Tuesday, May 4, 2021

Done Kakak Membebel...

Ramai yg merungut, ramai yg menghentam, ramai yg mencaci.. hakikatnya bkn Malaysia jer terjejas akibat Covid-19. 



Ketika kerajaan sedang berusaha utk memastikan kesejahteraan rakyat terjamin, kita tidak henti-henti menghentam dan mencaci mereka, berbalik kepada diri kita, adakah kita turut sama membantu mensejahterakan Malaysia?


Masih ada segelintir dikalangan kita masih mengamalkan sikap sambil lewa dlm pematuhan SOP.. bersesak-sesak demi burger viral, bersesak-sesak demi nasi arab, bersesak-sesak demi Naeem Karpet


Walaupun ada dikalangan kita yg patuh mengamalkan SOP, golongan ini masih belum mampu utk mensejahterakan Malaysia. Yang kutuk2 ni rasa adil ke perangai korang dengan kami2 yang patuh segala SOP ni...minyak wangi dah tukar pakai dettol spray, pegang hand sanitizer setiap masa...muka berjerawat pakai face mask 12 jam sehari...agak2 adil ke dengan setiap kecaman tu ..masalahnya yg kecam tu la yg abaikan SOP...blom lagi yg cucuk dan hasut jangan amik Vaksin....siapa? Tu yg golongan antivaksin tu...sampai ramai takut nak pi suntik vaksin...apooo????


Kita sedih kerana tak boleh beraya bersama ibu dan ayah di desa, tapi adakah kita terpikir Anggota Polis dan Kakitangan Kesihatan yg terlibat dalam mengendalikan kes Covid hanya mampu meyambut raya ditempat kerja, mereka pun ada ayah dan ibu di desa, mereka pun ada keluarga di rumah, mereka pun manusia biasa sama mcm kita semua… kita seharusnya bersyukur kerana kita masih mampu untuk menyambut raya bersama keluarga di rumah.


Pesan Kakak, berhentilah menghina, mengkeji dan mencaci.. bertindak dan berfikirlah seperti org dewasa…. 

Sekian..kakak dh letih tgok semua berbalah...cukup2 la kecam..kerajaan dah cuba yg terbaik dh..nak jadi macam India ke?


P/S - Segala bantuan kerajaan umum kau sapu.. rentas negeri hiking sne sni kau langgar. Tapi mulut mcm jamban Pavilion hentam sane sini… sambung pantun nie. Pergi Bazaar Beli Mee Soto..


12 comments:

  1. Itulah perlunya kita berlapang dada, sentiasa muhasabah diri dan bersyukur atas setiap rezeki yang Allah beri. Memang sedih sangat dengan sikap, pandangan dan tohmahan segelintir masyarakat kita di saat ujian getir Covid19 yang belum ada penghujungnya ini.

    ReplyDelete
  2. betul apa yg kak membebel tu..org kita suka sangat menghentam dan mencaci pihak berwajib...jadilah rakyat yg memahami apa yang kerajaan sarankan..

    ReplyDelete
  3. Alangkah bagusnya jika semua rakyat Malaysia patuh arahan dan bersatu menentang covid-19 ni. tak adalah meleret sampai sekarang ni. kesian pada yang patuh sop terpaksa kena hadap akibat orang lain yang tak ikut sop. masing masing ikut kepala sendiri je, frontliner juga manusia perlukan rehat. mereka lagilah penat. isk..nak terbebel sama pulak. huhu

    ReplyDelete
  4. Sy setuju yang akk bebel tuu.. jaga la sop kalau iyee pon.. sy kalau yg ramai2 org mmg xkn pegi..

    ReplyDelete
  5. sama-sama kita doa yang baik-baik

    pintu taubat masih luas terbuka dan semoga sihat selamanya.

    covid bakal berhenti juga akhirnya nanti...lepas tu awak melancong la ke Sarawak

    ReplyDelete
  6. berbalah, mengeluh.. jadi keyboard warrior.. penat je sbb bukan kita yg berkuasa heheh kan...
    lebih baik layan tgk movie and patuh SOP hahaha

    ReplyDelete
  7. dana follow the flow je kak... cuma takmo lah ada beza antara geng kayangan, geng artis dan vvip dengan rakyat marhaen... biarla adil untuk semua

    ReplyDelete
  8. Betul apa yang kak SA bebelkan tu. SOP kena patuh dan jaga sentiasa. Tak nak ada perbezaan antara artis ke menteri ke rakyat marhaen ke atau sesiapa. Kita kan satu Malaysia. Ni semua untuk kita. Penghuni negara Malaysia. Yang vaksin tu pun satu hal, frontliners sendiri sebar cerita buruk pasal vaksin. Apa nak jadi tak tahu lah saya huhuhu.

    ReplyDelete
  9. Netizen ni dia tak kira bln posa ke,main caci je kerjanya

    ReplyDelete
  10. betul tu. kdg ada juga salah kita, kalau mcm saya bab pakai mask memang tak tinggal tapi yang lain laim kdg terleka juga huhu

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah