Thursday, November 4, 2021

Happy Deepavali & Selamat Bercuti

Assalamualaikum...

Di kesempatan ini SA ingin mengucapkan Happy Diwali buat semua yang beragama hindu dan meraikannya. Selamat bercuti buat korang semua...jaga diri..hati-hati kalau kemana-mana ye...SA x kemana pun...just nak pi beli barang dapur jer kejap lagi kat Econsave...dan nak pi beli bahan basah untuk order jualan Isnin depan...



Deepavali ialah perayaan cahaya kemenangan kebaikan menewaskan kejahatan di mana kepercayaan masyarakat di Selatan India ia dirayakan apabila Krisna dan Satyabhama

berjaya memenggal Narakasura dan di utara India pula apabila Rama menewaskan Ravana.


Atas semangat itu dalam kepercayaan Hindu Deepavali dikenali sebagai "perayaan cahaya", namun erti esoteriknya yang terpenting ialah "kesedaran akan cahaya dalaman". Iaitu penegasan bahawa terdapat sesuatu yang menjangkaui jasad dan minda jasmani yang tulen, abadi dan tak terhingga, iaitu Atman. 


Selamat Hari Deepavali kepada semua yang merayakannya. Moga semangat perayaan ini diambil untuk menyatukan semua dalam sama membina negara yang lebih baik dalam kesedaran menolak unsur kejahatan rasuah, salahguna kuasa dan sebarang unsur pemecah belah. Malaysia ini perlu dikembalikan kepada semangat #KeluargaMalaysia yang saling prihatin dalam semangat 1957.


SELAMAT MENYAMBUT DEEPAVALI


5 comments:

  1. Sini x cuti kak.. bestnya sana cuti terus boleh sambung cuti rehat lg besok jadilah long weekend

    ReplyDelete
  2. Selamat bercuti SA. Tak keluar rasanya hari ni. Duduk rumah menonton filem Tamil dan Hindustan saja cadangnya. hehe

    ReplyDelete
  3. selamat bercuti kak dan selamat menyambut deepavali kpada penganut hindu..:)

    ReplyDelete
  4. Selamat bercuti kak. Cuti cuti duduk rumah je ni :)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah