Thursday, May 7, 2020

Kerisauan Gelombang Ke 3 Covid-19 Oleh KKM

Tahukah anda kenapa staff KKM risau minggu depan.?

Beberapa petugas frontliner yg tumbang ketika bertugas..sumber goole


Kami bukan risau PKPB tu..kita pun tahu ekonomi pun perlu dimulakan dan diteruskan..kita tak mampu nak hilang berbillion ringgit lagi

Yang kami RISAU sebenarnya SIKAP rakyat Malaysia post PKPB

Anda nak tahu perangai segelintir rakyat Malaysia semasa PKP 1,2,3 dan 4?

1. Tak bercakap benar dengan staff kesihatan. Kata tiada risiko sekali haaa satu gang staff kesihatan kene kuarantin

2. Kita dok terpacakla bawah matahari berbalut PPE bermandi peluh nak screening tanya soalan sebelum masuk pagar klinik.soalan pun tak habis tanya..dia dah cakap " takde takde". Apa benda tu,soalan tak habis tanya kau dah cakap takde?


3. Kita dok buat pangkah la kat tempat duduk tu jangan bagi duduk sbb nak social distance. Last last dia duduk jugak sebab takde tempat duduk..ini faham konsep ke tak ni?

4. Yang kluster kayangan, kluster tak berapa nak kayangan tu yang tak bagi kerjasama semasa kami bekerja..ini kategori ape ni?

5 yang kalo pergi pasar ke tesco ke .. penat la orang tesco tu buat garisan suruh korang berdiri ikut garisan untuk social distance, last last berdiri rapat rapat jugak kan? 

6. Ada orang compare pasal jumpa orang semasa pergi kerja vs balik kampung? Ini faham tak konsep kalau tak kerja nanti duit pun tak ada? Nak makan ape ? Pasir? Semua orang nak balik kampung tapi terdesak sgt ke nak berhari raya sekarang ni?ini keperluan atau kemahuan ni..tolong bezakan

So sebenarnya yang merisaukan bukan PKPB tu, yang merisaukan ialah sikap masyarakat yang just ignorant, pentingkan diri sendiri

Masalahnya penyakit covid ni, anda perlu SEORANG je individu yang positive dan kurang bijak ignorant dan pentingkan diri sendiri..

Bayangkan miss hulala ni dia nak jugak pergi shopping di seksyenn7 shah alam, raya punya pasal..

Dia menyembunyikan hal yang dia ada contact dengn covid positif, dan dia pun ignorant sangat. Sepatutnya dia pergi cek di klinik, tapi dia tak buat..covidiot agaknya.. Nafsu shopping dia lagi membuak buak maka dia terjah ariani, jakel pusing sugarscarf belakang tu pastu sambung beli jubah kat bella amara

3 hari selepas itu dia demam batuk,dia pergi check dah disahkan positif covid

Anda rasa berapa contact dia semasa bershopping sana sini?tak beratus? Beribu? Itu tak masuk kalau tetibe die sambung tawaf bangi sentral plak

Anda tak rasa ke banyak lagi kedai kene tutup

Hanya kerana kesalahan SATU INDIVIDU sahaja

So kerisauan KKM bukan pada PKPB,kita pun tahu ramai yang dah senak tiada duit..kesian orang orang ni..

Tapi yang akan masalah kalau SIKAP kita yang just ignorant dan pentingkan diri sendiri..

Anda boleh pilih untuk wave ketiga atau continue flatten the curve

Kali ini tak perlu pilihanraya

Malaysia memilih

Anda sharelah benda ni kalau anda rasa benda ni perlu drill dalam otak setiap rakyat Malaysia

Salam Ramadhan

8 comments:

  1. betul tu..kalau msing2 sikap pentingkan diri je..risau jugak kalau meningkat balik kes.allah..mntk2 la dah xmerebak lagi

    ReplyDelete
  2. Itulah risau pasal orang tak kisah pasal kesihatan. Benda ni melibatkan satu dunia.

    ReplyDelete
  3. Ya Allah. selamatkanlah kita semua daripada virus Covid-19

    ReplyDelete
  4. Nak betulkan sikap tu yang susah sebenarnya.

    ReplyDelete
  5. orang yabg ada contact dengan pesakit covid19 perlu beringat sama dan jangan pentingkan diri pergi ke tempat awam..sepatutnya self kuarantin dulu

    ReplyDelete
  6. sama2 kita doa..moga Allah jauhi kita semua dari wabak ini..aamiin

    ReplyDelete
  7. Harap rakyat malaysia dpt amalkan new norm dan bekerjasama...kerajaan dh buat kerja utk selamat kan ekonomi

    ReplyDelete
  8. itu lah, saya pun ada share ni kat blog beberapa hari selepas pengumuman PKPB tu..

    sekarang angka kes baru da menurun ke bawah 20 kes..harap2 purata area tu je lah, malah semakin menurun sampai habis PKPB nanti..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah