Showing posts with label emosi. Show all posts
Showing posts with label emosi. Show all posts

Tuesday, February 21, 2017

Konflik Di Dalam Sebuah Persahabatan


Hi korang..

Hari ni aku nak bercerita tentang Konflik di dalam persahabatan...jarang sekali aku nak up entry tentang masalah perhubungan sesama manusia..tapi apa yang perlu kita ambil tahu tentang krisis ini...situasi yang berlaku dalam diam dan terus memusuhi dalam tidak sedar...tahu-tahu sahabat kita telah menjauhi kita tanpa kita sedar...

Selalunya krisis berlaku selepas menamatkan zaman pembelajaran di mana masing-masing meneruskan kehidupan dengan bekerja, berkahwin dan berpindah randah. Bila berlakunya krisis ini memang kita akan berasa sedih. Sahabat kita tidak lagi berada di sebelah untuk berkongsi suka dan duka..pernah ke aku alami situasi begini? Ye..pernah..walau berhubung kembali di media sosial tetap ada jurang. Permulaan yang mesra kerana bertemu semula setelah sekian lama sikit demi sikit tenggelam kembali. Sorang- sorang menjauhkan diri.

Kenapa berlakunya krisis?

1. Berkahwin

Meneruskan kehidupan selepas berkahwin, tiada masa berjumpa kerana sibuk dengan kerjaya,anak dan suami.disebabkan ini berlaku krisis sebab tiada masa untuk berjumpa dan bermesra sebagai sahabat seperti zaman sebelum berkahwin

 2. Cemburu

Cemburu dengan kehidupan, kerjaya serta kejayaan sahabat sendiri. Kehidupan beliau bahagia dan berjaya berbanding diri sendiri

 3. Jarak jauh

Lokasi tempat tinggal berbeza dan perlu plan perjumpaan terlebih dahulu. Jarang berjumpa maka hubungan sampai disitu sahaja.Kekangan waktu menjadikan tiada masa untuk berjumpa

4. Stalker

Bertemu kembali bukan bermakna hubungan persahabatan terjalin mesra, ada yang add media sosial kawan2 semata2 ingin menjadi stalker,bila kehidupan salah seorang kawan lebih baik berbanding diri sendiri maka wujud perasaan atau fikiran negatif hingga mendorong ke arah membenci

5. Batu Api

Bertemu didalam media sosial walau dh berkurun lama tidak berjumpa tetap ada perasaan menjadi batu api sama seperti dizaman belajar dahulu. Orang sebegini perlu dijauhi. Tidak menjadi kawan pun takpe sebab tak rugi pun

6. Dendam Lama

Tanpa kita sedar kita sedikit berdendam ketika kita dizaman belajar hingga terbawa-bawa ke alam kedewasaan.

Diatas merupakan antara sebab - sebab yang aku nampak dalam berlakunya sesuatu krisis dalam persahabatan. Persahabatan sebenarnya membolehkan kita berinteraksi secara positif tanpa sebarang tekanan.Pada pandangan aku balas dendam bukan jalan keluar kepada permasalahan ini. Pada pandangan aku perkara atau dendam lama tidak berkaitan seeloknya bila bertemu semula,ambil peluang untuk duduk berbincang dan tamatkan krisis yang pernah berlaku. Kalau tiada penyelesaian dan sebaliknya...terpulang pada diri masing-masing..sedangkan nabi ampunkan umat..inikan pula kita hanya manusia biasa yang tidak lari dari membuat kesilapan..

Thursday, March 24, 2016

Ceriakan Diri Dengan Pemandangan Yang Tenang

Hi korang....

Takde kehidupan yang tenang sentiasa kan..kadang- kadang kita di beri ketenangan 2-3 bulan lepas tu di beri ujian, terus jadi stress dan tidak tenteram..macam aku la..selalunya banyak ujian..biasanya kalau aku stress aku jarang tunjuk kat rumah..i mean rumah Seremban la..sebabnya aku tak nak mak abah aku susah hati..stress kat tempat kerja aku tinggalkan seketika..pas tu macam -macam plan la yang keluar...bila balik je Seremban...orang pertama yang akan hilangkan stress aku adalah anak- anak aku...bila aku sampai je depan rumah..tak sempat letak beg tak sempat bukak kasut terus diorang terkejar2 ni..especially Qhaira..tak sabar2 nak aku dukung..hehehe..Dania plak dah tentu- tentu dah besar kan..for sure takde dah terkejar2..biasanya tengok dia senyum je aku dah release tension dah...

Macam beberapa minggu lepas masa bawak diorang pi Kuala Sungai Baru tu..sempat la lepak jap tepi pantai tu...hirup udara segar, tengok ketenangan air laut..terus rasa tenang...aku percaya korang tengok gambar ni pun korang rasa tenang...but paling best utk rasa ketenangan tu bila korang duduk tepi pantai tu...best...best sangat2..aku rindu betul nak lepak tepi pantai sorang- sorang menikmati keindahan pantai...for sure siang2 la...malam bahaya kan...kecuali kalau ada teman..


Tenang kan...


Sun set di Kuala Sungai Baru


cantik...indah...semua ada..


Pantai dan laut adalah satu teraphy..

Trust me..sesapa yang tengah stress better pi lepak tepi pantai...memang best..memang korang akan temui ketenangan di samping sembahyang..mengadu dengan allah kan...

Pantai paling cantik yang buat aku teruja nak pergi lagi for sure Gili Terawangan, Lombok.....really missed that place...

Friday, July 16, 2010

Berita Sedih!!!x menjadi..cik PMS datang la...

Hi u olls,

Sedih la...Lisa x peknen..Lisa period la pada 28/6 hari tu...maka apa yang di tunggu2 tu tak menjadi ye kakak2 semua...sedih memang sedih tapi takper la...belum rezeki..simptom2 tu memang mcm orang mengandung..Lisa dah pi check ngan doctor memang tak nampak sebab doctor ckp tak nampak tanda..Nasib baik Lisa tak terlalu mengharap...kalau mengharap sangat sure frust kan...takpe la..leh cuba lagikkk....wahhh..hubby Lisa kalau dengar bab cuba2 ni suka la dia kan...hahahahaaha...nampaknya kena la berusaha honeymoon di cameron pulak kan?atau ada suggestion lain? Kak Neena jgn nak suruh pi Bali lak eh...itu plan tahun depan tau....tapi knp Lisa masih mengalami muntah2 dan mabuk2 macam orang peknen yer? sampai sekarang tau...ada sesapa boleh jawab?

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah