Thursday, May 26, 2016

Step By Step Resepi Tom Yam Bangkok

Terasa nak makan tomyam sebijik macam kat bangkok tapi takda masa nak pegi Thailand?

Kau orang jangan bimbang, hakak akan kongsikan cara nak buat dia.

Nak buat Tomyam Bangkok Versi Humban atau campak - campak... Senang woih, tak pakai pes atau kiub tomyam langsung.

Moh kita ke dapur yok...

Tomyam Bangkok Versi Humban.


Bahan-bahannya ialah:

1kg udang - buang kepala.
500gm sotong - buang tulangnya. Kepala tak.
5 keping dada ayam dipotong kiub.
15 biji limau nipis
5 biji limau kasturi
5 biji tomato separa masak (yang tak berapa nak merah)
7 batang serai muda
5 inci halia muda
3 inci lengkuas
1 genggam cili padi
2 biji bawang besar Holland
1 batang lobak merah
19 helai daun limau purut
3 liter air.
Sedikit daun ketumbar
Garam secukup rasa.

Moh kita masak. Kau jangan nak main henpon sangatttt....letak tepi henpon tu...kasik focus...

Tengok gambarnya ya langkah2nya tau....

Step By Step...ikut..jangan nak derhaka...


Didihkan air guna periuk paling besar kau ada. Tak ada!! pi beli di kedai. Biasanya ada..menda korang kat rumah takde periuk...


Dah mendidih terus masukkan halia yang telah dihiris, bawang Holland dan lengkuas. Ha kenapa guna bawang Holland? Tak boleh ke bawang India? Baik dengar sini hakak nak bagi tau.. bawang India sesuai untuk masakan berempah macam kari, kurma dan sebagainya. Kalau masakan Thai, kau guna bawang Holland yang kuning tu. Ia lebih manis.

Kau tak percaya? ikut suka kau lah


Lepas tu guna bekas eskrim yang sama konon-konon lawa susun macam itu, masukkan dalam periuk bila bahan tadi tu dah mendidih. Itu ayam, udang dan sotong. Ngeri pulak tengok mata sotong tu memandang kita semua kan seolah olah berkata, "sampai hati kau nak makan aku."


Dah mendidih, kau buang sikit menda-menda macam lelemak yang naik ke atas. Biasanya menda ni rasanya agak pahit hujung-hujung. Masa hakak pergi belajar di Bangkok dulu, memang depa buang. Kita pun ikut. Kahkahkah...hakak dah cakap jangan derhaka kan...ikut jerk...heppp tutup mulut..jangan banyak bunyik.....


Yaaa berjumpa lagi bekas eskrim ini. Itu lobak dan tomato, potong macam itu. Kasi masuk semua dalam periuk.


Ini daun limau purut. Humban juga bersama perahan limau nipis dan limau kasturi. Tak sempat hakak ambil gambar tadi. Harap kau tak tanya ramai-ramai, mana limau mana limau? Matila nak menjawab tu karang


Lepas itu kau tumbuk cili padi dengan 2-3 juring bawang Holland sampai lumat. Humban lagi dalam periuk.


Dah mendidih, kau tabur daun ketumbar sikit. Renjis macam kau renjis pengantin guna tangan kanan, tangan kiri kau pegang senduk tu..ko ikut tak ni...ko jangan derhaka kang tak jadi Tomyam Bangkok ko...


Masukkan garam sambil muncungkan mulut kau berselawat. Semoga sedap...Selawat tau...bukan hakak suh jampi serapah...


Dah rasa semua cukup. Hidang ke laki kau. Kompom tak lari dan tak berpenyakit. Kau tak guna sikit pun pes atau kiub yang penuh dengan perasa tambahan yang bukan-bukan tu. Cewah. Haha matilah kena kecam.

Kalau kau nak ada rasa cili sikit, kau tumis cili kering sikit dan tambah dalam 1 sudu besar masa letak garam. Nanti ia akan merah dan lawa.

Kalau kau nak jadikan ia tomyam putih, dah tutup api kau tambah susu cair dalam 1 tin. Juga masukkan 1 sudu besar cili pes yang dah ditumis.

Senang tak? Selamat mencuba dan kongsilah sampai pengsan!


Credit Resepi Asal : RESEPI ABUAIN FB

Maaf la ye..ada yang aku tokok tambah dan aku copy bulat2 dari FB beliau...suka plak aku baca resepi selamba yang dia kongsikan..aku suka Tomyam Bangkok ni...sebab tu share kat sini...senang nak cari nanti...

Selamat mencuba ye korang...resepi ni pun sesuai untuk berbuka puasa nanti tau...

13 comments:

  1. Suka baca tulisan Khairul Hakimin a.k.a Abu 'Ain tu... :)

    ReplyDelete
  2. sedapnya kak..nasib baru lepas makan, kalau tak dayah tuntut dah dengan akak..hehe

    ReplyDelete
  3. wah..nak skit..sdapnya kak..:)

    ReplyDelete
  4. terasa rasa pulak tomyam kat tekak ni hehe. boleh jadi menu 1st day puasa nanti :D

    ReplyDelete
  5. HAHAHA TU LA BACA MULA TU MCM LAIN JE DR YG ASAL ...AKU MMG DAH BOLEH DAH HAFAL CARA PENULISAN DIA .. KLU BACA JE DAH TAHU SAPE YG TULIS...
    ANYWAY DAH TRY DAH ..SEDAP .. LAGI PUN NI CARA MY MIL MASAK TOMYAM

    ReplyDelete
  6. Menarik.. dah lama tak masak tomyam kat umah.. ;)

    ReplyDelete
  7. hehehe nampak menarik. nnti nk try la buat hehe

    ReplyDelete
  8. sedapnya...nk cuba nanti ;) lama tak makan tomyam

    ReplyDelete
  9. sedapnya, memang kan real tomyam paste nya simple je.... wahhh teringin tom yam SA

    ReplyDelete
  10. nampak menarik tomyam nih.. boleh cuba nanti..

    ReplyDelete
  11. Mudah dan menarik.. Yang penting isinya..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah