Perasan tak baru-baru ni heboh dengan kes bakal pengantin ditipu wedding planner?. Kesian betul kan...kesian sebab bakal pengantin dah bayar beribu- ribu malah puluhan ribu ringgit untuk pakej perkahwinan yang dijanjikan gah dan mewah. Tau- tau sampai tarikh perkahwinan Wedding Planner hilang tak muncul- muncul. Ada satu kes yang SA baca di akhbar tempatan pakej yang ditempah pelamin indah harga RM8k tetapi dapat pelamin yang harga RM500 ringgit sahaja. Hiasan entah kemana, warna tema pun entah kemana.
Masa ni memang Pelamin Anganku Musnah punah ranah la kan.Itu bab pelamin..belum bab katering lagi..ada kes lain katering tak sampai- sampai. Tuan rumah terpaksa plak back up dengan makanan lain..tetamu nak sampai ni majlis dalam kad jemputan pukul 12 tengahari. Akhirnya keluarga pengantin terpaksa menanggung kerugian dan malu. Mana nak letak muka kan. Menakutkan kalau semua tu terjadi kat kita semua kan.Tak dapat SA bayangkan betapa malunya keluarga. Dengan pihak wedding planner tak nak bertanggungjawab dan ada yang lari.
Baru- baru ini SA ternampak siaran langsung temubual di TV Alhijrah dengan tajuk "Wedding Planner Penipu!Salah Siapa? Menarik sekali topik yang dibincangkan sampai SA duduk depan tv sampai habis siaran langsung tersebut. Banyak perkongsian yang telah di kongsikan. Top wedding planner "The Wedding Heritage" saran kan supaya bakal pengantin berfikir secara realistik tentang tawaran pakej- pakej yang tidak munasabah.
Masalah orang kita apabila ditawarkan pakej yang luar biasa terus bersetuju tanpa memeriksa terlebih dahulu kan. Akhirnya tertipu dan menangis tak berlagu. Masa ni nak menyesal pun dah tak guna dah kan..report polis jer la..Tak boleh SA bayangkan kalau SA atau ahli keluarga dan saudara mara terlibat. Sebab tu setiap benda kena check betul- betul especially yang melibatkan wang ringgit ni....
SA tertarik dengan interview tentang "Banglo Kahwin" atau "Bungalow Wedding", SA terus google dan jumpa media sosial dan website diorang. Semakin SA explore semakin SA teruja..eh dah kenapa ni..hahaha...aduhai..cantik betul la..untung betul siapa yang pilih The Wedding Heritage Bungalow ni.
Diorang akan sebolehnya sempurnakan impian pengantin dengan jayanya.
Sekali tengok memang terus jatuh cinta.Kenapa masa SA kahwin dulu takde pakej- pakej yang macam ni. Dengan pelamin cantik, dengan khemah yang meletop, dengan video yang buat SA nak kahwin semula.Semangat nak kahwin kali ke dua terus muncul. Mana la tahu kan impian SA jadi kenyataan. Sapa tak nak kahwin kalau tengok semua yang cantik- cantik yang ditawarkan oleh The Wedding Heritage Bungalow yang merupakan Perancang Perkahwinan Tersohor di Kuala Lumpur.
Diorang akan sebolehnya sempurnakan impian pengantin dengan jayanya.
Instagram : theweddingheritage_official
Facebook : The Wedding Heritage Bungalow
![]() |
The Wedding Heritage menawarkan pakej lengkap perkahwinan yang sangat- sangat berbaloi. Pakej lengkap kahwin 2018/2019 ini boleh buat di rumah sendiri atau dewan. The best part, The Wedding Heritage offer 3 cawangan banglo kahwin di Ampang, Kota Damansara dan Putrajaya untuk merealisasikan impian perkahwinan korang. Menarik tak? Kan senang , wedding venue di banglo tambah pula pakej lengkap terbaik di KL dan Selangor ni.Tak payah pening-pening kan. sediakan ongkosnya aje..semua settle.
Bukan setakat banglo dan kemudahan yang disediakan aje tau...SA sebenarnya terjatuh cinta tanpa sengaja dengan hasil- hasil gambar photographer official yang sangat cantik malah setanding dengan photographer international. Teknik gambar yang dihasilkan sememangnya awesome. Setiap angle gambar yang diambil memang menepati citarasa SA. Belum korang tengok video lagi tau..nanti di hujung entry SA letak video ye.
So korang kalau ambil pakej dengan TWH ni..korang ditawarkan dengan FREE Album dan Unlimited Photo Pendrive sekali. Seronoknya boleh ambil gambar beribu- ribu.
Boleh dikatakan banyak item free yang ditawarkan untuk setiap package di TWH. Disini SA kongsikan package terbaru yang sangat- sangat berpatutan. Korang tak perlu risau sebab korang pun boleh request custom quotation mengikut budget korang sendiri. TWH akan cuba memenuhi kehendak setiap pelanggan dan tidak tertakluk pada package mereka sahaja.
PACKAGE TWH
Team TWH sangat- sangat membantu kerana kredibiliti mereka sebagai wedding planner sangat tinggi. Mereka sangat komited membantu merancang majlis perkahwinan korang dari mula majlis hinggalah ke hari majlis itu berlangsung. Memandangkan kebanyakkan pengantin TWH ramai dari kalangan yang sangat sibuk dan tidak cukup masa seperti golongan professional, artis dan mereka yang tidak mempunyai ramai ahli keluarga untuk membantu menguruskan majlis. Dengan TWH semuanya settle....tak perlu nak pening kepala
FEEDBACK & TESTIMONIAL
Jom tengok feedback pengantin TWH yang telah berpuas hati.
Perkahwinan adalah satu perkara yang menggembirakan, namun untuk merancang dan melaksanakannya sendiri memerlukan banyak waktu. So korang yang tengah mencari wedding venue dengan pakej lengkap 2018/2019 boleh la book The Wedding Heritage "No 1 Bungalow Wedding Venue In Malaysia. TWH merancang dan menyelaraskan perkahwinan korang dari awal hingga akhir, menyediakan pakej yang ideal, memberikan nasihat pakar dan mengatur semua butiran logistik dengan jayanya.
Maklumat lanjut :
WEBSITE : www.theweddingheritage.com
No Tel : 016-562 9394
#theweddingheritage #pakejperkahwinan #pakejperkahwinanlengkap #pakejkahwin #pakejnikah #pakejsanding #pelaminnikah #pelaminsanding #pelaminkl #banglokahwinkl #banglokahwin
#weddingplannerkl #banglosewa