Wednesday, March 17, 2021

Vesbo Malaysia Dinobatkan Jenama Sarapan Terbaik Asia Oleh LUXLife London



Bubur Sarang Burung Segera Vesbo keluaran Malaysia baru-baru ini dipilih sebagai Pemenang Jenama Makanan Sarapan Sihat yang Terbaik di Asia oleh LuxLife Magazine (London).  Bubur segera yang dirumus khas dari sarang burung walit mengandungi sumber protein dan kollagen yang tinggi serta dijamin halal.



"Kami amat bangga kerana jenama tempatan seperti Vesbo diiktiraf di tahap antarabangsa. Trend makanan sihat yang mudah disediakan merupakan permintaan pasaran sekarang dan bubur segera Vesbo yang sebelum menepati citarasa konsumer tempatan kini mendapat sambutan dari serata dunia” kata Ketua Pegawai Eksekutif Vesbo, Terry Swee.




Setiap hidangan Vesbo mengandungi khasiat setara dengan secawan susu segar atau sebotol minuman kolagen. Oleh itu, ia boleh diamalkan sebagai makanan untuk kecantikan kulit dan meningkatkan sistem imun badan.

“Disebabkan pandemik Covid-19, ramai kurang aktif dan masalah obesiti tidak dapat dielakkan. Bubur segera Vesbo sesuai bagi mereka yang memerlukan makanan berkhasiat berkalori rendah. Ia mengandungi sarang burung walit, beras, oat, rumpai laut, lada putih dan daun bawang, Disebabkan kandungannya ada sarang burung, bubur segera Vesbo unik dari bubur segera yang terdapat di pasaran,” kata Terry lagi.


Bubur segera Vesbo mula dipasarkan di Malaysia sejak 2016. Ia juga dieskport ke Korea Selatan, Singapura dan China. Selain itu, ia juga dijual di dalam syarikat penerbangan  Scoot sejak 2019.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh melayari laman web rasmi di www.vesbo.my/our-products. Vesbo juga dijual di Shopee dan Lazada.


6 comments:

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah