Showing posts with label Sinopsis Filem. Show all posts
Showing posts with label Sinopsis Filem. Show all posts

Monday, June 29, 2026

Tengok Wayang 3 Beranak Filem Obsession

Assalamualaikum wrt...

Isnin dah hari ni....

Sabtu malam Ahad kami 3 beranak tengok wayang..punya la lama x tengok wayang..ajak PZ..x nak dia..saje je la ajak..nanti kata x ajak plak kan..x minat dia nak tengok wayang katanya..siang Sabtu tu dh bawak berjalan rumah orang kahwin kat Merlimau kan...bukan 1 kenduri je...2 kenduri ye...itu nanti kita cerita next story...


Kami tengok movie pukul 9 malam..x ramai orang pun


Tengok citer ni..









 

Citer mengisahkan Baron "Bear" Bailey (Michael Johnston), seorang  lelaki pemalu yang bekerja di sebuah toko musik bersama rakan kerjanya, Nikki Freeman (Inde Navarrette). Bear sudah lama memendam rasa cinta yang mendalam kepada Nikki, namun cintanya bertepuk sebelah tangan kerana mereka hanya menganggap hubungan sebagai kawan.

Frust dan takut menyatakan perasaan secara normal, Bear nekad membeli sebuah mainan supernatural unik berbentuk ranting bernama "One Wish Willow" di sebuah kedai kristal. Mainan tersebut dapat mengkabulkan satu permintaan apabila dipatahkan. Berharap bisa memenangkan hati sang pujaan, Bear mematahkan ranting tersebut dan memohon agar Nikki mencintainya lebih dari siapa pun di dunia.

Permintaan Bear dikabulkan seketika, namun dengan konsekuensi yang sangat mengerikan. Hubungan mereka tidak berubah menjadi romantik dan indah, melainkan menjadi mimpi buruk. Perasaan Nikki berubah drastik menjadi sebuah obsesi extreme dan possessive. Nikki gagal kendalikan dirinya sendiri hingga mulai mengungkit, berperilaku kejam, dan melakukan aksi ganas yang mengancam nyawa Bear serta orang-orang di sekitar mereka.

Apakah kesudahannya?

Korang kena tengok sendiri...filem ni banyak jump scared ye...bersedia lah untuk sesuatu yg bakal menyentap hati...

2 jam cerita ni..lepas dh habis wayang kami terus balik..ikutkan SA lapar nak makan..tapi malas la sebab dh tengah malam kan...

Wednesday, November 13, 2019

Sinopsis Filem Pusaka

Hi korang...

Sapa dah tengok filem Pusaka kat pawagam? Sorry SA bukan spoiler..hahaha...cuma SA tak faham cerita..biasalah kalau penakut tengok citer hantu memang akan blur...for me ok la citer ni, lebih kepada kisah SAKA la..takde la seram cuma terperanjat- terperanjat je...banyak adegan yang buat confuse..especially macam mana plak Syafiq Kyle boleh tersampuk bagai dan ending pun agak tak memuaskan hati..tak tau la kalau SA yang rasa macam tu...



Sinopsis

Balqis dan Qistina merupakan sepasang adik beradik kembar perempuan yang ditemui oleh Inspektor Nuar dalam sebuah rumah kosong, yang mana kedua-duanya telah dikurung secara misteri. Bagaimanapun, selepas penemuan itu, pegawai polis yang cekap itu kini perlu segera menyelesaikan misteri di sebalik kembar tersebut kerana dia bukan sahaja diganggu pelbagai kejadian aneh selepas menjumpai mereka, malah setiap orang yang berkait dengan kes itu juga mula mati seorang demi seorang.

Semenjak itu, setiap langkah Nuar dihantui pelbagai kelibat, gangguan dan kematian. Walaupun merasakan dirinya semakin hilang pertimbangan di samping mempunyai permasalahan antara adik kembarnya Nur (Mimi Lana), dia harus menyelesaikan kes ini sebelum ada nyawa yang hilang. 

Watak-watak dalam filem pula digerakkan oleh pelakon Syafiq Kyle, Mimi Lana, Faizal Hussein, Fauziah Dato’ Ahmad Daud, Hafidz Roshdi, Sweet Qismina, Draman Muhammad, Aloy Paradox, dan Yuna Rahim. 


Kalau korang nak tau best ke tak citer ni...sila la ke panggung tengok sendiri...hahaha...

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah