Wednesday, June 6, 2018

Pengumuman Pemenang Giveaway Sisturs Lawa Warrior

Hi korang...

Dah lebih sebulan dah Giveaway Grup Sisturs Lawa Warriors ni...alhamdulillah walau tak ramai yang join tapi ada la dalam 20 peserta yang sporting join GA ni...nanti kami nak buat GA lain plak selepas raya..Maybe nak buat Grand skit...Maaf diatas kelewatan mengumumkan pemenang..SA dan kawan- kawan agak busy sedikit...



Tanpa melengahkan masa lagi SA nak umumkan 14 pemenang untuk GA ni...terima kasih buat semua sponsors hadiah..Pemenang adalah seperti berikut dan adalah digalakkan anda yang menang untuk pm sponsor- sponsor hadiah untuk tuntut hadiah korang ye..mana hadiah yang melibatkan pengeposan sila bertabah kerana hadiah akan di pos selepas Hari Raya. Nanti korang deal sendiri dengan sponsor hadiah ye..


1. Hadiah Cash RM5 dari Azlinda Alin


Pemenang No 11


2. Cash RM 5 dari Sue Aina 


Pemenang No 14

3. Sample Bare Essentials  dari Khaty Aiman


Pemenang No 6

4. Shawl Dari Izarra Qistina


Pemenang no 19


5.  Cash RM10 dari Bonde Zaidalifah


Pemenang no 17

6. Shawl x 3 dari Anil Wanina

Pemenang no 12


Pemenang no 13

Pemenang no 9

7.  Novel dari Ana Suhana 


Pemenang no 1

8.  Cash RM20 dari Suria Amanda

Pemenang no 5

9.  Top Up RM10 dari Mimi Azirah


Pemenang no 20

10. Buku Islamik dari Adda Ahmad


Pemenang no 2

11.  GC Tea dari Rozita Abd Rahman 


Pemenang No 8

12. Cash RM5 dari Shuhaida Kabdy


Pemenang No 4


Tahniah buat semua pemenang..sekali lagi SA mohon maaf kerana sedikit lambat mengumumkan pemenang GA ini..insyaallah kita jumpa lagi di GA akan datang..nanti SA publish bila dah ada kata putus dari ahli- ahli yang lain ye...


Check Senarai Peserta DISINI

Tuesday, June 5, 2018

Siapa Tarik Kaki SA?

Hi korang...

SA nak citer skit kejadian mistik yang melanda SA lately sebelum puasa dan bulan puasa ni...bukan ke bulan puasa syaitan semua diikat?Pelik kan...SA tak pasti samada ianya mimpi atau realiti tapi kalau dah sellau dah semestinya reality la kan...cuma SA tak nak la bising- bising nanti kawan serumah takut plak...
Perkara ni berlaku sebelum puasa awal bulan 5 rasanya...tiap kali nak tido asal dah nak lena jer sure terperanjat dan rasa macam ada orang tarik kaki...eh...sapa plak dalam bilik SA kan..itu sekali..dah lama dan SA tertido semula..kena tarik lagi sekali..eh....main- main ni...SA bangun dan duduk..ambil hp suluh kalau- kalau ada orang. Padahal diri SA ni memang sangat la penakut..tapi dalam bilik sendiri kan...kena la beranikan jugak diri..takde plak nampak apa- apa. SA  pasang surah yasin dan make it berulang- ulang sampai pagi...

Gambar sekadar hiasan

Dah pasang surah yasin tu SA terlelap semula sampai pagi...ingat takde apa -apa la mungkin SA mimpi kot..Tapi kena lagi selang 2 malam...masih lagi kena tarik kaki SA.. kali ni macam ada orang rentap ibu jari kaki...ehhh...main tarik- tarik plak kan...dh kenapa nak kacau orang..SA bangun pasang lampu, tengok jam baru pukul 12 tgh malam..orang nak bangun sahur ni...then SA toleh ke tingkap..laaa..tingkap x tutup rapat..langsir macam terselak..bilik SA bertentangan dengan Sungai.. dengar air sungai macam laju sangat..x berani nak meninjau..SA ni macam berani padahal penakut..then pasang semula Yasin kat hp..terus tido ..sampai bangun sahur...SA tak cerita la kat housemate..kang ada plak yang takut kan...

Sampai sekarang masih lagi misteri...apa yang buat kaki SA kena tarik dan kena rentap macam tu..padahal sebelum tido dah basuh kaki, solat dah dan dah pasang yasin..tapi berselang hari mesti kena sampai sekarang...

Korang rasa apa yang SA perlu buat?

Monday, June 4, 2018

Majlis Pelancaran Muslim Pro Aplikasi No 1 Di Malaysia Untuk Gaya Hidup Muslim

Muslim Pro Aplikasi Nombor Satu Di Malaysia


Muslim Pro, yang kini menjadi nombor # 1 Gaya Hidup Muslim App telah mengembangkan
operasinya ke Malaysia. Penubuhan Muslim Pro Malaysia adalah langkah semulajadi bagi syarikat itu. Malaysia kini merupakan pasaran Top 5 untuk App dan merupakan penyokong utama ketika ini  ke arah  pembangunan Ekonomi Digital Islam.



Dengan lebih 52 juta muat turun secara global, Muslim Pro digunakan oleh umat Islam di lebih daripada 200 negara di sekeliling dunia. Aplikasi ini menawarkan ciri-ciri seperti waktu doa yang tepat, arah Kiblat, pelbagai terjemahan & bacaan Al-Quran, restoran Halal & Pencarian lokasi Masjid, Kalkulator Zakat dan pelbagai ciri komuniti dan gaya hidup yang amat berguna kepada semua Muslim



Tahun lepas, Affin Hwang Asset Management (AHAM) Malaysia dan CMIA Capital Partners (CMIA)Singapura bersama-sama menguasai kepentingan mengawal dalam Bitsmedia, pemaju App Pro Muslim.Pengasas, kebangsaan dan mantan ahli pasukan Google, Erwan Mace seterusnya
memegang kepentingan minoriti dalam syarikat. CMIA & AHAM berharap dapat memanfaatkan hubungan mereka dalam kedua-dua Malaysia dan Asia Tenggara untuk membantu Pro Muslim melaksanakan strategi pengembangan serantau.


Sebagai sebahagian daripada perkembangan di Malaysia, En. Nik Emir Din dilantik sebagai Country Manager untuk Muslim Pro Malaysia. Sekarang sebagai wajah tempatan kepada jenama global, Nik Emir mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan jenama Muslim Pro dan kemunculan pasaran di Malaysia. Muslim Pro secara aktif mencari rakan kongsi menang-menang dengan korporat, institusi dan agensi kerajaan yang boleh memanfaatkan aplikasi tempatan yang kuat
dan kehadiran global.



Terdapat peluang besar untuk Pro Muslim untuk memainkan peranan utama dalam pembangunan
Ekonomi Digital Islam, yang telah dibina atas tuntutan gaya hidup orang Islam. The Trend Makroekonomi dan Demografi sangat menggalakkan pertumbuhan berterusan dalam jangka sederhana dan panjang terma di rantau ini dan di seluruh dunia.


"Ini terutama berlaku di Asia Tenggara di mana jumlah umat Islam lebih daripada 250 juta ditambah
dengan hakikat bahawa kira-kira 90% pengguna internet di Asia Tenggara adalah pengguna telefon pintar. Muslim Pro sedang giat mencari rakan kongsi untuk membantu kita memanfaatkan megatrend yang menarik ini " ulas Nik Emir ketika berbicara kepada media tentang prospek pertumbuhan masa depan.

Semasa pelancaran, Pro Muslim menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Malaysia Airlines di bawah Projek Amal, perniagaan piagam haji yang dimiliki sepenuhnya, yang memenuhi keperluan penumpang melaksanakan haji dan umrah mereka. Perkongsian ini bertujuan untuk membangun dan meningkatkan Projek Amal pengalaman penumpang melalui aplikasi mudah alih Pro Pro, akhirnya memperkaya perjalanan haji mereka. Muslim Pro diwakili oleh Nik Emir Din, Country Manager manakala Malaysia Syarikat penerbangan diwakili oleh Hazman Hilmi Sallahuddin, seorang ahli kanan Projek Amal.




"Pada masa yang sama perjanjian itu akan membolehkan kedua-dua Muslim Pro dan Malaysia Airlines di bawah Projek Amal untuk mengetengahkan kehadiran jenama antarabangsa di antara satu sama lain untuk terus berkembang dan bertambah baik melalui tawaran produk sedia ada serta mengembangkan asas pelanggan masing-masing. " Ujar Nik seterusnya.
"Seperti yang kita tahu bulan Ramadan ini adalah masa yang penting bagi umat Islam dan orang Islam, Aplikasi Muslim Pro kami telah menerima lonjakan penggunaan dan aktiviti daripada pengguna kami. Kami juga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam. " Kata akhir Nik Emir.

Muslim Pro boleh dimuat turun di Apple App store, Google Play atau get.muslimpro.com

Exclusive Suede Foldable Travel Bag Sesuai Untuk Balik Kampung!!!

Balik Kampung...hooo..hoo...hoo Balik Kampung....Hati Girang...


Hi korang!!

Tak lama lagi nak raya kan..sure kita semua nak balik kampung ye tak? Dah ada bag balik kampung?
Haaa meh SA nak citer sikit ni...Sebagai seorang mak...sebagai orang bujang...setiap kali balik kampung di musim perayaan memang memerlukan bag yang sesuai dan tahan lasak kan..Ye la..perjalanan kan adakala jauh..Macam SA walau dekat jer di Negeri Sembilan, Bag sangat penting untuk bawa keperluan raya kan. Dengan baju, dengan kuih raya, dengan macam- macam keperluan la...biasa SA bawak beg tarik tu..tapi memandangkan tahun ni raya biasa je je sederhana makanya kita cari bag yang kecil sikit tapi selesa dan berguna kepada orang bujang macam SA ni..

Ada banyak sebenarnya jenama Travel Gears in Malaysia..dengan pelbagai kelengkapan untuk mereka yang kaki travel mahupun untuk digunakan dalam kehidupan seharian. Be Greater Travel merupakan antara tema yang dipilih oleh PTT Outdoor untuk kelengkapan travel yang up to date serta berkualiti..Antara product terbaru mereka adalah Foldable Travel Bag yang cute dan mempunyai pelbagai kegunaan..


PTT Outdoor memahami kehendak pelanggannya. Dengan itu harga bagi Exclusive Suede Foldable Travel Bag ini adalah sangat- sangat mengikut kemampuan semua. Harganya tidak mahal dan mampu milik sesuai dengan kualiti yang diberikan. Travel Gears In Malaysia mempunyai sasaran iaitu sesuai digunakan oleh semua golongan. Kualiti, warna dan keselesaan Suede Foldable Travel Bag ini menepati kehendak semua pelanggannya. 




Terdapat pilihan warna yang menarik...SA dapat warna Orange!!!


Suede Foldable  Travel Bag sebelum di buka dari lipatan


Terdapat zip di sekeliling


Lipatan pertama selepas zip dibuka..


Setelah dibuka dari lipan nampak macam kecil kan tetapi.....korang tengok sendiri la kat gambar di bawah


Close up 


Kita tutup semula zip untuk nampakkan corak yang menarik..


Ruang yang luas boleh muatkan pelbagai barangan especially baju..kalau nak letak pakaian bersenam petang- petang pun ok..tidak tertakluk untuk travel sahaja


SA dah ada travel bag yang comel..
Kualiti product adalah keutaaman di PTT Outdoor

Promosi Sempena Hari Raya Aidilfitri 2018 PTT Outdoor  memberikan promosi atau potongan harga yang istimewa buat pembaca dan dan follower blog SA..Dapatkan Foldable Travel Bag anda dengan hanya memasukkan code istimewa iaitu RAYA5 ketika check out pembelian korang dari laman web mereka..cepat sebelum terlambat...Travel Gears in Malaysia menanti anda semua dengan pelbagai product berkualiti..


Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut, sila layari :-

website

Facebook

Instagram


Friday, June 1, 2018

Pengumuman Top Komentator May 2018

Hi korang...

Walaupun sibuk dengan kerja hakiki dan juga sibuk dengan blogging serta uruskan family, SA tak lupa nak umumkan pemenang top komentator May 2018 untuk blog SA ni ..banyak kerja ni ha..sebabnya nak cuti raya kan..semua nak kena settle cepat supaya boleh bercuti dengan lebih tenang..eleh..macam la cuti lama kan...



Okey jangan buang masa..

Tahniah diucapkan buat MIMI AZIRAH, sekali lagi berjaya jadi Top Komentator di blog SA..hadiah nanti kita kirim eh..kalau tak kirim pun kita bagi by hand jer..nama pun duduk Seremban kan...nanti kita janji- janji eh...

So..contest Top Komentator di teruskan lagi untuk pencarian Top Komentator June 2018.

Hadiah apa SA nak bagi?

SA sedang mencari hadiah yang menarik sebab June adalah bersempena dengan Birthday SA yang ke 14 tahun....hahahahahahaa....yeeeeee...birthday SA yang genap 40 tahun...

Apa ada hal ngan umur kan...5 hari lagi birthday SA...

Berdebar ni...Life begin at 40......

Rambang Mata Shopping Baju Raya Di Butik Haqqi Shah Alam

Shopping Jubah Raya Di Butik Haqqi Shah Alam

Hi korang...

Dah beli persiapan raya tahun ni? SA sebenarnya takde rasa nak shopping sangat untuk diri sendiri sebab dah buat persediaan awal dah sebelum raya, Dah ada 5 pasang baju yang SA tempah kat sepupu SA. Persiapan anak dara pun dah siap cuma adalah tambahan sikit sana sini kan..Entah kenapa sana sini tengok ramai kawan- kawan yang update tentang Butik Haqqi. Eh apa yang menarik kat Butik Haqqi ni kan...so SA pun cuba la terjah blog dan social media kawan- kawan...Wah..bukan main lagi masing- masing teruja membeli belah kat Butik Haqqi ni...semua pakaian yang dipamerkan sangat- sangat cantik, berkualiti dan yang penting patuh syariah.Patut la ramai yang terjah..SA pun tak ketinggalan..kalau risau bab size pun takde masalah kerana di Butik Haqqi semua size ada dari paling kecil sampai lah yang paling besar..Best kan?

Korang jangan tak tau ye..Butik Haqqi ni cukup popular tau sampai ada 3 cawangan dah antaranya di TTDI, Bangi Sentral dan Terengganu. Harap lepas ni pihak Haqqi ni boleh buka one stop centre di semua negeri. Senang kan semua nak cari keperluan dan kelengkapan Haji dan Umrah.


Butik Haqqi merupakan hab atau one stop centre untuk mereka yang mencari atau ingin mendapatkan keperluan-keperluan untuk ibadah Umrah dan Haji. Selain dari keperluan untuk ibadah mereka turut menawarkan pakaian lelaki, pakaian perempuan dan juga kanak- kanak. Harga yang ditawarkan adalah sangat- sangat murah dan diberikan juga potongan harga yang lumayan untuk pakaian yang terpilih atau new arrival.


SA tersuka tanpa sengaja kat semua design telekung kat Butik Haqqi ni...pelbagai pilihan dan corak yang menarik semua ada. Selepas ni tak perlu dah nak ke Vietnam ke atau Indonesia cari telekung sedangkan kat sini pun ada yang cantik dan berkualiti. Setanding macam kat dua negara tu. Jenis kain pun sejuk je bila pakai. Sekarang kan trend telekung warna warni..SA ada satu light purple dan selebihnya warna putih. Rasa nak beli la yang kaler pastel tu..sejuk jer mata memandang warna- warna lembut..Mak mertua pandang sure tertawan..ehhh...


Cantik kan?


Corak ni pun cantik


Pelbagai corak dan design


Pakaian Umrah lelaki


Abam Fattah Amin jadi model lagi..


Semua keperluan terdapat disini


Haqqi sebagai peneraju dan hab bagi kelengkapan ibadah haji serta umrah mampu milik yang terbesar di negara ini telah dibangunkan bersama Koperasi Tabung Haji Berhad (KTHB) dengan Glass Go Media selaku rakan niaga dan pakar teknologi maklumat yang menggunakan platform www.haqqi.com.my. Selain boleh berkunjung terus ke sini korang juga boleh menggunakan online atau website untuk membeli keperluan..Semua kan dihujung jari....


Okey jom kita tengok pakaian raya pulak...SA sempat snap separuh jer sebab ramai sangat masa ni..kalau korang nak tengok lagi banyak design korang boleh ke Butik Haqqi mengikut cawangan yang terdekat dengan korang. Tengok sendiri baru puas hati kan?


Banyak design terbaru dengan warna dan corak yang cantik


Baju kurung moden pelbagai corak


Baju kurung songket pun ada 



Kurta untuk lelaki


Set baju melayu


Baju kurung modern printed..alahaiiii...kenapa cantik- cantik sangat ni...


Kaunter pembayaran pun sesak betul ni...


Kalau korang pergi sekarang sememangnya Butik Haqqi ni sentiasa penuh dengan pelanggan, kaunter bayaran pun sesak dan tak menang tangan melayan permintaan semua kan..see..best ke tak best Butik Haqqi ni? Korang tengok sendiri la..ini baru yang SA share kat Shah Alam..belum lagi yang di cawangan lain. Baru- baru ni mereka mengadakan sessi Happy Hour Special dimana banyak baju- baju di lelong dengan harga yang meruntun hati. Sayangnya SA tak dapat join..kalau tak sure SA dah balik dengan senyuman sampai ke pipi. Dengarnya diorang nak buat Happy Hour lagi dalam masa terdekat ni...Korang alert yer dengan pengumuman...

Dalam banyak- banyak baju, yang mana satu pilihan SA?

Tadaaaaa.....yesza...ini yang SA pilih....cantik tak? 


SA dah banyak baju kurung dan kebaya, so SA pilih Jubah aje untuk tahun ni...cantik kan? terpesona dengan design dan coraknya..warna pun cantik dan jenis kain sangat berkualiti. Kebetulan SA tak pernah ada lagi Jubah kaler ni..so SA grab jer..cuma ni jer satu size M ada..yang lain semua size besar..

Korang nak shopping kat sini jugak?

Jom terjah ke alamat yang SA sediakan tu..set jer waze...


Butik Haqqi Bangi,
B-23-01, Jalan Medan Pusat Bandar 7A,
Bangi Sentral, 43650
Bandar Baru Bangi, Selangor
Hubungi : 03 89121542

Butik Haqqi Shah Alam,
No 13 & 15 Jalan Plumbum S7/5,
Seksyen 7, Shah Alam
Selangor
03-55234798

Butik Haqqi TTDI
No 14, Jalan Wan Kadir 4, 
Taman Tun Dr Ismail, 
60000 Kuala Lumpur
03-7732 2247

Butik Haqqi Terengganu
Jalan Austin 3,
Kampung Banggul Tiang Kulat,
21300 Kuala Terengganu,
Terengganu
09-662 7367

Online shopping : www.haqqi.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/haqqi.com.my/
Instagram : https://www.instagram.com/haqqi.com.my/
Twitter : https://twitter.com/my_haqqi


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah