Wednesday, December 7, 2016

Lunch Dominos Pizza Sambil Berkelah Di Car Porch

Hi korang...pernah merasa berkelah depan rumah kat car porch? Tak pernah?haaaaa...sesekali ok la seronok...hahaha...kisahnya aku pi redeem Dominos Pizza...saje nak tukar selera malas nak makan nasi sebab dalam proses nak kurangkan sikit berat badan ni...so..decide makan pizza je...redeem voucher free pas tu tambah la lagi sikit item...orang paling seronok dan happy giler si Kakak Dania dan Qhaira la...x caya jom tgok gambar.....


While mama ngan mommy order...


Diorang berdua menunggu...excited a bit...si Qhaira ingat makan kat situ..rupanya mama beli bungkus..hehehhe....


Selfie jap ngan anak dara kesayangan


Korang tgok....geram tgok si Qhaira tu ha..buat muka plak..cubaan nak kenyit mata la konon...


Tgok...dia buat muka lagi....


Masa ni dia cakap...Mama...Dida lapar....cepat laaaaa...


Budak curly hair ni mmg sentiasa buat mama geram..


Total damage


Berkelahlah kami depan car porch....ekceli mak abah pi Econsave..punya la lama...kesian kitorang...terpaksa makan kat luar sebab lupa bawak kunci.....tu diorang berlakon je lebih tu....


So far okey jer sebenarnya....sesekali lupa baeak kunci kan..selalunya aku bawak handbag..tp sebab malas sangat masa tu terus capai bag duit je...x suka plak nak bawak bag...berbeban plak kang...lagipun nak pergi kejap je....
Eh..seronok sebenarnya berkelah kat depan car porch tau...tak percaya cuba korang buat..
Hahahha....

Tuesday, December 6, 2016

Christmas Beauty Box Giveaway Worth RM600 by Anil Wanina




*Sila klik banner diatas untuk join*

Hadiah :
1 x cash voucher dari Premier Clinic
1 x beauty box dari The Face Shop
1 x beauty box dari Missha
1 x beauty box dari Premier Clinic
2 x beauty box dari Skinfood

Tarikh Giveaway : 5 Disember - 15 Disember 2016


Monday, December 5, 2016

TIPS ATASI PENINGKATAN KOS SARA HIDUP DARI RUMAH

Dalam kehidupan sebelum soal kewangan sememangnya akan berlegar- legar di fikiran kita. Walaupun begitu masih ramai lagi yang gagal dalam aspek pengurusan kewangan.Disini aku ingin kongsi sedikit panduan agar korang lebih faham akan kepentingan untuk mengutamakan keperluan berbanding kehendak agar hidup korang tidak terjejas dengan soal kewangan di zaman kos sara hidup semakin tinggi sekarang ini.

PENDAPATAN TETAP DAN TAMBAHAN
Zaman sekarang ramai isteri yang di lihat keluar bekerja demi membantu suami meringankan beban kewangan keluarga. Tidak dinafikan harga barang pada masa kini amat berbeza berbanding dahulu. Selain kos hidup yang semakin meningkat, suami juga perlu memikirkan tentang pendapatan tambahan untuk menyara kos sara hidup yang semakin meningkat dewasa ini.Mungkin pendapatan tambahan boleh di perolehi dengan menjadi dropship atau berniaga melalui talian.

sumber google


AGIHAN DUIT PENDAPATAN
Sekiranya kita sudah menerima duit gaji dari pendapatan tetap, benda pertama harus dilakukan adalah sila agihkan duit tersebut untuk bayaran- bayaran tertentu dengan kadar segera. Jangan sesekali gunakan duit selagi kita belum memperuntukkan bayaran seperti ansuran rumah, bil utility, ansuran kereta dan sebagainya supaya kita tidak terbeban  untuk membayar di kemudian hari.

BERJIMAT DALAM BERBELANJA
Untuk berjimat dalam berbelanja, elok sekiranya korang merancang dalam soal pembelian barangan baik keperluan dapur  di pasar mahupun di pasaraya. Korang boleh jimatkan perbelanjaan dengan menyenaraikan  terlebih dahulu senarai barangan yang perlu di beli.Dengan cara ini korang dapat mengatasi masalah terlebih berbelanja.Tambahan pula dengan adanya senarai barangan yang ingin dibeli dapat menyekat dan mengurangkan nafsu kita dari memberi barangan yang tidak perlu. Selain itu kita dapat melakukan perbandingan harga di beberapa buah pasaraya, walau ada perbezaan RM1 atau RM2 bagi setiap barang, ia sudah cukup untuk memberikan banyak penjimatan. Jika terdapat penjimatan lebihan wang kita tadi boleh di simpan.

MENABUNG
Simpanan seperti pelaburan emas mahupun hartanah sememangnya memberikan pulangan yang lumayan tetapi korang juga perlu ingat tak semua orang boleh membuat pelaburan sebegitu.Oleh itu cara paling mudah adalah menabung dengan skala kecil sama ada RM100, RM200 sebulan memadai bergantung pendapatan sesebuah keluarga. Amalan menabung sedikit sebanyak dapat membantu kita sekiranya berlaku sesuatu kecemasan di kemudian hari.


Itu la sedikit sebanyak tips yang aku boleh share untuk panduan kita semua. Apapun..peningkatan kos tetap akan berlaku, terpulang pada kita cara mengatasinya..uruskan kos sara hidup kita dengan bijak agak tidak terlebih belanja.

Sharing is caring....

Spend Time Dengan Anak- Anak Di hujung Minggu

Ini kisah minggu lepas..minggu yang aku buat kenduri doa selamat buat mak dan adik bongsu aku tu...pagi Ahad tu kami semua melepak x kemana- mana...then decided pi redeem Dominos Pizza...eh aku x up pun lagi citer tu...nanti la aku cari balik gambar...sementara tunggu Mak Abah balik dari Econsave..aku ikut la mommy Qhaira bawak pi taman mainan area Allson Klana tu...ada tempat mainan yang agak besar...rupanya dah selalu Dania dan Qhaira datang sini...so layankan aje la diorang ni...



mula- mula pi Laman Basikal ni tp x leh masuk..tutup plak time tu...


Dida cer senyum skit amik gambar tu...


kakak melayan adik...


Adik nak ikut kakak tapi takut...


meniti titian usang...eceh...


kemon Qhaira..u can do it...


yeay Qhaira berjaya naik gelongsor paling tinggi sorang2


then kakak plak tersangkut kat sini


Abaikan muka penat mama dan x mekap langsung...


okeh last..atuk dah panggil balik...hari pun nak hujan


masuk keta penat si bulat mama tu....

Sesekali melayan anak- anak memang best...cuma kat situ banyak nyamuk la...lepas hujan kot...tanah lembap so memang banyak nyamuk....
minggu ni mama tak balik...ntah apa la kakak Dania dan adik buat kat umah...sorry la sayang2 mama..mata mama kena infection...so memang tak leh balik sebab doktor cakap boleh berjangkit...
mereput mama kat rumah sewa....

Azharina Azahar Juara Gegar Vaganza 3


Hi korang...
Aku tak tengok GV3 Final malam semalam..kesian aku kan..ye la umah sewa takde astro..apatah lagi chanel lain yg hidup segan mati x mau...so kena la google pagi ni tgok sapa yang menang...

Juara : Azharina Azahar
Naib Juara : Siti Sarah
Ketiga : Zarul Umbrella

Tahniah buat yang menang...yg tidak bernasib baik takpe la...mungkin beh cuba lagi di GV akan datang..eh...bleh ke masuk balik...memandai je aku ni...hahaha...

Sunday, December 4, 2016

Tip ke Program MAHA, MAEPS Serdang

KEPADA YANG INGIN PERGI KE PROGRAM MAHA 2016

Berikut merupakan tips untuk ke sana.. aku memang bla tak dapat pergi, hujan lagipun tengah ada infection kat mata..well..korang yang pergi tu ikutlah tips kat bawah tu ha..aku copy je dari grup whatsaap...kalau bleh tempat yang macam tu tak yah la bawaak budak- budak...kesian...kalau boleh jugak tak yah la bawah mak ayah kita yang kurang sihat...hujan lagi pun kan....

  1. Pakai flat shoes/sport shoes/sandal. No high heels please. Kesian tgk adik2 yg pakai kasut tinggi day 1.
  2. Bawa payung
  3. Kalau  bawa anak kecik bawa carrier@stroller
  4. Kene ready mental n fizikal utk bjalan skit.
  5. Macam xsesuai nak bawa mak ayah yg dah tua btongkat bjalan di Maha. Sian tgk. Tp kalau ada kerusi roda ok.
  6. Makanan dan air byk dijual. Xpayah bawa bekal.
  7. Bawa baby wipes kot2 emergency anak2 poo n ade toilet air perlahan
  8. Bagi muslimah, Bawa telekung sndiri senang. Telekung sgt limited dan org ramai.
  9. Make sure hari yg plan utk ke Maha xde plan lain2 lps tu. Biar sehari suntuk di sana so xde la rushing2. Boleh jln..n rehat kt mana2. Jln lagi n mkn pula..solat n baru balik..
  10. Kalau rasa nak shopping byk, nk beli pokok ka..etc..bawa troli siap2. Troli or bakul pasar pun ok
  11. Jgn segan makan tester. Alang2 kt maha..rasa je tester yg usahawan bg.
  12. Parking for visitor RM5. bayar di pintu nk keluar nnt
  13. Kalau nak beli makanan2 dulu.. boleh park dgn masuk dari pintu yg dkt hosp serdang. Tapi kalau nk beli pokok2 ..n jln2 ke taman2..rumah mokcun..kg durian runtuh upin ipin..parking di pintu besar hway dr puchong mhala ke bangi tu.
  14. Trem sll penuh. Kalau rasa xlarat jln..park yg hujung2 parking lot. So di trem nnt kita nak naik ada la tempat ddk. Kalau park depan2.. trem penuh..depa bye2 je kita nnt. Along mmg jln kaki prkg jauh atau dkt. Xpela.exercise. mak buyong mmg da lama xjalan2 jauh ni.
  15. Datang awal pagi pun xpe. 9am dah siap parking. Nnt pi pun dgn hati tenang.
  16. Bawa beg besar skit. So barang2 dibeli boleh sumbat dlm 1 beg. Tp ade trolley lg bgs
  17. Make sure anak dlm pengawasan kita. Dok dgr ada anak hilang masa di surau tadi.
  18. Mana2 anak2 kecil yg jenis kencing xleh tahan, elok dipakaikan pampers. Takut nk ke toilet nnt jauh skit nk jln.


Ok..selamat mencuci mata di Maha2016...beli jangan ikut hati dan nafsu...beli apa2 ikut yang perlu je ok...

Anak Teruna Shah Rukh Khan Handsome!

Selamat berhujung minggu korang...jom cuci mata tengok anak bujang SRK ni..eh..tgok family SRK...hehee...tp anak teruna dia melting oiiii....acik yg dh tua ni pun suka tgok muka anak teruna SRK..sebiji macam apak eh.....


Haih...tak lama lagi anak teruna SRK ni pemes la macam apak eh...ensem gilos...anak dara dia pun bleh tahan cantik..bini je dh nampak tua bebenor..oppps....betul la kan..cer tgok gambo tu ha..hehehe..SRK maintain muda...tetap menjadi kegilaan peminat Hindustan..
Kalau la anak teruna SRK ni turut jadi pelakon ikut jejak apak eh...memang la...makin ramai la peminat dia..ntah2 kat sekolah pun jadi kegilaan anak dia ni...kan?

Friday, December 2, 2016

Department Lunch at Kari Kepala Ikan ZK Kg Attap

Konon-konon diet...tapi ada lunch session kat Kari Kepala Ikan ZK Kg Attap...kat mana? Korang google eh aku x reti nak terangkan...aku buta arah skit kalau area KL ni...tp serius aku sebenarnya tengah diet sebab ramai tegur aku dh put on weight..double chin dh macam nak jadi triple chin..badan tak nampak naik tp macam naik ke muka plak lemak-lemak ni semua..haih bahaya macam ni...


The happy face...


Baju biru thumbs up tu my big boss merangkap tukang belanja


Ini la watak utama yg menjadi pujaan masing2.. 6 biji kepala ikan settle sekelip mata..tapi ada yg tak pandai makan...rugi besar woooo..meh nak tunjuk jelitawan hantu kari kepala ikan yang sebenar

V

V

V


Sebenarnya ini kira masih sopan lagi ni..kalau kat rumah sendiri ngan adik beradik xde sopan macam ni de sebab seriusly aku menikmati kesedapan kari kepala ikan yg x terhingga


Tudiaaaaa...ini cara yg betul..hahaha..tp x puas hati gak sebab x leh kokak kepala ikan tu macam biasa buat...malu gak la kat boss hujung tu ha...dia perati je tu..kang jadi bahan...

Di samping lunch department kami sambut jugak birthday buat Nov babies..acara wajib every month


Cake macam biasa dari Secret Recipe


3 jejaka tu nyer birthday


Happy birthday uolls


Sambung lagi ternak lemak kat opis...cake dari Jakarta


Choc Daim dari Langkawi


Choc Dates dari Dubai


Alhamdulillah..we had a blast...special thanks to our big boss..semoga murah rezeki..tak lupa pada yang sponsor makanan tambahan kat atas tu ha..yang tu mmg aku x usik...nasi pun masa tu makan sesenduk je..lebih meratah lauk...alhamdulillah settle birthday celebration Nov babies dan department lunch session 
Jumpa lagi next Birthday Celebration for Dec Babies....




Tips Mendapatkan Mata Yang Cantik Dan Memikat

PENTINGNYA PENJAGAAN MATA, DARI MATA TURUN KE HATI


Aku mengaku aku ni adalah si rabun….masalah pada mereka yang rabun adalah mata cepat letih, bila kat tempat kerja selalu sakit mata walaupun mengunakan cermin mata..selalunya bila dah tau rabun tetap ada masalah malas nak pakai..dasar pemalas kan…bukan apa..ada yang berpendapat pakai cermin mata akan membuatkan rupa dan penampilan jadi tidak menarik…

Teknologi moden hari ini menemui banyak jalan penyelesaian untuk mengembalikan penglihatan individu rabun. Termasuklah rawatan surgery laser LASIK tetapi tidak semua mampu kerasa kos rawatan ini tinggi lebih RM3000 hingga RM7000.



3 Cara boleh kita praktikkan untuk kembalikan kesegaran mata dan penglihatan iaitu:


1       FAKTOR MAKANAN

      Vitamin A,C,E dan Mineral seperti zink adalah nutrient asas untuk mata. Sayur berdaun hijau, kuning telur, lada benggala kuning,labu, ubi keledek dan lobak merah banyak mengandungi khasiat antioksida yang dapat mengelak mata terjejas disebabkan matahari.Bawang putih, bawang besar dan bawang merah mengandungi kandungan sulfur yang memelihara pembentukan katarak pada mata.



2        REHATKAN MATA

Dapatkan tidur yang cukup. Tidur membuatkan mata berehat, membaiki dan memulih secara semulajadi. Peruntukkan sekurang- kurangnya 8 jam. Untuk individu yang kerja menghadap komputer setiap hari, sila cari sekurang- kurangnya satu jam untuk alihkan pandangan mata ke tempat lain. Rehatkan penglihatan. Jika mata terlalu cepat penat, berasa perit dan tidak selesa, baring dan letakkan hirisan timun pada kelopak mata


3      LAKUKAN SENAMAN MATA

·         Gosokkan tapak tangan untuk hasilkan haba panas
·         Tekap tapak tangan pada kedua belah mata sambal mata ditutup selama lima saat. Ulang 3 kali
·         Pusingkan bebola mata dengan mata pandang ke atas. Buat putaran perlahan sebanyak 10 kali ikut arah jam
·         Pegang pen pada aras bahu di depan  anda. Pandang pen dan perlahan- lahan dekatkan pen sehingga ke batang hidung. Ulang 10 kali
·         Urut penjuru dahi. Gunakan tulang sambungan ibu jari, tekan lembut dan urut gerakan membulat 20 klai arah jam dan 20 kali kearah sebaliknya.
·         Ulang urutan di kawasan atas kening, di bawah mata dan kedua- dua penjuru sisi hidung
·         Bersandar, relaks dan pejam mata selama 3 minit


Jom korang cuba 3 tips tersebut untuk segarkan penglihatan kita…mata adalah asset berharga kan…sebab tu kesihatan mata sangat penting...

Sharing is caring.....

Thursday, December 1, 2016

Resepi Nasi Goreng Daging Suriaamanda

Hi korang..
Sambut hari pertama Disember dengan menu Nasi Goreng Daging...bekal untuk ke opis pagi ni...masak dengan kasih sayang utk orang tersayang jugak...sebenarnya semalam teruja dengan Nasi Goreng Daging blogger mana ntah..lupa plak nak save blog dia...terus pagi ni bangun subuh terus buat nasi goreng daging...meriah dengan daging dan jugak kacang buncis..hehehe....


Resepi Nasi Goreng Daging

Bahan-bahan

  • Nasi putih semangkuk besar
  • Bawang putih 2 ulas *
  • Bawang merah 2 ulas*
  • Kacang buncis hiris dadu
  • Planta 2 sudu
  • Cili api 6 biji di racik
  • Daging batang pinang hiris halus
  • 2 sudu sos tiram
Cara masak
  • Bahan bertanda * di tumis garing dengan planta yang dah dicairkan
  • Masukkan daging dan goreng seketika
  • Masukkan sos tiram dan cili api
  • Masukkan kacang buncis
  • Letak sedikit garam..jgn banyak sebab sos tiram dh masin
  • Masukkan nasi putih dan gaul mesra..
  • Biarkan seketika dan tutup api
  • Sedia dihidang
Selamat mencuba...hidangan untuk 2 orang makan dan alhamdulillah kenyang sampai tengahari...

Alhamdulillah...kenyang perut suka hati..

Ostania® Mangosteen Amrita Minuman Kesihatan Keluaran Furley Bioextracts

Hi korang....

Pernah minum jus manggis?Tak pernah...okey aku nak memperkenalkan jus manggis atau dikenali dengan Ostania Mangosteen Amrita keluaran Furley Bioextracts. Jus yang istimewa dan diperkaya dengan pelbagai khasiat untuk tubuh badan kita. Selalunya kalau nak makan buah manggis kena tunggu musim buah la kan...kini jus manggis boleh di minum bila- bila masa sahaja...ekstrak yang dirumus dengan teknologi baru sememangnya bagus untuk kesihatan kita....

Ostania® Mangosteen Amrita adalah minuman yang enak dan dirumuskan menggunakan keseluruhan buah manggis termasuk puri dan kulit sekali membuatkan Ostania kaya dengan Xanthones, Minuman ini diperkaya dengan pelbagai khasiat baik untuk kesihatan anda. Sesuai dengan gelaran "Ratu Buah" , minuman ini penuh antioksidan dan ditambah baik dengan ekstrak epal, roselle, acai berry, anggur dan delima. Manggis Amrita terkenal dan kini dipasarkan di dalam botol aluminium yang boleh digunakan semula pada harga berpatutan sepanjang masa.



Manggis (Garcinia mangostana L.) mempunyai kandungan kelas semulajadi yang terbanyak iaitu sebanyak 43 kelas. Manggis merupakan tumbuhan yang mempunyai kandungan kelas Xanthones terbanyak dalam kategori tumbuhan. Majoriti Xanthones terdapat pada kulit buah manggis. Xanthones adalah sejenis anti-oksidan yang berkuasa malah lebih berkesan daripada VITAMIN C dan VITAMIN E

Kebaikan Ostania® Mangosteen Amrita

  1. Satu cawan kecil Ostania® mampu mengembalikan tenaga anda dan menghilangkan dahaga
  2. Membantu pergerakan sistem penghadaman sekaligus mampu mengurangkan berat badan
  3. Tinggi dengan antioksidan dan membantu dalam peneutralan radikal-radikal bebas dalam badan (anti-kanser)
  4. Membantu sistem pencernaan anda dengan Vitamin C dan juga meningkatkan sistem imun badan.
  5. Mempunyai kelebihan anti-bakteria dan anti-fungi untuk melawan jangkitan kuman, fungi dan yis.
  6. Nilai ORAC antioksidan 14186.98
  7. Tiada tambahan gula dan pewarna tambahan dan banyak lagi
  8. Anti-penuaan
  9. Anti Kanser
  10. Anti inflamasi

Siapa Yang Patut Mengambil OSTANIA?

  • Sesuai untuk semua peringkat umur
  • Ahli Sukan
  • Mereka yang mengalami masalah kecergasan fizikal
  • Mereka yang mengalami masalah penghadaman
  • Mereka yang mengutamakan kesihatan


Nilai antioksidan dalam makanan diukur dalam unit ORAC (Oxygen Radical
Absorbance Capacity) oleh National Institute of Aging. Semakin tinggi nilai ORAC, semakin tinggi kandungan antioksidan dan kebolehan untuk meneutralkan radikal bebas. Ostania® mempunyai ORAC yang sangat tinggi berdasarkan kajian dan telah disahkan oleh Universiti Kebangsaan Singapura.


Aku dh cuba...rasanya? Sedappppp...of course la rasa manggis kan....rasa segar badan sepanjang hari..takde letih2 dah..


Korang nak dapatkan Ostania Mangosteen?sangat-sangat recommend pada korang yang selalu letih dan lesu...insyaallah dengan pengambilan berterusan masalah tersebut akan hilang..

Harga bagi sebotol Ostania Mangosteen adalah RM49.90, Tetapi korang akan dapat diskaun sebanyak RM10 sekiranya membeli dari PAUTAN INI

Korang boleh klik link ni untuk dapatkan Ostania Mangosteen Triple pack dengan harga RM130...menarik kan?
https://store.furleybio.com/mangosteen-concentrate-value-ostania-triple.html

atau layari sahaja laman media sosial Furley Bioextracts ...

Facebook: https://www.facebook.com/furleybio?fref=ts  
Twitter: https://twitter.com/furleyb 
Instagram: https://instagram.com/furleybio/
Website : https://store.furleybio.com/

Selamat mencuba ye.....

Pengumuman Pemenang Top Komentator November 2016


Alhamdulillah hari ni dah masuk hari pertama bulan December. .tiba masanya untuk aku umumkan pemenang top komentators bulan November kat blog picisan ni...alahaiiii...terima kasih yang tak terhingga buat mereka-mereka yang sudi berkunjung ke blog aku yang ntah hape2 ni...effort yang korang tunjukkan sangat-sangat aku hargai...
Dengan ini diumumkan....*drum roll*

Top komentator November

SHAHIDA ZULKAFLI


Tahniah...

Sila email details ke Suriaamanda@yahoo.com, tajuk email : Top Komentator November 2016..
Mohon buat simple entry bila dh dapat hadiah dan link ke blog ni ye...

Kita tengok siapa yang kena untuk December 2016



AMENA KSK III ENERGY CRYSTAL SKIN ACTIVATOR PENAWAR LEBAM BAWAH MATA

FORMULA BARU MENGATASI MASALAH & MENGHILANGKAN LEBAM BAWAH MATA SEAWAL 48 JAM

Masalah besar bagi wanita dan lelaki apabila terdapat kesan lebam, lingkaran hitam dan garis halus di bawah mata akibat kurang tidur dan sebagainya..untuk mengatasi masalah itu maka lahirlah Ameena KSK III Energy Crystal Skin Activator untuk masalah lebam bawah mata, kedutan tanda penuaan akibat terdedah sinar uv dan masalah mata sembab yang terjadi akibat kekurangan waktu tidur, solekan yang tebal dan tidak dicuci, petanda awal penyakit mata panda dan masalah genetik keturunan. Lepas ni korang tak perlu risau lagi sebab jawapan pada segala permasalahan diatas boleh diatasi dengan mengamalkan Ameena KSK III Energy Crystal Skin Activator.


AMEENA KSK III adalah produk gabungan formula negara Jepun & Malaysia serta bertaraf antarabangsa. Kandungan bahan unik berkualiti serta semulajadi yang menggabungkan ramuan sesuai untuk setiap golongan wanita mahupun lelaki dari umur 18 tahun ke atas. Keistimewaan bagi dalaman & luaran khas untuk kulit bawah mata . Menjadikan urat pembuluh darah saliran kulit bawah mata kembali aktif, tona sekata, sihat, cerah, lembap, licin gebu serta berseri.

AMEENA KSK III Energy Crystal Skin Activator merupakan formula peningkatan terbaru yang mempunyai keistimewaan tersebut:

• Jenis Aqua Waterbase
• Sejuk & Cepat Meresap
• Tiada Kesan Sampingan
• Tidak melekit atau berminyak
• Sangat mudah digunakan
• Senang dan sesuai dibawa kemana- mana

Fungsi utama AMEENA KSK III Energy Crystal Skin Activator

• Menghilangkan lebam bawah mata
• Menghilangkan lingkaran hitam bawah mata
• Menghilangkan garis- garis halus bawah mata
• Melancarkan peredaran darah bawah mata
• Menambahkan kesihatan pada kulit bawah mata
• Memperbaiki sel- sel kulit bawah mata




Lebam Bawah Mata 

5 sebab utama terjadinya lingkaran gelap bawah mata atau juga lebih dikenali dengan istilah mata panda dan lebam bawah mata.


1. Keturunan
Tahap tebal nipis kulit (periorbital skin) di sekitar mata pada setiap orang adalah berbeza dan ini selalunya bergantung kepada genetik atau keturunan. Semakin nipis kulit bawah mata seseorang itu, semakin jelas lebam bawah matanya walaupun cuma sedikit keletihan atau sedikit kurang tidur.

2. Stress / Kurang Tidur / Keletihan
Bila kita tertekan, kurang tidur atau keletihan, darah kita akan terarah kepada organ-organ utama badan yang memerlukan lebih darah (mengawal stress) berbanding bahagian muka yang nampak sedikit pucat.
Mata bekerja lebih keras sehingga pembuluh-pembuluh darah di sekitar mata juga lebih aktif dan terlihat sebagai bayang-bayang hitam di bawah kulit mata. Perbezaan ketara kandungan darah inilah yang menyebabkan lebam bawah mata kelihatan begitu ketara.

3. Pertambahan Usia atau Penuaan
Semakin bertambah usia, semakin kulit kehilangan kolagen dan keanjalan. Kulit di bahagian bawah mata menjadi lebih nipis dan memudahkan bayang-bayang gelap nampak lebih ketara tidak kira samada sudah cukup tidur atau mata segar dan tidak mengalami keletihan pun.

4. Alergik atau Alahan
Alergik atau alahan yang menyebabkan mata gatal menjadikan kita cenderung untuk menggosok mata. Hal ini boleh meningkatkan tekanan pada kulit dan membuatkan darah memenuhi pembuluh darah di bawah mata, dan menyebabkan lebam bawah mata senang terlihat.

5. Kekurangan Zat Besi atau Anemia
Lebam bawah mata juga boleh menjadi petanda anda mengalami kekurangan zat besi atau anemia. Mereka yang mempunyai masalah kekurangan zat besi di dalam darah, menyebabkan hemoglobin dan sel darah merah yang membawa oksigen kepada sel-sel badan akan senang terurai dan membuatkan lingkaran bawah mata kelihatan lebih gelap atau lebam.

Tips Petua orang lama atasi  Lebam Bawah Mata

1. Dapatkan rehat dan tidur yang cukup. Cuba berfikiran positif untuk menghidari stress yang berlebihan

2. Amalkan pemakanan yang sihat, sayur-sayur hijau sebagai sumber zat besi dan juga buah-buahan sebagai sumber Vitamin C (membantu penyerapan zat besi dengan lebih efektif)

3. Banyakkan minum banyak air kosong untuk mengawal kelembapan kulit dan air kosong juga salah satu petua awet muda

4. Boleh amalkan tips dengan menggunakan ais, timun dan uncang teh seperti si sini (klik untuk info seterusnya)







Cara pemakaian



Testimonial 





Testimonial diri sendiri menggunakan AMEENA KSK III Energy Crystal Skin Activator

Sememangnya aku ada masalah garis halus dan lebam bawah mata akibat kurang rehat dan kurang tidur..setelah seminggu amalkan product ini dah nampak sedikit perubahan pada kulit bawah mata..sangat- sangat berkesan dan puas hati...sebelum ni agak teruk sampai terpaksa guna concealer untuk sembunyikan mata panda aku tu...sekarang tak perlu risau lagi dengan adanya Ameena KSK III...Cukup puas hati.....



Garis halus dan lebam bawah mata semakin berkurang dengan pemakaian berterusan Amena KSK III...nampak tak perubahan?


Tanpa bahan kimia 100%  HALAL ! 
Fomulasi Kajian PAKAR, 
No. Kelulusan : NOT KKM   15120 5676 K 
Untuk maklumat penuh boleh layari 
 atau contact 
eyda : 019-5081433

#ameena
#lebambawahmata
#lebammata
#ubatmatalebam
#misiterusjalan

Selamat Mencuba!!!


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah