Monday, May 18, 2020

Renungkan Seketika....

Kita tahu insan-insan kesayangan sihat walafiat pun dah syukur sangat-sangat... Jangan berani sangat dengan benda yang kita tak nampak ni... Jaga diri dan kesihatan baik-baik okei๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

(Sila bayang dalam kepala ๐Ÿ˜)

Orang tu Covid19 +ve tapi tak tahu dia +ve
Dia pergi beraya rumah jiran sebelah. Duduk kat sofa. Lepas 30 minit. Siap makan. Siap minum. Dia balik.

Awak pun datang umah jiran sebelah (umah jiran yang +ve covid19 tu pergi tadi). Awak pun duduk sofa dia duduk tadi. Koman koman pun mesti letak tangan kat sisi sofa ye dak?
(Ingat ya, covid19 merebak melalui sentuhan).

Awak pun dah siap beraya kat situ. Next house. Awak Sentuh pulak sofa umah jiran lain. Pastu jiran lain bertandang pulak ke situ selepas awak. Awak tolong sebar. Yang sebelum awak tadi pun dah tolong sebar.

Awak kemana lepas pergi rumah beberapa jiran? Awak balik rumah. Sentuh pulak perabot, pinggan mangkuk kat umah. Kat rumah ada mak ayah adik beradik dan lain-lain. Habis satu family dapat hadiah raya berupa jangkitan Covid19.

Maka begitulah jangkitan berterusan secara silang di kawasan kejiranan situ. Dan seterusnya ke kejiranan lain.

Selepas 14 hari, didapati kluster kejiranan dikesan. Awak salah seorang juga yang positif.

Kesimpulan :
Kalau rasa tak bahaya, silalah bertandang ke rumah jiran.

Kalau saya? Baik duduk di rumah aje lah. Tak perlu terima tetamu. Tak perlu jadi tetamu. Tunggu biar covid19 ni betul betul 0 dulu kat Malaysia. Rasa seram terbayang situasi beraya tu. Jaga ahli keluarga kita. Ibu bapa kita yang dah berumur. Adik adik atau anak anak yang masih kecil.

Gov bagi limit 20 orang mungkin sekadar nak bagi rakyat rasa lega dan bertenang. Tapi kita boleh fikir sendiri situasi melibatkan kita.

Akhir kata,
 #kitajagakita.
 #stayathome.
 Pikir2 lah sendiri!!!!..

Cnp

10 comments:

  1. kan...kita fikir pun dah cukup bimbang dah

    ReplyDelete
  2. Walau diberi kelonggaran.Harap masing-masing fahamlah.Risiko sentiasa ada.

    ReplyDelete
  3. Jangan penting diri. Buat masa ni kita jadi individualistik tak bercampur dengan orang.

    ReplyDelete
  4. raya di rumah sendiri lebih selamat. stay safe akak :) ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  5. Tak sambut raya pun tak pe
    Ada juga sejarahnya nanti.

    ReplyDelete
  6. tu lah, tak perlu nak beraya sangat tahun ni...cukup meraikannya di rumah sendiri...

    ReplyDelete
  7. semoga kita semua dan keluarga tersayang dijauhkan daripada wabak penyakit ni. aamiin

    ReplyDelete
  8. beraya di rumah je dengan family. lebih selamat.

    ReplyDelete
  9. Takpelah, kita beraya kat rumah sendiri je.. masak sedap2, makan sendri..

    ReplyDelete
  10. tak dapat bayangkan kalau masih ada yang degil nak pergi beraya tu. risau betul lepas raya ni kes makin meningkat.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah