Tuesday, May 12, 2020

Orang Sibuk Beli Baju Raya, SA Sibuk Cari Baju Kerja

Hi Korang...

SA senyap jer 2-3 hari ni kan..haha..kemalasan melanda bukan main lagi..so pagi ni sampai office awal and SA amik kesempatan nak up1 entry sementara blom start kerja. Hari ni SA agak bz skit sebab nak pindah workstation again and again. Ada new restructure untuk department ni...officially SA kena pindah level lain tapi sementara waktu boss SA nak SA duduk depan dia plak kat level lain..rindu ler tu...hahaha...

Semalam kan...SA buat kerja giler yang akhirnya padan dengan muka SA sendiri. SA pergi Palm Mall Seremban sorang- sorang semata- mata nak cari baju kerja. Ye la SA dah 2 bulan lebih tak balik rumah sewa sedangkan semua barang- barang SA ada kat rumah sewa tau. Dari baju kerja sampai lah barangan make-up SA. Stressnya tak boleh balik sana.ikutkan hati nak ajak adik pi sana angkut segala baju dan barang- barang yang ada...tapi tak leh rentas negeri plak..haih...sabar jer la...bila la semua ni nak berakhir kan..SA dengar sampai hujung tahun..

Semalam SA beratur lama giler kat Padini Palm Mall, kul 11 SA dah ada kat situ sedangkan kedai katanya buka pada pukul 12 tengahari...jenuh la SA keluar barisan dan jalan- jalan tempat lain dulu. Nak pi Branded Outlet plak pun beratur panjang giler..nyesal plak keluar barisan. SA ni sejenis x suka menunggu lama kan...lepas tu SA gigih pi AEON beli barang- barang lain.


Panjang kan beraturnya...depan tu satu family ramai giler tau...siap bawak budak- budak kecik plak lagi...


akhirnya dapat masuk dan SA terus grab apa yang nampak berkenan di hati


Ada sehelai jer seluar yang berkenan di hati...size M ..sudahnya baju jer muat...seluar tu tak leh cantum..huwaaaa...

Sudahnya..kena la SA pi tukar balik size nanti...confident level tinggi macam tu la...sabar jer la erk....salesman tu semalam ckp bleh tukar dalam masa 14 hari janji ada resit..hahahaha...balik rumah naik grab terus mandi apa segala lepas tu terduduk...terduduk kepenatan, terbaring...pergh memang taubat la lepas ni SA takkan pi la beratur panjang- panjang macam tu...dah la berdiri kan...apa yang SA kagum pihak Padini memang menjaga penjarakkan sosial dimana hanya 5 orang pelanggan je dibenarkan masuk dalam kedai. Penat semalam memang tak boleh bawak bincang dan SA tido awal dalm pukul 9.30pm. Tak sembahyang terawih pun sebab penat...terasa rugi kat situ...

11 comments:

  1. Belum lagi dapat beli-belah. Teringin juga nak keadaan pusat beli-belah tempat saya ni bagaimana.

    ReplyDelete
  2. Kat tempat saya, Alhamdulillah takde dah berbaris nie, masa nak beli barang dapur..tapi pasaraya hadkan 20 orang jea masuk.. tapi kira okay lagi sebab jaga jarak antara satu sama lain. Stay safe kak..

    ReplyDelete
  3. saya xde mood nak raya kak..asyik kluar bli barang kna pakai mask and kna ada penjarakan social..dok diam2 dalam rumah lagi bagus rasanya..:)

    ReplyDelete
  4. Penat menunggulah kalau shopping time sekarang ni sebab tak boleh masuk kedai ramai2 dalam satu masa.

    ReplyDelete
  5. Walaupun time PKP, ramai manusia yang keluar membeli belah

    ReplyDelete
  6. ramai bawak budak2 nak beli baju raya agaknya ek...

    ReplyDelete
  7. payah gak x leh try kan.. takpe kak baju pejabat boleh watbaju raya gak hihi

    ReplyDelete
  8. Kemaruk nak shopping rakyat Malaysia nih ��.. dapat kelonggaran skit terus serbu ..

    ReplyDelete
  9. hairan kan ibu bapa yg bawak anak2 kecik pegi mall T_T

    ReplyDelete
  10. sekali masuk boleh 5 orang letih juga menunggu tu. Tapi untuk keperluan, kena jugalah beratur. yang shopping bawa anak-anak tu, entahlah...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah