Saturday, August 18, 2012

7 Ramadhan Slot Samarinda TV3

7 RAMADHAN

gambar dari google


Sinopsis

Mengisahkan Sufiah(lakonan Elly Suriati) yang tinggal di kampung seorang diri bekerja mengambil upah mengurut orang, membuat kuih demi menyara anaknya, Ramadhani yang ama dikasihi. Setelah Ramadhani atau Dhani ni dewasa dan tamat belajar di universiti, kini tibalah masa untuk Dhani mendapat ijazah.

Pada 7 Ramadhan juga merupakan hari konvokensyen Dhani dan jua hari peristiwa hitam dalam hidup Sufiah kerana pada hari itu anaknya bernama Iqram mati.Sufiah tidak akan lupa tarikh 7 Ramadan itu serta peristiwa anak mati akibat dicampak oleh suaminya, Mustaza yang kini berada di penjara. Dhani menegah Sufiah hadir ke majlis konvokesyennya kerana dia tidak mahu teman wanitanya, Anna mengetahui tentang ibunya.

Demi mengambil hati ibu Anna, Datin Audrey yang mementingkan darjat, Dhani telah berbohong bahawa dia sebenarnya seorang anak orang kaya yang diabaikan oleh ibu bapa yang terlalu sibuk dengan urusan kerja. Dhani yang sudah bosan hidup dalam kemiskinan nekad untuk berubah hidupnya dan masuk ke dalam keluarga Anna yang mewah walaupun terpaksa melukai hati ibunya, Sufiah.
_________________________________________________________________________________

Aku x follow sgt citer ni tp pernah la tgok sekali tu...
ya allah...sakitnya hati aku tgokkk...Dhani tu sgt kurang ajar..mendidih darah aku tgok...
dari aku teruskan baik aku stop tgok x nak plak asyik darah mendidih aku dpt darah tinggi
potensi utk dpt darah tinggi dah ada dah..x pasal2 jer nanti..

1 comment:

  1. Mesti watak dia menjadi sebab sampai SA rasa nak marah.. ;)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah