Showing posts with label Review Blogger. Show all posts
Showing posts with label Review Blogger. Show all posts

Sunday, December 17, 2017

Blogger Nora Yang SA Kenali

Belum terlewat lagi rasanya SA nak ucapkan Selamat Pengantin Baru buat blogger  Nora atau Ummizarra dari blog www.ummizarra.com yang baru sahaja sah bergelar isteri kepada cinta hati beliau Nadzrul minggu lepas kalau tak salah SA. Ada Nora jemput di FB tapi SA tak dapat nak hadirkan diri sebab Mak sakit plak masa tu..apapun SA ambil kesempatan ini untuk ucapkan tahniah di atas perkahwinan kedua beliau. Kita impikan kebahagiaan, kita dambakan kasih sayang..Nora mulakan langkah terdahulu dari SA nampak nya...jelas terpancar sinar bahagia di wajah Nora. SA tumpang gembira.

SA kenal Nora melalui blog dan mula rapat setelah beberapa kali jumpa Nora di event. Rasanya pertama kali SA tegur Nora di BGR Preview Ramadhan. Lepas tu kami selalu jumpa di event2 jugak beberapa kali sampai la kami betul2 rapat ketika sama- sama terlibat dalam Trip Bloggers dan Media di De Palma Eko Resort Kuala Selangor. Kami sama- sama rapat sebab kami menyandang status yang sama ketika tu kot..hehehe...Bertugas di bahagian Pentadbiran di Sebuah sekolah rendah di Sungai Pechala. Nora seorang partime blogger yang sangat komited, rajin attend event dan juga advertorial.


 Nora di Hari bahagianya minggu lepas..sejurus selepas sah bergelar isteri


Keluarga bahagia Nora..Tahniah...

SA dan Nora di De Palma Eko Resort Kuala Selangor.

Semoga persahabatan di dunia blogging kekal sampai bila- bila..SA doakan kebahagiaan Nora dan pasangan begitu juga Izarra Qistina..si comel tu...

Kalau korang nak kenal blogger Nora a.k.a Ummi Zarra...si la terjah 
Media sosial Nora 


Monday, December 11, 2017

Blogger Adda Ahmad Supermak!

Kawan blogger yang SA nak kenalkan hari ni..yang baru SA kenal beberapa bulan yang lepas..Adda Ahmad atau lebih dikenali sebagai Mamapipie...kenapa panggil Mamapipie? haaa...itu korang kena tanya Adda sendiri..mesti ada sesuatu yang istimewa di sebalik nama tersebut..

SA tak pernah jumpa dengan Adda lagi...tapi Adda dah agak lama dalam dunia blogging dan kalau tak salah since 2008, pernah stop sekejap atas sebab- sebab tertentu..sekarang Adda dah kembali aktif semula mewarnai dunia blogging...meriah lagi kan..SA suka jer ramai- ramai berblogging, selain dapat kawan- kawan baru dapat memartabatkan lagi dunia blogging ni kan.Harapan SA suatu hari nanti dapat bertentang mata dengan Adda..mana la tau dalam masa terdekat ke..tahun baru ke ada yang nak ajak lepak minum kopi kan..girls day out ke..who knows..


Kalau korang nak tau...Adda sagat rajin menulis..apa sahaja di sekeliling Adda pasti akan menjadi sebuah nukilan yang buat kita nak teruskan pembacaan. Rajin jalan- jalan dan rajin jugak buat giveaway cuma SA belum boleh join mana- mana giveaway sebab tengah apply Adsense kan..semua entry giveaway SA dah revert to draft termasuklah entry wordless wednesday...sebab tu SA tak dapat support GA kawan- kawan..bukan sombong berlagak eh...tapi memang syarat nak lulus Adsense semua tu tak boleh ada dalam blog untuk sementara...masalahnya bila nak lulus ni?


Sama jer muka semuanya...


Keluarga Bahagia Adda



Since SA bemlum mengenali Adda secara mendalam, Adda di mata SA seorang yang komited, komited dengan kerjaya sebagai QA Executive di Syarikat Percetakan milik Karangkraft selain sebagai Isteri dan ibu. Adda seorang wanita yang lembut dan more to family..kalau sentuh bab Blog..Adda komited menyelesaikan setiap task sampai dalam kereta pun dia boleh menaip entry..kalau SA dah sakit kepala dah tu...

Jom kenal Adda dengan lebih lanjut...

URL: http://www.mamapipie.com
Ig: http://instagr.am/addahus
Fb: http://www.facebook.com/Adda.ahmad.3
G+: https://plus.google.com/+MamaPipie
YouTube: https://m.youtube.com/channel/UCeU4OMTRsXMlU3WNy-FJUUA
Twitter: https://mobile.twitter.com/mamapipie
FB page: https://m.facebook.com/mamapipie/

Saturday, December 9, 2017

Rapat Dengan Blogger Shuhaida Kabdy Kerana Laksa Batu Kurau

Baca tajuk macam mengada sangat kan..haha..kali ni nak bercerita tentang rakan blogger yang SA mmg salahkan Kak Sue sebab masak laksa sedap sangat...bila dh sedap SA bertambah makan...bila bertambah 2 kali macam tak cukup..sib baik cik abg ajak balik...kalau tak masa rumah terbuka raya yg lepas SA dh volunteer habiskan seperiuk Laksa Batu Kurau Kak Sue..hahaha...SA mengenali Kak Sue masa tu jumpa kat event di Hard Rock Cafe. Event yg melibatkan Raja Muda Selangor..pelancaran album kalau tak salah...dari situ pertemuan demi pertemuan tercipta sebab join kelab blogger yg sama...dan banyak event yg kami sama2 attend..
Sombong? Eh tak la...sapa kata Kak Sue sombong...airmuka je kot but trust me...bila korang dh kenal..korang leh lepak borak lama dengan Kak Sue..riak muka awal pertemuan je kot...sama gak ngan SA..org x kenal mmg ingat sombong giler macam good good je kan...sebab tu ada pepatah..tak kenal maka tak cinta....
Alhamdulillah Kak Sue jenis ada semangat nak mencuba, nak maju dan ada minat nak berjaya...satu sikap Kak Sue yang SA suka..dia lebih suka bertanya kalau sesuatu yg dia nak buat tu dia x sure..itu patut ada dalam jiwa seorang blogger yang komited nak berjaya..Buktinya...tengok Kak Sue dah tak kekok attend event besar...baru-baru Kak Sue dapat jadi pembantu Chef Zameer dlm event tau...haaa...pengalaman tu....bukan senang nak dapat

Kak Sue dengan Chef Zameer

Keluarga bahagia Kak Sue...dh ada anak dara dh pun..

Ada antara korang maybe dah tau kak Sue dan suaminya Abg Man meniaga air dan makanan di Stadium dan banyak tempat..kalau bulan Ramadhan pun mereka berniaga di tapak Bazaar Ramadhan.. SA suka sangat minum air kelapa laut Afrika..minum air ni sejukkan badan.. SA minum banyak kali masa datang rumah terbuka Kak Sue yang lepas...geram tengok buah kelapa tu..comel..lagi satu SA mmg terpikat dengan Laksa Batu Kurau Kak Sue

Air kelapa laut Afrika

Laksa Batu Kurau masakan Kak Sue


Entah kali ke berapa jumpa Kak Sue..banyak kali dh sebenarnya..SA suka semangat Kak Sue..walau macam mana pun diduga dengan pelbagai dugaan Kak Sue tetap hadapi..walau sibuk macam mana pun task kerja untuk blog Kak Sue tetap buat..kalau tak faham rajin bertanya..eh..Kak Sue cakap dia nak start buat delivery Laksa Batu Kurau..Dah start ke belum SA x tau...so untuk x nk terlepas sebarang berita terbaru...jom follow social media Kak Sue...

Blog : www.shuhaidakabdy.com
IG - www.instagram.com/kaksue7273
FB - www.facebook.com/shuhaidakabdy

Friday, December 8, 2017

Memang Rugi La Korang Kalau Tak Kenal Blogger Ana Suhana

Rugi??? Kenapa?
Rugi laaa kalau Tak Kenal Blogger Ana Suhana...Meh la nak cerita...tak nak berkias banyak...memang rugi la SA nak cakap kat korang kalau korang tak kenal Ana Suhana ni......haaaaa...sapa ni? Ana Suhana antara blogger yang SA baru kenal pertengahan tahun ni rasanya dan antara yang terapat ngan SA...so..hari ni SA nak kenalkan korang fulltime blogger buat masa ni Ana Suhana. SA lupa la macam mana kenal dengan Ana ni...rasanya dari aktiviti blogwalking kot...macam SA rajin ping entry..alaaa...rajin tanpa sengaja dan SA ni jenis akan setia komen satu2 blog tu kalau blog dia cepat loading dan ada citer tentang travel dan jjcm...memang akan hari- hari la SA skodeng. Kami menjadi lebih rapat bila Ana terpilih jadi top komentator blog SA rasanya...

Ibu muda ada anak lelaki yang comel ni memang suka berjalan...rajin betul Ana sekeluarga pergi berjalan walau dekat- dekat aje..Ana rajin update gambar baik di IG dan FB dan rajin juga update segala aktiviti di blog.Hari- hari ada jer cerita baru dari Ana dan keluarga kecilnya...jom tengok gambar.....Sentuh bab blogging SA akui Ana yang tak lokek dengan senyuman ni memang komited ..kalau datang event pun selalunya awal..semangat macam ni perlu ada dalam jiwa seorang blogger...bila disiplin tinggi macam ni PR suka dan confirm akan offer job lagi di masa akan datang..
Kena ingat tu korang yang lain..jaga nama dan platform sebagai blogger...etika tu penting..kata mana-mana pun.. sama-sama kita praktikkan ye...

Keluarga Bahagia Ana Suhana

Anak bujang Ana..hensem kan...


Blogger Ana Suhana Dan Aktiviti JJCM Buat SA Jeles!!

Betul memang jeles ni...sebab apa tau...SA bekerja..so SA memang jarang ada masa untuk JJCM dan boleh dikatakan SA boleh jer nak pergi makan dan buat aktiviti review sendiri  selain dari sessi food review yang SA dh commit. Memang lumrah seorang blogger bila pi makan kat mana- mana sure nak buat live update, ambil gambar update kat IG, FB kan...macam SA kena tengok tempat dan masa..kalau dengan adik beradik ok lagi..ngan anak dara SA ke..tapi kalau dengan orang tersayang macam segan skit..hahahah...tapi macam Ana bertuah sebab Suami sentiasa menyokong dan dari perhatian SA suami Ana pun suka benda yang sama. Lagipun SA jeles sebab semua tempat Ana buat JJCM dengan menu dan kualiti gambar memang buat korang terliur...tak percaya? pi terjah blog Ana sat lagi....kalau betul....korang belanje SA....


Ada jer tempat baru yang Ana dan family terjah...best betul...



First time jumpa Ana di SBB2017 yang lepas...seronok sangat jumpa Ana masa tu dan jugak jumpa blogger yang lain. Banyak kami share sebelum ni especially bab blog..kalau Ana tak faham atau SA tak faham kami share..kalau tak dapat jugak jawapan memang kami akan share kat group yang kami join bersama iaitu AFBDotMY..Ilmu yang ada seeloknya dikongsi bersama..takde la kena label Kedekut Ilmu kan..

korang nak kenal Ana Suhana?

Terjah social media Ana ye...


Wednesday, December 6, 2017

Kenali Blogger Ceritaita Yang Juga Doktor Veterinar

SA sambung lagi menulis tentang rakan blogger untuk hari ini, sebelum ni kita dah kenal blogger Azlinda Alin dan Mimi Azirah dan kali ini SA nak kenalkan korang dengan blogger yang bergelar Doktor Veterinar...Haaaaaa.....jangan tak tau...ada jugak golongan professional bergelar doktor tau...asalkan ada minat menulis dan menulis dari hati..

SA kenalkan korang dengan blogger ROZITA ABD RAHMAN dari blog CERITAITA...SA tak pernah lagi bersua muka dengan Ita...masa mula- mula kenal pun melalui aktiviti blogwalking dan follow memfollow. Lepas tu Ita join AFB plak...so kami menjadi semakin rapat. SA dulu selamba je panggil dia KAK ITA, Rupanya Ita muda dari SA...terbalik plak sekarang Ita panggil SA dengan panggilan Kak SA...hahahaha....entah bila la dapat bertemu bertentang mata.

Sentuh bab blogging SA memang kagum dengan Ita.Semangat dia kuat...walau macam mana sibuk pun Ita tetap komited sebagai seorang Doktor, Ibu, Anak dan blogger. Semangat kerja kuat Ita memang patut dicontohi.. sebab apa tau.....sebab walau sibuk Ita pun berjinak- jinak dalam dunia perniagaan...tak percaya? nanti korang check kat blog Ita eh.....




Sebagai seorang Doktor Veterinar kita tau la macam mana sibuknya Ita sebagai seorang doktor. Lebih kurang doktor biasa jugak...SA tengok walau pun busy dengan tugasan hakiki dan sering attending seminar la kesana kemari tapi Ita sangat komited. Tetap menulis blog sebab dah memang minat dia kan...Ita mempunyai followers dan readers tersendiri so tak hairan la jumlah pageview memang tinggi setiap bulan.

Korang kalau nak kenal dengan Ita...boleh terjah laman social media yang SA dah sertakan kat bawah tu ye....jangan risau Ita sangat membantu dalam apa pun permasalahan especially tentang dunia haiwan..jangan korang tanya masalah dalaman wanita plak kat dia...itu tak dapek SA nak tolong de...




Tuesday, December 5, 2017

Blogger Mimi Azirah Yang SA Kenali

Kalau dulu sangat fanatik dengan artis, kalau boleh nak jumpa semua artis dalam Malaysia ni..alhamdulillah banyak pengalaman bergambar dengan artis..tapi itu dulu...sekarang sejak berkecimpung dalam dunia blogging SA lebih suka menjalin persahabatan dengan mereka yang bergelar blogger, baik lelaki mahupun perempuan..boleh dikatakan SA dah bersua muka dengan blogger dah ramai dah..malah kami mesra dan selalu berjumpa di mana- mana event yang kami sertai. Bercerita tentang Mimi Azirah SA dah kenal lama melalui blog dan dah bersua muka pertengahan tahun ini semasa sama- sama mendapat jemputan pelancaran outlet terbaru Ayam Penyet Best. Itulah pertama kali kami bersua muka setelah kenal mengenal melalui blog.

Bercerita tentang blogger Mimi Azirah yang tinggi lampai ini..orang nya manis..mesra dan tak rasa kekok pun masa jumpa tempohari.kami berbual macam dah lama kenal..macam ni bagus so takde la border dalam pergaulan kan..Mengenai blog Mimi  SA memang dari dulu suka kunjungi...comel jer blog Mimi berwarna Pink dan dah pasti Mimi peminat warna pink dari mula SA ikuti blognya...blog pun kemas, cepat loading dan takde keluar apa- apa pop-up atau iklan- iklan yang banyak. Blog macam ni bagus untuk di follow. SA dan Mimi kini sama- sama belajar tentang blog..apa aje masalah atau benda baru tentang blog kami akan share bersama..malah share juga dengan kawan- kawan lain...


Mimi Azirah


Anak dara Mimi...

keluarga bahagia Mimi...

Mimi Azirah seorang blogger separuh masa yang bekerja dalam sektor kerajaan..kerja apa..SA tak nak reveal kat sini...sama je ngan SA blogger separuh masa yang masih bekerja bezanya SA dalam sektor Swasta.Mempunyai 3 orang anak yang comel dan semakin success dalam dunia penulisan blog. Mimi baru je memenangi hadiah berupa sebuah handphone hasil dari penulisan nya yang hebat.Suka dengan semangat dan komited Mimi dalam melaksanakan task blogging..tak pernah lambat malah sentiasa mengikut dateline yang diberikan.

Nak kenal dengan Mimi?

Blog: www.mimiazirah.com
Instagram : www.instagram.com/mimi_azirah
Twitter : www.twitter.com/mimiazirah

Monday, December 4, 2017

Blogger Azlinda Alin Dari Mata SA...

Dari mata turun ke hati katanya kan....haaa....hari ni SA nak up entry santai nak review suka-suka blog rakan blogger SA ni...kenal dah lama..dari zaman SA join sebuah group blogger yang terkenal...perkenalan dari situ terus menjadi rapat sampai sekarang...maybe ada antara korang yang kenal dan pernah jumpa dengan blogger Mommy Azlinda Alin .

Mesra disapa Linda merupakan ibu berkerjaya dan mempunyai 3 cahayamata.. of course la suami dia sorang je kan..apa plak citer kalau suami ada dua...hahaha...ok tak kelakar...dan untuk pengetahuan korang Linda baru aje mendapat baby yang ketiga...baby boy yang diberi nama Daim Naufal.SA blom sempat jumpa nak gomol2 lagi..selalu jumpa anak dara ngan si bujang Dhia & Dzal..

SA nak komen tentang blog SA pun tak berapa expert lagi..tapi apa jua permasalahan tentang blog kami kongsi dan belajar bersama..Linda dari mata SA seorang blogger yang hebat..niche blog yang lebih ke arah parenting membuatkan Linda dikenali ramai especially PR product2 bayi..adakala SA jumpa Linda dalam event yang sama macam food review, so nak senang cerita Linda ni multitasking la..semua dia boleh buat..Orangnya manis dengan senyuman sentiasa, tak sombong dan mudah membantu. So far SA memang selesa dengan Linda...compare pencapaian blog rasanya Linda lebih tinggi dan banyak pengalaman dari SA...



Dhia dan Dzal yang comel...


SA dan Linda semasa event Ramadhan Review di BGR


Harapan SA agar pertalian persahabatan dengan Azlinda Alin berkekalan sampai bila - bila..kami banyak share tentang dunia blog..apa yang tak faham dan dia tak faham sama- sama kami berbincang..selalunya antara kami memang menjadi tempat rujukan...bukan setakat berbincang tentang blog malah kami boleh aje berkongsi tentang apa jua masalah..but kami tak suka mengumpat..kalau ada yang tak puas hati dan perlu penjelasan kami bincangkan dan habis kat situ sahaja...pendek kata Linda seorang blogger yang komited dengan setiap task yang diberikan...balik dari event je esoknya dia dh up entry dah...

Korang nak kenal dan follow Linda?


Sila terjah blog beliau > http://www.azlindaalin.com/

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah