Thursday, December 15, 2022

K-Drama Jirisan

Assalamualaikum...

SA dah selesai tengok Kdrama Jirisan yang merupakan drama 16 episode yang ditayangkan pada 2021. Mula- mula cerita agak slow tapi bila dh tengok episode demi episode memang best citer ni. Ianya merupakan tribute untuk National Park  yang pertama dan tertua di South Korea terutamanya tribute buat para rangers yang mengabdikan diri bekerja dan menjaga keselamatan di Korea National Park disana.

Best giler citer ni walau permulaan cerita sedikit slow...sesuai untuk korang yang suka hiking dan cintakan alam semulajadi... Seo Yi Kang ranjer yang bertugas dan berasal dari Gunung Jiri. Seo Yi Kang sangat mahir selok belok hutan dan ditugaskan bersama Kang Hyun Jo yang merupakan renjer terbaru di Taman Negara Jirisan yang mempunyai kuasa luar biasa dimana dia akan mendapat imbasan perkara yang akan berlaku. Melalui imbasan itu banyak kejadian berlaku selesai.

Hari demi hari pelbagai kemalangan dan tragedi misteri yang berlaku. Mereka berdua bekerjasama menyelesaikan masalah dan misteri yang berlaku sehingga banyak melibatkan nyawa termasuk renjer junior.




Jun Ji-Hyun & Ju Ji-Hoon


Bagus drama ni tau...lepas tengok satu episode ke satu episode..rasa nak tahu siapa pembunuh sebenar dalam setiap kejadian membuak- buak..Kejadian demi kejadian yang dilakonkan kebanyakkan dari cerita sebenar yang dialami renjer- renjer sebenar yang telah ditemuramah dari awal. Base on true story la...

Korang nak tau kesudahan cerita...korang kena tengok sendiri...SA x nak jadi spoiler...paling mendebarkan bila Kang Hyun Jo yang cedera dan koma di hospital nak ditamatkan bantuan hayat...kat situ SA dah nangis dah...sedih giler...eh..korang kena tengok la...x mo la citer...kang korang dah tau penyudahnya korang x nak tengok plak...

Pemandangan pergunungan dalam drama ni memang cantik...rasa nak pergi je....tak percaya?

Korang tengok sendiri...ada je dalam Netflix....


8 comments:

  1. Menarik juga plot dia tp xsempat lg nk tgk drama ni

    ReplyDelete
  2. betul.. episod awal agak hambar, nak je stop tapi sebab view cantik teruskan je tengok, lama2.. ehh.. best la pulak!

    ReplyDelete
  3. Layan drama ni dulu sebab nak tengok Jun Ji Hyun tu..
    Cantik sangat pemandangan pergunungan Jirisan ni

    ReplyDelete
  4. dah mula tgk dah, tapi tak habis lagi, lepas tu gi tgk cita lain... he he he...tak tau bila nak sambung plak

    ReplyDelete
  5. Memang best drama ini.. Sha suka.. misteri dan supernatural sikit..

    ReplyDelete
  6. lepas ni nak tengok citer nih pulak...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah