Wednesday, March 2, 2022

Mama Titipkan Doa Buatmu Anak.....

Assalamualaikum...

Hi korang...

Hari ni bermulanya Peperiksaan SPM buat Dania dan anak-anak yang lain..hati ibu mana yang tak risau kan...nak pulak anak sendiri. Lagi pulak dalam keadaan Covid-19 yang sedang merebak dikalangan masyarakat..dengan kes positive sana sini...risau hati ni tak tau nak kata...



"Ya Allah bukakanlah hikmahMu dan turunkanlah rahmat dari khazanahMu kepada kami, Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."


Buat Dania...Semoga kamu dan semua calon-calon SPM yang lain tenang dan diterangkan hati oleh Allah S.W.T...Semoga dipermudahkan buat kamu...mama iringi dengan doa yang tak pernah putus...buat yang terbaik....




YA ALLAH
Peliharalah kesihatan anak-anak kami di hari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab peperiksaan. Jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan dengan betul.

YA RAHMAN
Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak-anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu. Jadikanlah anak-anak kami pelajar yang cemerlang Ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat.

YA RAHIM
Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak-anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifar mazmumah dalam diri mereka.

YA ALLAH
Jadikanlah anak-anak kami seorang pemimpin di kalangan orang-orang yang bertakwa.

YA ALLAH
Kami tidak mampu untuk mengawasi anak-anak kami setiap waktu ya Allah, Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaanMu ketika mereka tidak bersama kami. Gerakkan hati mereka berada di tempat yg Diredhai dan jauhkan di tempat yg engkau murkai

YA ALLAH
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak-anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak-anak sahabat kami ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan di dunia dan di akhirat.

Amin Ya Rabbal Alamin....


14 comments:

  1. Ya Allah, makbulkanlah doa seorang ibu ini, Ya Allah.. Aminnn Ya Robb.

    Buat Dania, aunty doakan semoga diberi keafiaatan dan dikuatkan ingatan dalam menghadapi peperiksaan ini. Semoga kejayaan menjadi milikmu, sayang.

    ReplyDelete
  2. Selamat menduduki peperiksaan.. dan moga berjaya di dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  3. semoga dania tenang menjawab soalan spm..aamiin

    ReplyDelete
  4. semoga tenang menjawab soalan...all the best Dania..

    ReplyDelete
  5. insya'Allah, moga segala yang terbaik untuk Dania, dipermudahkan urusannya menduduki SPM..ameen

    ReplyDelete
  6. Selamat menduduki SPM Dania yang manis. In syaa Allah Dania boleh jawab semua soalan dengan tenang.

    ReplyDelete
  7. amin.. semoga Dania berjaya harungi SPM dengan jayanya..amin..

    ReplyDelete
  8. Semoga Dania tenang hati dan dapat jawab exam sebaiknya. Aaminn...

    ReplyDelete
  9. Aamiin.. Aamiin..
    Semoga Allah permudahkan urusan Dania dan lapangkan hati Dania dalam menjawab soalan.. Aamiin..

    ReplyDelete
  10. Semoga dipermudahkan urusan Dania dan calon-calon SPM yang lain.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah