Monday, December 5, 2016

TIPS ATASI PENINGKATAN KOS SARA HIDUP DARI RUMAH

Dalam kehidupan sebelum soal kewangan sememangnya akan berlegar- legar di fikiran kita. Walaupun begitu masih ramai lagi yang gagal dalam aspek pengurusan kewangan.Disini aku ingin kongsi sedikit panduan agar korang lebih faham akan kepentingan untuk mengutamakan keperluan berbanding kehendak agar hidup korang tidak terjejas dengan soal kewangan di zaman kos sara hidup semakin tinggi sekarang ini.

PENDAPATAN TETAP DAN TAMBAHAN
Zaman sekarang ramai isteri yang di lihat keluar bekerja demi membantu suami meringankan beban kewangan keluarga. Tidak dinafikan harga barang pada masa kini amat berbeza berbanding dahulu. Selain kos hidup yang semakin meningkat, suami juga perlu memikirkan tentang pendapatan tambahan untuk menyara kos sara hidup yang semakin meningkat dewasa ini.Mungkin pendapatan tambahan boleh di perolehi dengan menjadi dropship atau berniaga melalui talian.

sumber google


AGIHAN DUIT PENDAPATAN
Sekiranya kita sudah menerima duit gaji dari pendapatan tetap, benda pertama harus dilakukan adalah sila agihkan duit tersebut untuk bayaran- bayaran tertentu dengan kadar segera. Jangan sesekali gunakan duit selagi kita belum memperuntukkan bayaran seperti ansuran rumah, bil utility, ansuran kereta dan sebagainya supaya kita tidak terbeban  untuk membayar di kemudian hari.

BERJIMAT DALAM BERBELANJA
Untuk berjimat dalam berbelanja, elok sekiranya korang merancang dalam soal pembelian barangan baik keperluan dapur  di pasar mahupun di pasaraya. Korang boleh jimatkan perbelanjaan dengan menyenaraikan  terlebih dahulu senarai barangan yang perlu di beli.Dengan cara ini korang dapat mengatasi masalah terlebih berbelanja.Tambahan pula dengan adanya senarai barangan yang ingin dibeli dapat menyekat dan mengurangkan nafsu kita dari memberi barangan yang tidak perlu. Selain itu kita dapat melakukan perbandingan harga di beberapa buah pasaraya, walau ada perbezaan RM1 atau RM2 bagi setiap barang, ia sudah cukup untuk memberikan banyak penjimatan. Jika terdapat penjimatan lebihan wang kita tadi boleh di simpan.

MENABUNG
Simpanan seperti pelaburan emas mahupun hartanah sememangnya memberikan pulangan yang lumayan tetapi korang juga perlu ingat tak semua orang boleh membuat pelaburan sebegitu.Oleh itu cara paling mudah adalah menabung dengan skala kecil sama ada RM100, RM200 sebulan memadai bergantung pendapatan sesebuah keluarga. Amalan menabung sedikit sebanyak dapat membantu kita sekiranya berlaku sesuatu kecemasan di kemudian hari.


Itu la sedikit sebanyak tips yang aku boleh share untuk panduan kita semua. Apapun..peningkatan kos tetap akan berlaku, terpulang pada kita cara mengatasinya..uruskan kos sara hidup kita dengan bijak agak tidak terlebih belanja.

Sharing is caring....

13 comments:

  1. betul tu mmg kena banyak berjimat sekarang ni...
    tahun depan 2017 juga tahun yg getir buat kita rakyat malaysia...kena bersiap sedia...huhu...

    ReplyDelete
  2. zmn sekarang ni memang kena cr duit. Semua barang naik harga...turunnya insyaallah tak akan turun harga2 tu.

    ReplyDelete
  3. Betul tuh, kena ada duit sampingan, pendapatan tambah tambah ponn..mashaALLAH....

    tapiiii, akhir tahun nih, sales punya lah banyakkk derrr~ huarghhhh!!!!!

    ReplyDelete
  4. Setuju,

    Memang kena banyak menyimpan dari sekarang.

    ReplyDelete
  5. Kena buat macam nie, kalau tidak, xde simpanan untuk kembangkan cawangan.

    ReplyDelete
  6. tenkiu kak untuk tips ni..mmg bagus..

    ReplyDelete
  7. skrg ni cuba untuk tambah tabungan dan cuba menambah pendpatan..even penat...tp bila tgk hasil alhamdulilah release tension haha

    ReplyDelete
  8. Memang sekarang ni pun dah mula mnabung untuk kegunaan masa masa kecemasan

    ReplyDelete
  9. nice sharing skrg ni mmg kena menabung dan berjimat

    ReplyDelete
  10. Ekonomi yang tak berapa stabil ni kita kena berjimat cermat.

    ReplyDelete
  11. Sedikit sedikit lama lama jadi bukit.. Perlu berjimat cermat zaman sekarang ni ^^

    ReplyDelete
  12. Cabaran amat getir tahun ni.. Kos sara hidup makin tinggi.. Jenayah meningkat seiring kos.. Cukup membimbangkan

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah