Wednesday, November 13, 2019

Sinopsis Filem Pusaka

Hi korang...

Sapa dah tengok filem Pusaka kat pawagam? Sorry SA bukan spoiler..hahaha...cuma SA tak faham cerita..biasalah kalau penakut tengok citer hantu memang akan blur...for me ok la citer ni, lebih kepada kisah SAKA la..takde la seram cuma terperanjat- terperanjat je...banyak adegan yang buat confuse..especially macam mana plak Syafiq Kyle boleh tersampuk bagai dan ending pun agak tak memuaskan hati..tak tau la kalau SA yang rasa macam tu...



Sinopsis

Balqis dan Qistina merupakan sepasang adik beradik kembar perempuan yang ditemui oleh Inspektor Nuar dalam sebuah rumah kosong, yang mana kedua-duanya telah dikurung secara misteri. Bagaimanapun, selepas penemuan itu, pegawai polis yang cekap itu kini perlu segera menyelesaikan misteri di sebalik kembar tersebut kerana dia bukan sahaja diganggu pelbagai kejadian aneh selepas menjumpai mereka, malah setiap orang yang berkait dengan kes itu juga mula mati seorang demi seorang.

Semenjak itu, setiap langkah Nuar dihantui pelbagai kelibat, gangguan dan kematian. Walaupun merasakan dirinya semakin hilang pertimbangan di samping mempunyai permasalahan antara adik kembarnya Nur (Mimi Lana), dia harus menyelesaikan kes ini sebelum ada nyawa yang hilang. 

Watak-watak dalam filem pula digerakkan oleh pelakon Syafiq Kyle, Mimi Lana, Faizal Hussein, Fauziah Dato’ Ahmad Daud, Hafidz Roshdi, Sweet Qismina, Draman Muhammad, Aloy Paradox, dan Yuna Rahim. 


Kalau korang nak tau best ke tak citer ni...sila la ke panggung tengok sendiri...hahaha...

20 comments:

  1. tengok making die mcm best je..nmpk seram

    ReplyDelete
  2. Ramai yang bercerita tentang filem ni tapi saya tak pergi tonton pun. Pergi panggung wayang untuk teman kawan je selalunya.

    ReplyDelete
  3. Belum tengok tapi ramai review cakap seram. Nak tengok gak nak tahu seram tu macamana tahap dia.

    ReplyDelete
  4. aiyoo..citer seram..memang tak lah nak tengok..penakut..

    ReplyDelete
  5. aiyoo..citer seram..memang tak lah nak tengok..penakut..

    ReplyDelete
  6. Baca review ajelah. Kang tengok terbayang2 lak. Haha!

    ReplyDelete
  7. adik saya dah...saya belum....

    ReplyDelete
  8. Anak akak ckp tak seram mana pun,lbh byk scene terkejut ja..haha akak takleh tgk la kalau terkejut2 ni..kang jantung berenti terus berdenyut..

    ReplyDelete
  9. Baru tengok 2 hari lepas. Dah la tengok malam. Banyak babak menjerit & terkejut. Sha asyik pejam mata je, haha.

    ReplyDelete
  10. memang x berani la bab cita2 hantu ni..but review ramai yg ckp best. Kak Long dah gi tgk ker?

    ReplyDelete
  11. kolin lak tak minat nak pergi tengok hahahah. good info SA

    ReplyDelete
  12. memang tak la nk tengok movie ni, bagi duit suruh tengok pun dana takmo kak oi... udah la kita ni penakut

    ReplyDelete
  13. kita kalau cite seram memang tak tengok. tak sanggup nanti asyik terbayang2 je.. hehe

    ReplyDelete
  14. teringin nak tengok mmmmmmm takut terberanak pula dalam pangung tu, jadi layan Maleficent & frozen 2 je lah .

    ReplyDelete
  15. Last week dak Kakak tengok filem ni dengan kawan2 dia, seronok deme bercerita, ai dengar sambil senyum jelah..

    ReplyDelete
  16. Ramai review cakap best tapi memang takkan saya tengok. Kalau dah penakut, penakut jugak

    ReplyDelete
  17. tak suka tgk cerita hantu...nanti bayangan cerita tu terbayang 7 hari 7 malam kat merata rata

    ReplyDelete
  18. dah tengok gak...ok la cite dia, not bad...cuma sayang la watak faizal hussein tu tak dikembangkan sangat...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah