup


gunting bahagian belakang udang dan cuci


masukkan lada putih,gula,garam,serbuk perasa ayam dan telur putih


masukkan tepung jagung dan gaul sehingga sebati


goreng dalam minyak yang banyak yek


dah siap ketepikan dulu...takut udang tu stress nanti


untuk floss dia, panaskan butter dan majerin dgn sedikit minyak masak


panaskan sampai cair


masukkan telur kuning sedikit demi sedikit dan kacau dengan laju


kacau laju2 macam ni....hati2 jangan sampai terpercik...


dah siap...tapis dahulu untuk asingkan minyak dan telur


panaskan butter dan majerin


masukkan daun kari dan cili padi...kacau sebentar.


masukkan susu cair dan perasakan ia secukupnya


masukkan kembali udang yang telah siap digoreng tadi


Tadaaaa...dah siap...


Selamat mencuba korang...

credit resepi : OHBULAN


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah