Thursday, May 21, 2020

Dugaan Ramadhan 25 -27

Hi korang..

Memang betul- betul dugaan travel ulang alik Seremban- KL , KL- Seremban di mana SA akhirnya demam panas. Cuak jugak la tetiba boleh demam plak lepas dh pelbagai kaedah SA guna untuk sentiasa sihat tanpa sebarang penyakit di musim-musim Covid 19 ni. Tewas jugak akhirnya bila tonsil SA perit dan merah menjadi asbab kepada demam panas ni..ikutkan memang dh kantoi pada petang Isnin tu dimana SA x dibenarkan masuk KL Sentral sebab suhu tinggi. Tapi SA x rasa demam pun..puas gak la SA yakinkan polis tu yg SA x demam dan sebab cuaca panas masa jalan dari office ke KL Sentral. Yakin dengan alasan SA terus dapat masuk KL Sentral. Disebab kan tu jugak la SA kena berdiri dari KL ke Seremban..Allah je yg tau macam mana penatnya SA...Rasa nak tercabut semua tulang.

Sebaliknya lepas mandi kat rumah SA menggigil kesejukkan...pelik plak masa tu..nak buka puasa dah ni..dh kenapa menggigil kan..sudahnya check suhu...terus 37.6°c. Hurm..memang ada potential demam dan  confirm kalau pi kerja Selasa tu mmg tak lepas especially naik naik bas.


Tak nampak macam demam kan? nampak macam muka penat


Pagi Selasa terus pi jumpa doctor family kami...masa tu x demam dh cuma dedar je skit...





Hasilnya dapat la ubat sebeban. bertabahlah SA di kuarantin selama 2 hari bermula Selasa oleh adik SA, mommy si Dida tu. Bukan apa cuma sebagai langkah pencegahan agar demam SA x berjangkit pada mak yang x sihat tu..kisahnya plak Mak SA risau sampai nangis-nangis ingat SA kena covid 19 sebab SA ada bagi tau pasal sebab SA demam ni satu team boss suruh work from home sebagai langkah berjaga-jaga. Kecoh jugak la masa tu...satu department kecoh rasanya. Padahal SA demam biasa je..alhamdulillah semalam diorang dh start kerja semula la lepas SA bagi clearance yang SA hanya demam biasa . Dalam musim-musim Covid 19 ni..memang bahaya kalau rasa x sihat waima hanya demam biasa aje pun. Penyakit ni silent killer kan...kita kita x nampak kumannya tapi ianya sangat bahaya...

Korang kat luar sana tu..keep on jaga diri. Stay health, Stay at home dan kita jaga kita. Kita belum menang lagi ye... Masih panjang lagi perjalanan kita...sama-sama kita kita berjuang memutuskan rantaian Covid 19 ni...duduk rumah...

12 comments:

  1. Memang mudah terjangkit kalau tak ambil langkah pencegahan.

    ReplyDelete
  2. Memang penat ulang alik jauh tu kak walaupun guna transport awam tapi penat nak menapak ke satu satu tempat tu. Lagi-lagi musim cuaca tak menentu. Panas pun lain macam sekarang. Take care kak. semoga cepat sembuh. Aaminn...

    ReplyDelete
  3. Syafaakillah SA..
    Semoga dikurniakan kesembuhan yg segera buat SA..

    ReplyDelete
  4. you too..semoga sentiasa dalam keadaan sihat.

    ReplyDelete
  5. penat kene berdiri lama ye kak... apa pun GWS kak

    ReplyDelete
  6. Semoga cepat sihat dan dijauhkan daripada wabak apa pun.. Take Care..

    ReplyDelete
  7. Mudah2an dah sihat.
    Satu dua hari ni tentu sibuk nak buat persiapan raya.

    ReplyDelete
  8. Muism Covid-19 memang kalau demam biasa saja orang dah kaitkan dengan Covid-19. Semua takut kan

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah