Showing posts with label Aidiladha Kami. Show all posts
Showing posts with label Aidiladha Kami. Show all posts

Monday, June 17, 2024

Salam Aidiladha Buat Semua

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya Aidiladha  SA ucapkan buat semua..maaf zahir batin...

Persiapan raya SA ala kadar aje..SA x masak pun semalam seharian settlekan Pak Zain kat hospital..bila fikir balik..itulah pengorbanan SA kan..letih memang letih...lepas dh settle nak balik kereta plak battery  kong...dengan kedai kereta tutup Ahad kan..teringat Bateriku.com..terus je call...

Pak Zain SA suruh adik ipar ambik...settlekan kereta kami terus pi makan..badan dh gigil...lepas makan terus pi Econsave cari plak nasi impit segera dengan kacang tanah..cari plak lemang...dh dapat sekua baru balik rumah..nasib baik la adik2 pandai masak jugak..balik semalam dh siap rendang cuma adik nak buat kuah kacang 




Konsep Pengorbanan

Ibadah korban mendekatkan diri dengan Allah SWT dan melatih diri kita untuk sentiasa menghidupkan konsep berkorban dalam kehidupan.

Pengorbanan bukan hanya nampak pada daging lembu atau kambing sahaja, tetapi pengorbanan yang lebih besar dalam hidup kita sebagai hamba Allah. Ada kewajipan ibadat fardhu seperti solat, puasa, zakat, haji bagi yang berkemampuan. 

Pengorbanan dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin, pekerja, bapa, ibu, suami, isteri, anak, abang, jiran dan sebagainya.

Siapa pun kita, kita tetap perlu melakukan pengorbanan dalam melaksanakan tanggungjawab. 

Sebagai pemimpin atau ketua, wajib untuk kita berkorban bagi memastikan orang yang berada dibawah tanggungjawab kita mendapat hak dan pembelaan hidup yang terbaik. Dalam suasana ekonomi yang tidak menentu, pemimpin perlu berusaha sedaya mungkin meringankan beban ke atas rakyat yang terkesan.

Ketika dilantik menjadi Khalifah, Saidina Umar RA bimbang andai sekiranya setiap perkara di bawah penguasaannya akan menuntut hak mereka di hadapan Allah SWT kelak. Kata Umar:

لَوْ مَاتَتْ شَاةٌ عَلَى شَطِّ الْفُرَاتِ ضَائِعَةً، لَظَنَنْتُ أَنَّ اللهَ تَعَالَى سَائِلِي عَنْهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Kalaulah mati seekor kambing di persisiran Sungai Furat yang terbiar tanpa pembelaan, aku bimbang akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak,” (Abu Nu’aim, Hilya al-Auliya’)

Sebagai ketua keluarga, kita perlu berkorban mencari keperluan ahli keluarga sama ada menyediakan tempat tinggal, makan minum serta keperluan asas yang lain.

Sebagai pelajar, kita perlu berkorban dalam menuntut ilmu, tinggalkan keseronokan untuk bermain game, menonton video dan TV serta yang lain-lain. 

Sebagai orang yang dahagakan ilmu, kita perlu berkorban untuk melapangkan waktu mengikuti kelas-kelas pengajian di masjid dan surau secara bersemuka juga secara online di FB Masjid dan laman sesawang yang lain demi menambah ilmu kita.

Bersegera menunaikan ibadat seperti bangun untuk qiamullail juga solat subuh di masjid merupakan suatu bentuk pengorbanan. 

Meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah SWT yang kadangkala jika dilakukan memberikan keseronokan kepada diri juga merupakan suatu bentuk pengorbanan.

Semoga kita tergolong di dalam golongan mereka yang diredhai dan diterima Allah SWT.  Firman Allah SWT:

وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُولَٰئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ  وَحَسُنَ أُولَٰئِكَ رَفِيقًا

"Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka akan bersama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka iaitu para Nabi, para Siddiqiin dan para syuhada', serta orang-orang yang soleh. Dan mereka itulah sebaik-baik teman." (Surah An-Nisa' ayat 69)


Tuesday, July 20, 2021

Juadah Aidiladha Yang Sederhana

Assalamualaikum...

Hi korang...

Selamat Hari Raya Aidiladha, macam mana sambutan Aidiladha korang hari ni? mesti meriah kan...SA xde pun sambut beria sangat. hanya juadah aje..dan takde pun kami anak beranak bersiap pakai baju raya. Suasana pandemik ni walau pun kita semua redha sedikit sebanyak meragut kemeriahan yang biasa kita sambut sebelum ni kan...so nak tau apa yang SA buat hari ni?Pagi lepas sembahyang subuh, sembahyang raya kat rumah...SA sediakan juadah untuk sarapan dan lepas tu lepak aje tengok tv dan tido. Tengahari masak nasi je sebab lauk rendang ada kan...lepas tu tido lagi...bangun sembahnyang Asar, lepas tu SA pergi jogging...nasib la dah boleh jogging kan...minggu ni SA kena jaga kesihatan betul- betul sebab Ahad nanti nak pergi amik vaksin. Itulah kerja SA seharian...makan tido makan tido..hahahaha...

Hari ni malas jugak nak tengok blog, tapi sempat la buat entry ringkas pagi tadi...giler la pemalas SA sekarang...kalau rajin tu kang...bukan main banyak entry dalam sehari kan...okeh meh kita citer bab juadah Aidiladha SA....



Mak teringin nak makan pulut panggang...dia la yang bungkus dan buat semua.SA tukang bakar dalam oven...tapi x jadi macam pulut panggang betul- betul la...


Pak Zain beli satay...


Rendang daging campur daun puding. Last minute tukar tak jadi campur daun maman


Kuah kacang


Ada kisah sedih bab lemang ni...memang SA x de booked kat mana- mana dan ada la kawan tu nak bagi 2 batang lemang...dari pagi memang dah deal...tapi last minute macam tak jadi dan dah petang dah..SA keluar nak pi cari lemang, memang takde dah..dah habis dan hanya untuk merekayang dah tempah awal. Mak dah sedih dah sebab memang SA cakap ada lemang nanti 2 batang..serba salah plak dengan mak..kawan SA tu ikhtiar jugak cari runner untuk dapatkan lemang untuk SA dan family. Dah memang rezeki tu ada kan...tepat pukul 9 malam sampai la lemang 2 batang...sedap lemangnya...terima kasih tak terhingga buat yang memberi...really appreciated. Baru nampak mak senyum...kalau x memang x tau la nak makan rendang ngan apa...nasi impit memang dah siap rebus...


Nasi impit


Lemang...

Itulah sedikit sebanyak juadah Aidiladha SA..

Simple je...lepas tu ada la durian 2-3 biji SA beli buat tambah- tambah...macam tak best jer takde gambar pakai baju raya kan...memang takde amik gambar..ajak jugak Dania amikgambar pakai baju raya...tak nak dia...sebab dah gemuk so takde mood nak amik gambar...erm...macam la mama awak ni kurus sangat kan?

Macam mana dengan raya korang hari ni?

Salam Aidiladha 1422 Hijrah

Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya Aidiladha...


 

Salam Aidiladha  buat semua rakan-rakan blogger. 

Semoga semua sihat dan sejahtera..tahun ni sekali lagi kita di duga dimana tiada sambutan Aidiladha yg gah macam dulu-dulu . Tahun lepas merasa jugak beraya tahun ni dua-dua raya takde. Tahun lepas ada jugak la beraya Aidiladha ngan adik beradik...tahun ni takde....sedih betul...

Bagi aktiviti Ibadah Korban pula Jabatan Mufti Negeri Sembilan (JMNS) memutuskan, tiada aktiviti sembelihan korban dibenarkan di seluruh negeri ini, sempena sambutan Aidiladha tahun ni...Kena la akur demi keselamatan semua orang kan..

Tempat korang macam mana?

Ada certain-certain tempat yang dibenarkan aktiviti Ibadah korban dengan SOP yang ditetapkan..ye tak?


Thursday, July 30, 2020

Anak-Anak Buah Berkumpul...

Hi korang...

Dah ada kat kampung? SA dh balik petang semalam lagi ..dan dan  ni kesibukan berganda memasak juadah untuk hari raya Aidiladha. . penat tak tau nak cakap macam mana dh..ikutkan SA x cuti tau..kerja..tapi last minute semalam boss ckp hari ni dia cuti so SA pun cuti la...hahaha...

So hari ni rumah SA riuh rendah dengan 8 orang anak-anak buah yang semakin membesar..termasuk la anak dara SA so semuaa sekali ada 9 orang...meriah rumah hari ni...ada 6 perempuan dan 3 orang lelaki...



Semua dah besar-besar..tahun depan sure lagi besar...tak tau la kalau ada ada yang nak tambah lagi anak kan...bagi meriah sikit keluarga SA ni...nak harap SA memang takde la..cukup la Dania tu sorang...itupun rasa macam dh ramai sangat dh tu..hahaha..nanti SA akan update kisah pre Aidiladha SA denga  persiapan masakan raya ye...penat sangat ni.. insha'Allah SA update cepat....

Thursday, August 23, 2018

Cerita Aidiladha Suriaamanda & Family

Hi korang...

Jom la SA citer pasal sambutan Aidiladha SA yang tak seberapa..takde nak bersukaria macam raya tahun- tahun sudah..kami sekeluarga baru kehilangan maklong kan..so takkan la nak bergumbira..sambutan tetap ada..untuk anak- anak...Mak Abah, Mak Lang, Pak Lang dan Pak Long buat juga lemang..Selasa tu SA balik migrain sepanjang petang kan..so tolong masak je la..anak- anak buah nak main berlari sana sini, terpekik terlolong pun SA x kisah..makan ubat..tidur kat dalam rumah...petang pukul 5 pun sakit kepala still x ok..every month mesti macam ni...letih dh...

Lemang dah masak kami pun balik Seremban...SA nak kena masak rendang malam tu jugak..kalau tak...takde plak rendang nak makan ngan lemang kan...sebelum balik layankan 3 orang anak buah yang tak pernah tengok lembu secara berdepan macam dalam gambar tu...haihhhh...sabar jer la...


4 orang ni...kecohnya macam 30 orang kat rumah...blom campur cucu2 lain...


Cubaan melompat x jadi...


Dida jer melompat tapi bergegar plak gambo


Macam- macam hal...


Si hensem Aidan...taksub ngan penyapu dan scoop..kalau ambil dari dia..dibantainya meraung...


SA masakkan Sup Gearbox dulu...lepas tu mommy dida tolong jaga while mam masak rendang plak..


Rendang campur a.k.a Rendang Nasib..air tangan SA....

Pukul 11 .30 malam baru siap rendang...




SA tak sempat makan apa pun sebab penat sangat..kepala sakit tak hilang lagi..mintak adik settlekan sup gearbox sampai betul2 masak..kesian anak- anak tunggu lama nak makan sup..lepas tu SA tak sedar apa dah..tetiba hujan lebat..tiba- tiba letrik takde..bukan tingkat bawah..bilik SA kat tingkat atas...masa tu dalam pukul 2 pagi..ermm...lari pindah bilik mak...bangun subuh naik bilik semula.lepas subuh sambung tidur semula...penat sangat kan....

Petang dalam pukul 4pm SA awak Mak Abah dan adik beradik yang lain tengok wayang cerita Hantu Kak Limah...dah takde aktiviti nak buat...kami keluar tengok wayang...bukan selalu pi tengok wayang ramai- ramai kan..cuma family Si Kembar tak join sebab diorang dh tengok...

Itu jer cerita Aidiladha kami...hahaha...mood nak pakai baju raya pun takde...lepak jer anak beranak...apa nak jadi pun tak tau la...masing2 penat masa tu kan...Mak Abah pun penat jer nampak...tapi ikut jugak pergi tengok wayang sebab tiket dah beli kan..sekali tgok diorang yang gelak lebih2...

See you next entry....


Thursday, September 14, 2017

Makan Sup Tulang Lembu Korban Di Aidiladha

Hi korang...

Semalam dah baca pasal aktiviti buat lemang kan...so yang ni plak entry untuk esoknya..hari raya Aidiladha kami balik kampung lepas Sembahyang Jumaat...semua adik beradik nak balik beraya...ada yang dah lama tak balik kan..SA yang demam takkan nak tinggal sensorang kat rumah...ikut la balik kampung...kebetulan pulak rezeki kami diorang tengah masak sup tulang...banyak dapat tulang lembu korban kan...so terus buat sup tulang...seperiuk besar diorang masak...wah....memang tak tolak la...rezeki betul..langkah kanan kata orang kan...dalam pukul 4 macam tu dah siap masak dah....


seronok kan masak guna kayu api macam ni....


Sedapnya...rasa macam nak repeat lagi la


semua lepak kat pangkin ni ha....x sesia Pak Lang buat pangkin ni...boleh lepak petang- petang kat sini


Semua x sabar nak makan sup daging


Abaikan muka SA yang demam dan x selera nak makan...


Abah bukan main lagi..khusyuk makan sup daging...mak plak makan lemang...sedap weyh lemang kami


seronok berkumpul macam ni....makan rebut2...


alaaaa...lindung muka SA


Haaa baru ok


Sup tulang best


Rendang daging


orang demam dapat sup tulang

Memang lepas makan sup tulang tu rasa la segar skit...tekak rasa lapang je..tapi kejap jer..malam tu batuk makin bertambah...lama la SA terpaksa MC...rasa berslaah jer masa tu sebab jarang SA MC lama kan...tapi memang tak boleh elak...nasib tak warded jer sebab masa tu ward penuh...tapi sekarang SA dah ok skit dah...batuk2 tu ada la sikit lagi...SA kalau dah sakit..mesti sakit dalam jangka masa lama...itulah cerita Aidiladha SA yang sederhana...pengalaman demam teruk...aduhai...kalau boleh tak nak la sakit time raya ni...susah dibuatnya.....

Friday, September 25, 2015

Santapan Hari Raya Aidiladha..

MENU HARI RAYA AIDILADHA

Selamat hari raya korang...dikesempatan ini jom kita sedekahkan Al-Fatihah kepada jemaah yang terkorban akibat tragedi remppuhan di Mina.. Alfatihah......

Ok jom kita tengok menu di pagi raya dan sepanjang hari semalam. Raya yang sederhana bagi kami sekeluarga..masing-masing masih lagi penat sebab semua baru balik dari majlis resepsi adik aku kat Perlis kan...pas tu diorang sambung berjalan naik Cameron Highland. Yang paling penat dah tent-tentu mak dan abah kan...kesian diorang...perjalanan jauh naik kereta kan..kami pun tak balik kampung...orang kampung sibuk whatsaap tanya x balik ke...tak nak makan lemang ke...bukan tak nak balik...mak abah penat..tak cukup rehat kan...semalam pun dari tengahari semua relax jer terbaring...

Jom tengok menu yang sempat kami masak ...


sup gearbox


air tangan adik no 4..balik je Rabu tu dah siap...


Rendang Ayam Pencen


Congo Bar


Serunding kawan opis bagi


Kuah Kacang Ibu kembar buat


nasi impit


tengahari tu aku masak Gulai Ikan Baung  permintaan abah


Sayur Pucuk Labu Air Goreng Belacan...

Alhamdulillah...

Diberi kesempatan untuk menyambut Aidiladha tahun ni cuma tak berkesempatan join ibadah korban tahun ni...so tak merasa la daging korban...

Eh..adik aku sempat balik rumah mertua dia kat Hulu Langat...so dapat la jugak daging korban...penuh dah peti ais kami ngan daging..abah beli banyak plak ari tu...aku pesan beli daging batang pinang sebab nak masakkan kurma daging untuk kakak Dania...favorite dia tuh...ye la..hari ni kan birthday dia..so kena la raikan walau tiada sebarang majlis untuk dia tahun ni...

itu la kisah raya aku yang serba sederhana...lebih kepada lepak kat rumah sebab rata-rata lepas kenduri ni penat memang terasa...

Jumpa lagi korang next entry....

Wednesday, November 9, 2011

Aidiladha Kami..

Sabtu petang...balik kampung semata2 nak buat lemang...aku x tolong pun sbb x minat benda2 renyah mcm ni...mak bising2..kenapa x nak belajar..sok2 diorang dah takde sapa nak buat kan?

tiap2 tahun x kira raya puasa ker raya haji..mereka bertiga ni la orang kuat buat lemang..
sambil2 masukkan semua bahan tuh..sambil2 chit chat..
guna beras pulut ye kawan2...
buluh lemang..aku x reti nak bezakan mana buluh lemang mana buluh biasa...
hampir siap semuanya dan ready utk di bakar..
buluh yang dah diisi beras dan santan
sedia untuk dibakar...
hampir nak masak...mcm mana nak tau....tidak la aku ketahuan..yang aku tau..lemang ni apinya sentiasa kena jaga...
kalau x maunya makan beras hangus..hehehehe...
next entry aku paparkan hero dalam pembikinan lemang eh..td heroin kan....

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah