Sunday, August 22, 2021

Review K-Drama ~ Doctor John

Assalamualaikum...

Hi korang...

Knowing SA memang suka tengok K-Drama kan...kali ni SA dah habis tengok episode Doctor John. Cerita yang berasaskan hospital dan kehidupan seorang doctor...SA suka citer- citer macam ni sebab feel tengok..kadang tengok sampai pukul 2-3 pagi sebab jalan cerita yang menarik...ini la masalahnya kalau dah layan Netflix lepas tu tak reti nak stop...

Jom tengok sinopsis cerita ni...jalan citer dia best tau....sure korang terjebak nanti...suka tengok hero dia Ji Sung..handsome dan tenang je air muka...


Tajuk Drama : Doctor John

Pelakon : Pelakon : Ji Sung (Cha Yo-Han),  Lee Se-Young (Kang Shi Young),  Lee Kyu-Hyung (Son Seok-Ki), Hwang Hee (Lee Yoo-Joon)

Cha Yo-han (Ji Sung) adalah doktor pakar anestesiologi. Dia sombong, tetapi dia sangat genius dalam kerjanya. Kang Si-young (Lee Se-young) adalah doktor anestesiologi yang bekerja dengan Cha Yo-Han. Dia pintar, cantik dan mendengar dengan teliti pesakitnya. Kebanyakkan pesakit- pesakit kronik yang mysterious datang ke hospital. Di sana, Cha Yo-han dan Kang Shi-young berusaha mencari punca kesakitan mereka.

Selain itu Cha Yo Han merupakan  seorang ahli anestesia berbakat yang menghabiskan masa tiga tahun penjara kerana melakukan euthanasia pada pesakit yang mati yang kesakitannya tidak dapat dikurangkan. Dia sering digelar doktor "Sepuluh Detik" kerana dia dapat menghilangkan penyakit seseorang dengan cepat. Tanpa pengetahun staff di bawah jagaannya,dia menderita penyakit unik yang tiada ubatnya iaitu CIPA sehingga didedahkan oleh Chae Eun-jeong, yang membenci Yo-han kerana mengakhiri hidup pembunuh anak perempuannya dengan euthanasia. Memandangkan Cha Yo Han pernah menjalani hukuman penjara 3 tahun dia tidak disukai oleh sesetengah doktor.

Jalan cerita memang 100% dalam hospital dan bermacam adegan dalam setiap 16 episode. Ikutkan episode yang di war- warkan dalam internet adalah 30 episode tapi hanya ada 16 episode dalam Netflix. Yang penting jalan ceritanya sangat menarik termasuklah Kang Shi Young yang mulai jatuh hati pada Cha Yo Han. Ada kisah pahit manis dalam hubungan mereka sehingga buatkan SA menangis ( biasa la SA kan). Bermacam dugaan yang dilalui oleh Cha Yo Han yang tidak disukai oleh Doctor- Doktor senior dan pihak atasan hospital. Tetapi Cha Yo Han tetap dengan pendirian untuk terus menyelamatkan pesakitnya walau tahu keadaan pesakitnya yang tiada harapan.

Seterusnya? Korang kena tengok sendiri...SA memang sangat- sangat suggest pada korang untuk tengok cerita ni dari awal sampai akhir. SA memang amik masa 2 minggu nak hadam citer ni...ye la kerja kan...dulukan mana yang penting..malam nak tido baru tengok citer ni....now dah habis dan SA tengah tengok citer lain..cerita dunia kedoktoran jugak iaitu Hospital Playlist ...nanti dah habis SA review eh....

Korang tengok tau Doctor John tu...best citer dia...


10 comments:

  1. best jugak cerita Doktor2 ni
    kan
    cik nor suka jga layan skali skala

    ReplyDelete
  2. Selamat menonton...Saya menonton bola bolehlah.

    ReplyDelete
  3. Cerita cinta dokter-dokter ke ni . Lama jugak tak layan korean drama ni . Kalau dah 14 episod aje nak kena tengok juga laa

    ReplyDelete
  4. best drama ni. suka tengok cara diorang diagnose pesakit :)

    ReplyDelete
  5. Tgk devil judge please!!! Hehehe hero yg sama haha

    ReplyDelete
  6. dah tgk drama ni haritu. suka tgk lakonan ji sung..

    ReplyDelete
  7. Tak pernah tengok lagi drama ni kak.

    ReplyDelete
  8. Salah satu fav kdrama Ana. Best citer dia.

    ReplyDelete
  9. Cerita ni berapa episode je saya tengok, tak minat pelakon perempuannya hehehe

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah