Sunday, May 31, 2020

Set La' Chefz CJ Wow Shop Dah Sampai..Tapi......

Hi korang...

Hari ni hari happy Mak SA sebab periuk Glass Cookpot yang SA order untuk mak hari tu dah sampai..bukan main suka hati dia...cuma sayangnya periuk paling kecik pecah berderai. Cepat-cepat SA call CJ Wow Shop nak tau condition and report kerosakan. Bagusnya memang la depa mintak maaf berulang-ulang kali dan SA decided untuk pulangkan dan dapatkan full payment semula cuma Mak SA x nak...nak jugak set tu sebab nak mintak ganti x boleh, set ni dah sold out dan pihak astro tak restock lagi. Sebelum SA proceed dengan pemulangan product dan duit, SA tanya mak betul-betul..Mak cakap mak nak jugak periuk tu..so amik je la dan CJ wow shop bagi 9 hari kalau SA berubah fikiran. 

Aduhai omak den...sabar je la..nanti petang sat lagi SA pi  cari la set ni kat Parkson, Dapat beli yg kecik pun ok la kalau murah...gantikan balik bagi cukup set tu...kesian plak tengok muka mak sedikit frustrated. SA kalau boleh x nak Mak tak happy. Ikutkan mmg boleh je mintak ganti tp stok takde..so kena la cari plan lain


set paling kecik yg pecah dalam kotak choc tu


Sampai2 je terus buka


SA buka mmg tgok dh berderai dlm tu kecuali tutup dia yg elok kukuh


Sabar je la kan


Hancur luluh hati tengok pecah


Berderai


Satu set siap dengan free gift


Benda tak jangka kan...bukan semua barangan kaca ni bagus beli online. Pasti akan jadi masalah macam ni...nak salahkan courier service pun x boleh sebab ada je sticker fragile. Benda nak jadi kan..bila tengok periuk paling kecik tu berderai...agak2 selamat ke kalau masak atas api periuk ni? risau plak SA..hahaha...adoi....

So cakap kat mak...dh beli periuk ni jangan mengada nak simpan...guna je nanti..beli mahal-mahal pas tu simpan...apooooo...kan? kalau beli pas tu simpan baik x yah beli..kaca simpan lama-lama pun pecah gak nanti kan?

7 comments:

  1. Nasib baik satu je yang pecah. Kalau beli barang online ni, memang susah nak jangka keadaan barang.

    ReplyDelete
  2. Akak cukup seriau msk guna periuk kaca ni walaupun dijamin selamat...takut pecah,merekah masa dok masak..

    ReplyDelete
  3. Bila nampak yang pecah tu..aduh.

    ReplyDelete
  4. Alahai kesian mak akak. Mujurlah satu je pecah

    ReplyDelete
  5. Nanti cari yang paling kecil tu.

    ReplyDelete
  6. Risau jugak kalau beli online, pecah nanti sepecah hatiku la jawabnya..

    ReplyDelete
  7. Ala...kesiannya....pecah pulak yang paling kecik tu

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah