Sunday, December 17, 2017

Blogger Nora Yang SA Kenali

Belum terlewat lagi rasanya SA nak ucapkan Selamat Pengantin Baru buat blogger  Nora atau Ummizarra dari blog www.ummizarra.com yang baru sahaja sah bergelar isteri kepada cinta hati beliau Nadzrul minggu lepas kalau tak salah SA. Ada Nora jemput di FB tapi SA tak dapat nak hadirkan diri sebab Mak sakit plak masa tu..apapun SA ambil kesempatan ini untuk ucapkan tahniah di atas perkahwinan kedua beliau. Kita impikan kebahagiaan, kita dambakan kasih sayang..Nora mulakan langkah terdahulu dari SA nampak nya...jelas terpancar sinar bahagia di wajah Nora. SA tumpang gembira.

SA kenal Nora melalui blog dan mula rapat setelah beberapa kali jumpa Nora di event. Rasanya pertama kali SA tegur Nora di BGR Preview Ramadhan. Lepas tu kami selalu jumpa di event2 jugak beberapa kali sampai la kami betul2 rapat ketika sama- sama terlibat dalam Trip Bloggers dan Media di De Palma Eko Resort Kuala Selangor. Kami sama- sama rapat sebab kami menyandang status yang sama ketika tu kot..hehehe...Bertugas di bahagian Pentadbiran di Sebuah sekolah rendah di Sungai Pechala. Nora seorang partime blogger yang sangat komited, rajin attend event dan juga advertorial.


 Nora di Hari bahagianya minggu lepas..sejurus selepas sah bergelar isteri


Keluarga bahagia Nora..Tahniah...

SA dan Nora di De Palma Eko Resort Kuala Selangor.

Semoga persahabatan di dunia blogging kekal sampai bila- bila..SA doakan kebahagiaan Nora dan pasangan begitu juga Izarra Qistina..si comel tu...

Kalau korang nak kenal blogger Nora a.k.a Ummi Zarra...si la terjah 
Media sosial Nora 


16 comments:

  1. Selamat pengantin baru buat Nora dan pasangan

    ReplyDelete
  2. Semoga bahagia,dan semoga persahabatan kekal selamanya..
    All the best in blogging world !

    ReplyDelete
  3. cantiknya sis nora! selamat pengantin baru, bestnya dapat jumpa face to face!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaa kan best je dapat jumpa face to face. Macam-macam boleh sembang

      Delete
  4. TAHNIAH..selamat pengantin baru..:)

    ReplyDelete
  5. Tahniah Nora...
    Berseri2 muka....

    ReplyDelete
  6. Selamat pengantin baru
    Semoga kekal abadi
    Bqhgia ke anak cucu
    Semoga murah rezeki

    ReplyDelete
  7. Tahniah untuk blogger nora, semoga berkekalan hingga ke syurga

    ReplyDelete
  8. Selamat pengantin baru buat blogger Nora.

    ReplyDelete
  9. Cantiknya Nora jadi perantin.

    ReplyDelete
  10. Tahniah Nora, semoga berbahagia selamanya.. aamiin ya rabb..

    ReplyDelete
  11. selamat pengantin baru blogger nora

    ReplyDelete
  12. selamat pengantin baharu buat beliau.

    ReplyDelete
  13. Selamat pengantin baru Nora. Nors nih oeramah sgt2

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah