Showing posts with label Trip Penang. Show all posts
Showing posts with label Trip Penang. Show all posts

Friday, February 19, 2016

Walimatulurus Khairil & Nor Haslinda

Dari NS Ke Kedah Bertemu Jodoh

Jauh perjalanan rombongan pengantin lelaki...hehehehe..yang kahwin ni adik sepupu aku sebelah abah...anak Mak Andak aku...so beramai- ramai la kami mengiringi majlis beliau..diorang dah sampai sehari awal sebab majlis nikah hari Sabtu...Sabtu tu jugak aku stranded 12 jam dari Seremban ke Penang...dengan letih tak hilang lagi...Ahad tu ke Jitra pulak...jauh perjalanan kami sebenarnya...dari Jitra ke Perlis..tak jauh dah...lepas Perlis ke Alor Setar umah kawan adik aku pas tu last sekali ke Sungai Petani umah Mak Teh aku...adik mak...then balik ke Penang Semula...hahahaha...berpusing- pusing kami berjalan...


Pengantin kena bahan tu biasa...


nampak anak dara aku jadi the dulang girls


salam jangan tak salam...sempoi pengantin perempuan siap cakap kena salam ka dengan dia ni..amboi hang....salam la..laki hang dah kan...


ni la pengantin nya...serba biru....


Selamat Pengantin baru Khairil dan Linda


Ni la rendang campur yang aku cakap tu..hati lembu..paru dan limpa..


ini dia Gulai Kawah yang buat aku makan meratah macam tu je..siap ada umbut pisang lagi..


ikan siakap sweet sour...


Masa bergambar kat pelamin...family Mak Andak aku


Aku je kat situ...erm..yang lain2 malas nak masuk...

Lepas jer bergambar terus gerak ke Perlis...

Perut dah kenyang kan...nak tunggu apa lagi..diorang rombongan nak balik ke Seremban dah..tapi diorang nak ke Pasar apa ntah..sehari sebelum diorang dah ke Padang Besar...Next week majlis sebelah lelaki plak...harap semuanya berjalan lancar...aku tak dapat nak join...kerja...

Haih melepas nak makan lauk kenduri...

Monday, September 28, 2015

Suhu Panas Di Chuping Perlis

Kawasan Paling Panas Di Utara Malaysia


Korang semua serba maklum kan Perlis letknya di penghujung negara kita dan aku plak baru tau yang Perlis antara kawasan yang paling panas di Malaysia sebab tu la tanaman harumanis menjadi kat Perlis..homestay tempat aku tinggal mas kat sini pun sebenarnya adalah Ladang Tebu..Dulu KL Menjerit buat penggambaran kat sini tapi lama dah kan dan tanaman Tebu pun dah takde dah..dah ditukar ke tanaman Getah..

Cuma aku tak sangka la area ni ada Unimap...sebab apa? sebab jauh kot dari bandar kan..memang sesuai la untuk student-student belajar....

Sebenarnya aku bergambar kat bulatan atau roundabout yang ada papan tanda ni lepas balik dari Padang Besar..singgah sebelum Maghrib..cepat-cepat amik gambar...masa amik gambar ni jenuh orang duk hon-hon aku ngan Dania..hilang akal cuaca panas pi bergambar kat area ni...


Nampak tak..walau direkodkan tahun 1998 tapi panasnya melampau masa aku kat sana...x leh tahan 


abaikan muka sememeh dan muka yang dah ditumbuhi jerawat panas..memang kulit aku sgt2 sensitif


Buah hati aku yang makin lama makin tinggi


One more pose from Dania


Masa ni memang kereta yang lalu lalang duk pinnnnn.....pin....adik ipar aku plak kuat melatah....


pose yang nampak tak selesa


Belasah je la..macam-macam pose yang kami buat cuma beberapa keping ni je la yang m,elepasi piawaian


Free pose dari kami dua beranak...

Bukan lah nak mengada-ngada konon tak tahan panas atau poyo tak tentu pasal..memang sangat-sangat aku rasa lain panasnya..ramai yang mengiyakan kenyataan aku masa ni...kebetulan memang ada rakan-rakan blogger yang berada di area Chuping dan area Kedah..ada gak sedara mara jauh yang tinggal di area ni...walau tak selesa aku bersyukur sebab semasa aku kat sana aku tak di hinggapi sebarang penyakit. Demam panas ke..semput ke...memang takde cuma muka aku je naik jerawat teruk..sampai sekarang..aku masih rasa tak selesa dengan kulit muka aku..dalam gambar memang tak nampak..sebab ada mekap..guna foundation bagai..tapi bila semua tu dah takde...amik ko...rasa nak aku gosok je muka ni dengan kertas pasir...

Tolong..tolong...aku dah rimas ngan masalah jerawat ni...sejak balik dari Perlis aku rasa makin banyak jerawat tumbuh...tambah plak dengan jerawat gatal PMS...memang makin menjadi-jadi...

Makin stress tengok muka sendiri....

Friday, September 25, 2015

Pekena CKT terbaik di Felda Chuping, Perlis

Konvokesyen ke 10 UNIMAP

Jom sambung balik citer Trip Penang-Kedah - Perlis yang terbantut nak update..mood ada ni so kita settlekan semua cerita..well lepas je majlis pertunangan kat Jitra teruskan perjalanan ke homestay di Chuping. Rupanya homestay kat Felda Chuping dan berdekatan dengan UNIMAP. Kebetulan masa tu ada Konvokesyen ke 10 Unimap kan...so ada la karnival kat area situ...menarik ni...leh pi tgok apa yang ada...

Lepas check in petang tu...semua nak pi situ..Pak Ngah ngan Mak Ngah pun...so jom la beramai-ramai pi...mak abah tak nak ikut sebab penat...


sempat amik gambar signboard Unimap tu je...


suka gambar ni...sebab everyone ready je..tgok Qhaira tu..comel je...


ni mama suruh buat free style


gegar skit gambar ni


Yang ni ok...hehehhe....


dah jom rayau-rayau..

So far takde apa pun yang menarik..ada baju, tudung segala la...tapi kami melekat kat gerai Char Kuey Tiow..tak sangka plak kebanyakkan yang meniaga kat situ kawan adik ipar...so lepak la situ...


brader ni tgh tunjuk skill


amboi...aku pun x reti nak masak kuar api macam ni...


Ramai gak yang makan dan bungkus kat sini...


kakak makan sotong goreng dan ayam bob tu...up dengan air choc...


Qhaira tengah moody sebab nak tido...tapi suap apa pun nganga gak..


tu diaa...CKT sedap..ada kerang ngan udang...pedas pun pedas


tapi yang ni lagi best...nescafe ais...sedap gilos..aku up beli lagi...sebab memang sedap...cuaca plak panas ya rabbi...


itu lah kisah sepetang di Konvokesyen Ke 10 Unimap...tak sangka ada EFGiers kat sini...cuma tak dapat jumpa sebab kekangan masa dan agak sibuk...Eny Abdullah pun dekat dan ada gak cadang-cadang nak kidnap aku...tapi aku yang tak nak sebab tengah busy sangat2..sorry Eny next time ye..kali ni i kena tolak permintaan you...next time I terjah Kedah eh....

Sampai disini dulu...sambung lagi nanti cerita semasa Majlis Menyambut Menantu.....

Wednesday, September 23, 2015

Dari Penang Sunting Bunga Ke Jitra

Majlis Pertunangan Sepupu Di Jitra

Hi korang...pemergian aku pada mulanya ke Penang bukan semata-mata nak focus pada majlis adik aku tuh..tetapi hari ke 2 di Penang kami sekeluarga dah gerak ke Jitra plak...ambil masa 2 jam lebih ke Jitra sebab jalan jammed kat Penang. Notice dari awal memang Penang waktu weekend je jammed.ikutkan aku tak berapa nak happy sangat sebab x dapat nak explore Penang. Bnyak benda x dapat buat...contohnya nak pekena Mee Udang, Laksa Tempurung, Jeruk Madu Pak Ali dan banyak lagi la yang aku target nak explore tak dapat buat...

Jom tengok permulaan perjalanan ke Jitra..Majlis pertunangan anak ke 4 Mak Ndak iaitu adik Abah. Majlis pertunangan sepupu aku Khairill Tasrifin. Majlis dah buat dulu antara family diorang...perjalanan yang panjang...dengan cuaca yang panas...tak selesa...tak tau la kenapa kan...maybe sebab aku penat pun ye jugak...


keluar dari umah adik aku jerebu dan tak nampak pemandangan cantik Penang


Teruk kan Jerebu...sampai tak nampak Jambatan Pulau Pinang


kereta sana-sini banyak...pas tu pemamnduan sangat tak berhemah...ntah apa nak dikejarnya


baru la nampak sikit jambatan ni itupun bila dah dekat


teruk betul cuaca

Sampai kat homestay diorang dalam pukul 1pm...janji ke rumah bakal tunangnya kul 2.30pm...mak aii lambatnya bertunang...maybe sebelah utara memang bertunang time-time gini kot...kat Jitra ni pun panas berdesing ko...memang tak tahan dan buat aku takde mood nak bergambar...suruh anak dara tu je amik gambar...Majlis berjalan dengan lancar...Alhamdulillah...


2 bentuk cincin...


Abah tetiba jadi bidan terjun jadi ketua rombongan


yeay sarung cincin..cantik bakal Menantu Mak Ndak...


One more snap

Lepas Majlis bertunang dan menjamu selera terus gerak ke Perlis...korang bayangkan aku ngan baju kurung pas tu dengan panas melekit...memang menduga kesabaran...ingat sampai2 kat Perlis dapat la homestay yang ada ekon ke kan...tapi...non hadonya....bertabahlah wahai badan....hehehehe....

Sampai Perlis...

to be continue...

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah