Assalamualaikum...
Hi korang...
Pernah tak korang alami situasi macam ni tengah elok-elok nak pegang bahu suami, anak, atau buka pintu kereta… zapp! terasa macam ada kejutan elektrik kecil? SA pun selalu alami. Terkejut juga masa mula-mula, siap fikir tu...
“Eh, aku ni ada kuasa luar biasa ke? Atau cinta aku ni memang ‘berkaran’?” π
Bila tanya suami, dia leh cakap...ooo itulah tanda cinta abang yang melimpah ruah untuk sayang....ehhh dia ni dah kenapa...ke situ plak...masalahnya SA sentuh tangan or lengan tetiba rasa ada renjatan..pedih gak la kulit kan..semalam SA kena dalam bilik..lalu aje kat karpet tetiba rasa renjatan lagi dan kaki rasa pedih sampai ke hari ini...
Tapi sebenarnya, semua tu ada penjelasan sains yang menarik dan tak perlu panik pun!
Kenapa boleh jadi macam tu?
Rasa ‘renjatan’ tu sebenarnya disebabkan oleh cas elektrik statik. Bila kita bergerak contohnya berjalan atas karpet, duduk atas sofa fabrik, atau bergesel dengan baju badan kita mengumpul cas elektrik (biasanya cas negatif).
Bila kita sentuh orang lain atau objek logam, cas elektrik tu akan “melompat keluar” untuk seimbangkan cas antara dua permukaan. Hasilnya? Kejutan kecil yang rasa macam kena ‘karan’!
Badan manusia memang ada arus elektrik ke?
Ya, badan kita memang ada sistem elektrik semula jadi. Dalam otak, saraf dan jantung, isyarat-isyarat elektrik digunakan untuk gerakkan otot, hantar maklumat, dan kawal degupan jantung.
Tapi kejutan statik tu bukan daripada sistem badan kita, sebaliknya ia datang dari geseran luar — pakaian, udara kering, permukaan lantai dan sebagainya.
“Eh, bahaya ke kejutan elektrik statik ni? Boleh mati tak?”
Soalan yang ramai juga tertanya-tanya.
Jawapannya: Tak bahaya langsung, dan tak boleh menyebabkan kematian.
Kejutan elektrik statik ni cuma cas kecil yang berlaku dalam masa yang sangat singkat. Arus dia pun sangat lemah dan sekadar buat kita terkejut sekejap.
Kesan paling kuat pun mungkin:
- terasa pedih sekejap
- buat rambut berdiri
- atau menjerit sikit sebab terkejut π
Lainlah kalau kena renjatan elektrik dari sumber elektrik sebenar contohnya wayar rosak, suis bocor, atau kena petir. Itu memang sangat bahaya dan boleh bawa maut. Tapi renjatan biasa yang kita alami ni memang tak bahaya.
Faktor yang buat kita lebih mudah 'berkaran':
- Udara kering (biasanya waktu sejuk atau dalam aircond)
- Pakaian jenis sintetik (polyester, fleece)
- Jalan atas karpet
- Duduk atas sofa fabrik lama
- Pakai kasut bertapak getah
Cara nak kurangkan risiko ‘kena karan’:
- Gunakan pelembap udara (humidifier) dalam bilik aircond
- Pakai pakaian jenis kapas
- Letak pelembap badan, sebab kulit kering mudah berkaran
- Sentuh objek logam dulu sebelum sentuh orang (contoh: tombol pintu, sinki)
- Jalan berkaki ayam atas lantai jubin kalau boleh π
Jadi lepas ni, kalau terasa macam “kena karen” bila sentuh bahu suami atau pegang tombol pintu jangan panik ya. Itu cuma cas statik tengah cari jalan keluar dari badan kita.
Dan siapa tahu… mungkin cinta tu memang ada spark dia yang tersendiri juga ⚡πππ
selalu kena karen kalau guna troli besi kat supermarket.. adoi..
ReplyDeleteSelalu kena...bila masuk supermarket...
ReplyDeletedulu2 MZ selalu kena kalau gi shopping tolak trolley kat giant bt caves
ReplyDeleteSelalu sangat kena.. siap bunyi lagi.. sakit dan terkejut
ReplyDelete"itulah tanda cinta abang yang melimpah ruah untuk sayang" ----- wahhh so suweettttt ehehe
ReplyDeletehhehhehehheh win ayat cik abang.....
ReplyDeleteYeee...selalu sangat jadi macam tu. Keluar kereta, masuk mall, dalam mall selalu kena spark elektrik tu. Kadang sakit juga dan berbunyi kuat. Tapi lagi banyak terjadi masa pergi Skydeck KL Tower haritu sebab dia pasang rumput karpet tiruan tu. Lepas tu encik suami tanya macamana nak hilangkan terkena renjatan tu pada staff. Dia kata kalau kat situ jangan jalan bergesel seret dengan rumput tiruan tu. Kena jalan angkat kaki tinggi sikit. Kalau kat rumah pulak kena bila lepas solat lipat telekung.
ReplyDeletePernah kalau pakai satu baju ni bila Dania terpegang je sure rasa macam ada cas elektrik. Kadang kita pegang body kereta pun rasa macam ada cas elektrik jugak.
ReplyDelete