Assalamualaikum...
Salam Isnin buat semua...harap semuanya sihat ye...
Last week hari Sabtu SA dah buat tempahan kepok kubur arwah Mak Pah...dah setahun 2 bulan dah Arwah pergi dan tiba lah masa sesuai untuk buat kepok...ada yang tanya kepok ni apa...tempat lain maybe ada panggilan lain...Kepok adalah Frame yang diletakkan diatas kubur. Tidak ada kata lain yang mampu menggambarkan rindu pada seorang ibu yang telah pergi. Namun kami semua mengabadikan kasih buat Mak melalui binaan Kepok diatas pusara Mak. Kepok ini bukan sekadar struktur batu, tapi satu simbol kasih, hormat dan doa yang tidak pernah putus. Tempahan kepok ini dibuat dengan harapan agar pusara mak sentiasa terjaga dan indah, juga sebagai tanda cinta kami yang masih utuh walaupun jasad mak sudah tiada..
Meletakkan kepok atau frame, sama ada diperbuat dari kayu atau simen, adalah harus dengan tujuan mengelakkan tanah dari terhakis, dikorek binatang, dilangkah atau dipijak orang. Ini adalah kerana kepok tidak dianggap sebagai binaan kekal dan ia boleh diangkat atau dialihkan. Keharusan meletakkan kepok tertakluk kepada syarat antaranya tidak berniat untuk bermegah-megah, membazir, menyamai perkuburan agama lain atau meninggi-ninggikan dinding kepok.
Sabtu, 3 May 2025, Tempahan SA buat di Masjid Hijau atau Masjid Sendeng Ampangan.
SA berurusan dengan pegawai yang dilantik oleh Jabatan Agama
SA dinasihatkan untuk buat pembayaran online, pada awalnya SA ingat terus jumpa tukang buat kepok kat perkarangan kubur tu...rupanya kena isi borang dan kena buat bayaran lumpsum di pejabat yang terletak di Ampangan.
Kepok adalah struktur frame berwarna putih tu...kiri kanan jiran arwah Mak Pah dah naik dah kepok...
Untuk struktur kepok SA dikenakan bayaran RM1500..kalau yang biasa RM1200..binaan Kepok di perkuburan ini memang mengikut standard yang telah ditetapkan oleh MAINS. Tapi ada juga yang tidak mengikut standard dimana batu nisan ditukar ke Batu sungai..menurut pegawai mana yang dah buat sebelum ni memang x boleh nak buat apa..mereka pun takde hak untuk menukar batu nisan tersebut mengikut standard..tapi untuk keperluan kepok akan datang memang diwajibkan untuk mengikut standard yang telah ditetapkan..
SA mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada adik beradik SA yang menyumbang wang untuk buat kepok arwah mak ni..tak sabar nak tengok rumah baru arwah Mak..nanti SA nak cari batu kerikil yang halus2 tu untuk letak atas kubur..pegawai tu tak galakkan letak batu-batu besar sebab kalau hujan batu akan berlumut..susah nak bersihkan nanti katanya...
Kita tunggu lagi 2 minggu ye...pegawai tersebut akan update kepada SA nanti proses binaan Kepok arwah Mak Pah...
Kami tahu, tiada apa yang mampu menggantikan kehadiran Mak, tapi dengan kepok ini, sekurang- kurangnya ada satu tempat indah untuk kami ziarah, berdoa dan mengenang kasihnya yang tiada tandingan. Semoga allah merahmati roh Mak dan semoga setiap usaha kecil ini menjadi bekal pahala buat arwah Mak di sana...
moga dipermudahkan urusan kak SA & family.. betul tu, sekarang ni semua ada standard yg perlu dipatuhi...
ReplyDeleteAlhamdulillah... Kalau dekat tanah perkuburan boleh letak kepok, walaupun std, sebab senang, dan nampak teratur.. Untuk tanah perkuburan arwah FIL.. Kepok, batu2 kerikil pun dia tak bagi letak.
ReplyDeletemoga dipermudahkan segala urusan SA..aamiin...rindu pd yg tiada adalah sukar diungkapkan dgn kata2
ReplyDeleteNanti cantik rumah MP ya SA.....Moga Mak Pah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.
ReplyDeleteKalau kat Bukit Kiara tu bertingkat-tingkat pun ada. Kepuknya tinggi.
Aamiin
ReplyDeleteAmin..Semoga dipermudahkn segala urusan..AMin
ReplyDelete