Tuesday, October 18, 2011

Apa Nak Jadi..Makin Lama Makin Berani


Kelar bayi dalam asrama
BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.
Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.
Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.

Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek.


sambungan di Harian Metro.

*Sekapur Sirih*
Banyak cara nak selesaikan masalah..bukannya bunuh budak tak berdosa tuh..buat "kerja" tu berani plak..
dah ada hasil..takut pulak nak hadap..manusia jenis apa la mcm ni...

1 comment:

  1. aduh...seram kan bace kisah2 mcm nie....tu pasal laa lieya tak mo bace paper ke tgk berita ke....ngeri kalo ade berita2 mcm nie....

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah