Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts

Tuesday, December 24, 2019

Murahnya Novel Di KL Sentral


Hi korang...

As usual la bab membazir bagi kat SA ni...beli lagi novel..giler la kalau x terjebak kan..sure terjebak jugak memandangkan SA ni memang hantu novel..padahal novel sikit punya banyak kat rumah Seremban tu ntah bila nak habis baca kan..semalam masa balik kerja SA ternampak jualan buku ni...sementara nak pi MRT tu singgah kejap la tengok apa yang menarik ..malay novel diorang jual sebuah RM5 dan 3 buah RM10... kalau korang kat tempat SA korang terjebak x? Sure terjebak kan..so korang yang berada di sekitar KL Sentral sila la terjah dan  beli..tengah murah ni kan..esok2 mahal balik sape tau..SA plak x sure berapa lama diorang buat jualan murah ni..rasanya semalam baru buka ni..

So korang jangan lupa terjah tau..jangan cakap SA x payung plak..hehehe...

Friday, July 5, 2019

Sinopsi Novel Cantik Sehijau Epal by Intan Arnie's

Novel Karangkraft dan Alaf 21 memang sentiasa jadi pilihan..CANTIK SEHIJAU EPAL by Intan Arnida. SA suka baca cerita yang santai-santai..tak berat jalan cerita dan boleh buat berdebar-debar bila baca... once baca sekali terus x sabar nak habiskan..biasanya sebuah novel SA bleh baca sampai habis amik masa 2 hari..kalau jalan citer best pernah 3-4 jam je dh habis dh...sebab SA membaca xde gangguan lain..anak dh besar kan..hehehe


Sinopsis:
Ujian Saringan Pilih Menantu’ dijalankan untuk mencari bakal isteri buat Firouz Iman Syah, pewaris tunggal harta pusaka Datuk Zakir. Empat orang gadis sudah bersetuju untuk menjalani ujian itu yang diadili oleh Puan Meisa.

Lidya Ariana – gadis miskin, bercita-cita mahu merealisasikan impiannya untuk mengahwini Firouz. Kerana itu, dia menyamar sebagai seorang gadis kaya agar setaraf dengan lelaki pujaannya itu.

Dewi Jelita – gadis ‘gedik’ juga sepupu Firouz yang pernah ditangkap berkhalwat cuba memikat lelaki itu agar diperisterikan untuk menutup malu. Dia bertindak agresif untuk menyingkirkan pesaing-pesaingnya dengan cara kotor hingga sanggup membunuh!

Rania Arina – hanya mengenali Firouz ‘gitu-gitu’sahaja. Namun, lelaki itu ada hati terhadapnya. Firouz menjeratnya untuk memasuki ujian saringan itu yang sememangnya tidak pernah diketahuinya.
Bidadari – punya sejarah duka dalam keluarga Puan Meisa. Sengaja memboloskan diri dalam ujian saringan itu untuk membongkar suatu rahsia peribadi ayah kepada Dewi Jelita.

Peristiwa demi peristiwa yang berlaku membuatkan Firouz pening kepala untuk mencari calon isteri yang sesuai. Namun, ada kejutan tidak disangka telah membungakan hatinya. Itulah sebenarnya yang dicari-cari selama ini.

Recommended 👍👍👍

Wednesday, April 6, 2016

2 Buah Novel Umie Nadzimah Menjadi Teman Di Masa Senggang

Hi korang...

Last week aku ada beli 2 buah novel ni dari penulis novel terkenal Umie Nadzimah...alhamdulillah hari ni dah sampai dah..ekceli aku yang mintak dia post hari Isnin sebab takut tak sampai ke tangan aku nanti kan. Aku beli Khamis rasanya..so tak nak amik sebarang risiko aku mintak kak UN pos hari Isnin...bertambah lagi koleksi novel aku...ini pun ntah bila habis baca..selalunya aku baca bila dalam train atau dalam bas masa balik Seremban...memang aku minat baca novel sejak zaman remaja lagi...maybe ada antara korang tak tau..aku ada banyak koleksi novel...rasanya dah lebih dari 500 buah...malas plak nak bukak semula kotak...


Jujurlah Nikahi Aku dan novel terbaru Kak UN - Tidak Pernah Sesal


autograf dari kak UN


one more..

Dulu aku ada banyak novel dari terbitan Alaf 21

Sekarang banyak dari macam- macam terbitan...ada dari Kaki Novel,Karya Seni, Creative Enterprise dan banyak lagi..

Korang kalau beli novel selalu tengok tajuk ke apa?

Aku plak akan tangok ilustrasi muka depan novel dan tajuk...pas tu baca sinopsis di belakang buku...baru aku beli...

Aku masih mempertimbangkan nak buat pre-loved sale novel - novel koleksi aku tu...bukan tak nak jual...cuma sayang sebab aku dah kumpul lama dah...novel kat rumah sewa pun aku tak bawak balik lagi...ada je yang suggest suh jual..jual murah....

Korang rasa macam mana?

kalau aku jual ok ke?

Wednesday, January 13, 2016

Jangan Tak Percaya 3 Novel RM25 Di KL Sentral

BERITA BAIK BUAT KAKI NOVEL

Ye...betul..aku tak tipu....memang kedai majalah kat KL Sentral tu tengah buat jualan murah..3 buah novel dan apa je buku RM25..aku pun tersampuk beli 3 buah novel..mula2 aku tanya promosi sampai bila..bangla tu cakap sampai last week so aku pun capai la novel mana yang ada yang aku berkenan...berkenan beli je..belum baca lagi...ntah bila nak baca pun aku tak tau...tapi...bukan la novel Alaf 21 tu ye kawan- kawan...novel terbitan Fajar Pakeer...aku pun x pernah dengar nama company tu..aku sebelum ni suka beli novel Alaf 21..koleksi pun banyak dari terbitan tu...selain tu aku pun ada banyak koleksi novel terbitan Kaki Novel...pun best gak...tak kisah la...as long as murah kan..hari- hari aku lalu ada je lagi kedai tu buat promosi so aku tanya la lagi sekali...sampai bila promosi ni...budak tu cakap sampai akhir bulan ni...sabar je la...


ni la 3 buah novel aku beli awal bulan ari tu...tapi satu pun tak baca lagi...


Episod Cinta Luka


Melangkah dengan Hati


Hingga ke Disember

So...
Buat kaki- kaki novel macam aku...meh la terjah KL Sentral..memang diorang tgh buat promosi habis- habisan ni...lokasi di row tengah- tengah antara Panetton Cafe atau ada kedai baju tengah- tengah tu...alah..kalau korang lalu nak ke Maybank besar sure jumpa la...x susah pun nak mencari...

Cepat tau korang...promosi diorang ni sampai end of this month aje..mana tau kalau nak tambah- tambah koleksi ke...kan?

Membaca kan jambatan ilmu.....

Sunday, February 24, 2013

The wedding Breaker


Sedang melayan novel baru beli td..The Wedding Breaker..dengarnya novel ni tgh popular skrg ni..mula baca pun dh seronok...dh hbis baca nanti aku upload kat Notakakisuriaamanda eh...lama x update blog tu..

posted from Bloggeroid


Tuesday, August 23, 2011

Mood Membaca Mencanak

Haaa...ni Novel terbaru tgh baca..novel ni i x beli yer u olls..tp adik i si Ateh yang beli...
novel ni duk rebut2 ngan Lisa..ye la..dia mana nak baca novel mana nak kelek dua org puteri tuh kan....
heheheh....

 Aku yang ko tinggalkan...
aisey...sinopsis eh kocik bonar lak..
tp permulaan citer ni ok la...menarik dan juga buat kita nak teruskan pembacaan...
kisah Nia yang terpaksa berkahwin demi keluarga dan juga berpisah serta bawa diri ke luar negara bersama kasih dan dendam di hati..
biasalah novel kan..jalan citer mesti happy ending..tapi nak baca gak sampai habis..now suku pun x sampai lagi...
sapa2 nak beli dapatkan di kedai buku berhampiran ngan rega RM25.00


Thursday, June 23, 2011

Hasil Mei - June 2011...Lambakkan Novel...Entry Khas untuk Anonymous!!!

Hari tu i ada bg tau i ngan novel mmg x leh dipisahkan...haaaa...ada lak yg komen i menipu...mcm x percaya jer dah ada 400 buah novel...hek eleh....rilex ar..sib baik mini library i lom buat lagi...sok2 dah buat i publish kat sini eh....x habih2 pasal si anonymous ni tau...dia x dapat beli la tu asyik pinjam jer...ntah2 ko pernah pinjam novel aku x pulang2 kan....tp ada aku kisah apa ko nak komen...yang penting aku jujur...
ko tgok kat bawah ni..ini utk bulan Mei - June je tau....bulan July lom beli lagi....

I sangat menyayangi semua novel i and i akan balut novel tu x mo kasik rosak kulit eh..

 9 Novel dari Mei - Pertengahan June yang dah abih i baca dan dan berbalut.
kat bawah ni 3 buah novel yang lom usik lagi...
 Merdu Lirik Kasih > Durrah Fatiha Alaf 21
 Iman Suraya > Areila Sahimi / Kaki Novel
Juara Carta Cinta > Lynn Dayana / Alaf 21

hehehehe... 12 novel...Mei - June...kalau nak kira baper byk investment i kat novel2 ni
memang dah beribu2 dah...Rugi? oh tidak..i x rasa ianya satu kerugian...kalau i nak..i leh jual balik...tapi its a sentimental value..satukepuasan bila baca novel ni....
so untuk Anonymous tuh...usah la dengki...yang penting mak beli novel tu semua guna duit mak noks...ada gak novel kan dari ko reti pinjam jer...eh..mcm aku kenal ko kan??
tunggu mak nyer mini library siap eh...dah siap nanti i post kat sini...
sapa2 nak follow i kat FB ...silalah add kalau sudi yer...search Parizan Mohd Zain

Tuesday, June 14, 2011

Kasih Benar Kasih > Aleeya Aneesa

i giler ngan Novel yang ni.....oh tidakkk....harus cari ni..masalah eh..ada 3 lagi novel lom abih baca
Aleeya Aneesa adalah salah seorang penulis yang sangat i minat...
i ada banyak koleksi dari Aleeya Aneesa nih...
Apapun i tetap nak cari jugak...


Sinopsis

MEREKA tak saling kenal tapi disuruh berkenal-kenalan. Hanya berkenalan, jika sesuai boleh terus melangkah, jika tidak, tarik saja diri. Lalu, masing-masing mencuba dengan alasan,

‘Dia kosong, aku pun kosong.’

Pertama kali bersua muka, si dara terasa jengkel, sedangkan si bujang hanya bersikap ala-ala lelaki tak berperasaan. Sudahnya, seorang ke utara dan seorang ke selatan. Hati mereka tak bertemu di titik yang sama. Hanya antara mereka berdua, masing-masing tak pernah mengatakan ‘tidak’ sehingga banyak pihak menyangka diam itu tanda setuju.

Sampai masa, mereka benar-benar tak mampu berkata ‘tidak’ bila melihat wajah-wajah penuh harap. Saat sedar mereka tak mungkin berpaling lagi, cubaan demi cubaan dilakukan untuk menembusi hati masing-masing. Paling penting, mereka tak dilabel sebagai pasangan kahwin paksa, tapi kahwin atas tiket suka sama suka. Orang tua hanya talian hayat semata-mata.

Ketika sedar ada sesuatu berdetak tiap kali mata bertentang mata, muncul Syirin menagih janji lama. Sudahnya, janji baru terpaksa Dinzley mungkir walaupun Annura sudah ternampak bayang-bayang pelamin nan indah

Bila nak terjah Popular Book or MPH nih?

Beli online? oh tidakkk..dah ada pengalaman buku i hilang....x dapat ganti pun...sedih...

Friday, June 10, 2011

Hantu Novel

Ni Apa kesss?????
TAJUK MEMANG KENA NGAN INI OLANG LA....

yesza..memang i hantu Novel...x kisahla keluaran penerbitan mana pun..setakat ni i dah ada 400++ buah novel menjadi koleksi i...belum campur org pinjam x pulang2 lagi...
every month mmg 4 buah novel kena beli...seminggu satu....

 posing with novel terbaru Anis Ayuni...
 One more action!!
 Bos takde..secretary layan novel.....boleh???
 muka depan
sinopsis..

pemilihan novel selalunya berdasarkan sinopsis dan jugak penulis..
macam i..memang mengikuti setiap naskah dari Anis Ayuni...
sebab ceritanya memang dramatik dan ada kalanya memang kena dgn kisah hidup i...x dinafikan baca novel ni memang membawa kita ke dunia reality yang dipaparkan dalam setiap penceritaan penulis
dan selalunya setiap penceritaan memang base on the true story...
paling sadis bila i tetiba jadik Dramaqueeennnnn!!!!!kalah Neng Yatimah...ayorkhhhh......

Wednesday, April 14, 2010

Tidak Aku Bersuara - Norhayati Berahim RM24.00

Alamak..gelap lak..

hah..terang skit...


Lisa pinjam novel dari kawan opis sebelah..seronok gak tgok dia leka je baca sampai satu pat meleleh airmata..heran gaks apa yang buat dia leh nangis beria2 kan...menghayati betul la..rasanya mmg pencinta novel ni dianya sensitiviti tajam erk..mcm kak long Lisa mmg hantu novel setakat ni dia dah kumpul banyak giler novel..mcm Lisa lak mmg la x berapa nak teruja baca novel and then nangis2..Lisa boleh enjoy membaca tapi perasaan nak nangis tu mcm takde..xde perasaan kot..hahahahah....takpe2 kita buat eksperimen..kalau Lisa nangis mmg la citer ni menyenuh perasaan kalau tak...maknanya memang den ni takde perasaan!!!....
**Kak long baru balik dari Chiangmai..Lisa dapat tshirt..yang x bestnya sedondon ngan tunang Lisa..malu la kalau keluar pakai baju sama kaler..

Monday, March 29, 2010

KETIKA CINTA BERTASBIH


Novel ni pemberian tunang saya semasa birthday saya bulan lepas...hmm..sampai hari ni masih belum berpeluang nak baca sampai habis...jalan cinta dia best..penuh tragis..kalau menghayati setiap watak dalam novel ni sure tersedu sedan menangis...u olls..mesti ada pengalaman baca novel smpai bengkak2 mata sebab terlalu menghayati kan?citer la sikit pengalaman tu...mcm Lisa, ada satu novel yang amat menyentuh kalbu yang buat Lisa menangis dan sampai sekarang x lupa citer tu...hasil nukilan Fauziah Ashaari..Ombak Rindu...masa kak long beli lagi rasanya dalam 5 tahun lepas kot..Lisa pinjam terus lepas dia habis baca..memang jatuh cinta la dgn watak2 dan jalan citer dia...mmg puas dan utk pengetahuan u olls Lisa baca 5-6 kali tau citer tu..walau dah tahu jalan cerita dan kesudahan dia...citer dia ada sambungan kalau x salah cuma lisa x ingat la tajuk dia..kena belek la dari koleksi kak long..yess kak long mmg hantu novel alaf 21 dan setakat ni dia dah ada lebih dari 200 koleksi..itu x campur yang orang pinjam tak pulang balik tu...mmg satu kepuasan la kalau membaca sambil menghayati..rugi airmata pun rugi la..bukan orang nampak kan?

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah