Tuesday, October 25, 2011

Ibu bapa merana dibebani hutang anak


CHAN WOOI bersama isterinya, Moy Thye menunjukkan kertas amaran ah long serta gambar kereta dan dinding rumah yang disimbah cat merah pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam



KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri merayu kepada anak lelaki mereka yang dipercayai berhutang sekeliling pinggang supaya pulang ke rumah ekoran diganggu oleh ah long sejak Ogos lalu.
Menurut mangsa, Chan Wooi, 73, keluarganya kini sentiasa diselubungi kebimbangan kerana sering diganggu ah long melalui telefon yang meminta supaya menjelaskan hutang anak lelakinya itu.
"Saya tidak membuat sebarang pembayaran kerana tidak tahu sama ada anak saya betul-betul berhutang dengan mereka.
"Tambahan pula saya tidak tahu jumlah sebenar hutang tersebut," katanya kepada pemberita di Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam Parti Gerakan di sini semalam.
Katanya, apa yang menakutkan adalah apabila ah long terbabit mula bertindak ganas kerana permintaan supaya membayar hutang itu tidak dilayani dan bertindak menyimbah cat merah ke atas rumah dan kenderaan mereka pada 19 Oktober lalu.
"Selepas berbuat demikian, mereka menelefon saya dan mengugut saya bahawa sekiranya saya masih enggan melangsaikan hutang anak saya, mereka tidak akan jamin apa yang akan berlaku kelak," ujarnya.
Dia menganggarkan anaknya itu, Chan Siew Keong, 43, berhutang lebih seratus ribu untuk menjalankan perniagaan spa kecantikannya.
Isteri Wooi, Chong Moy Thye, 72, pula berkata, anaknya itu merupakan seorang anak yang baik dan taat kepada ibu bapa sebelum ini.
Namun sikapnya mula berubah sejak lapan tahun yang lalu apabila dia ingin memulakan perniagaan sendiri.
"Anak saya telah meminjam wang sebanyak RM60,000 daripada saya sejak beberapa tahun yang lalu. Namun dia tidak pernah membayar balik malah kini telah menghilangkan diri tanpa sebarang berita," jelasnya.
Kedua-duanya merayu Siew Keong yang hilang sejak Ogos lalu kembali dan tampil untuk menyelesaikan masalah ini.
Di samping itu, mereka meminta kepada pihak ah long terbabit supaya jangan mengganggu mereka lagi kerana mereka tidak mempunyai wang untuk menjelaskan hutang tersebut


Sumber dari Kosmo Online

***Kurang ajar anak buat ibu bapa mcm ni***

2 comments:

  1. budak zaman la ni mmg menyusahkan mak bapak jer...sian

    ReplyDelete
  2. memang dasar anak derhaka ni..tak kesian kat makpak

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah