Monday, October 18, 2021

Review Drama Korea Hometown Cha Cha Cha

Assalamualaikum...

Hi korang...

SA ingin memulakan review SA dengan mengatakan sila lah tonton K-Drama ini. Jangan terlepas drama yang sweet sangat dari awal episode sampai akhir episode. Salah satu K-Drama paling indah yang SA pernah tonton sebenarnya. Drama ini mendapat rating tertinggi dalam sejarah Drama Korea dengan mendapat tempat pertama selama 3 minggu berturut- turut dan mendapat tontonan mencecah 3.2 juta keseluruhan. Menarik kan?

Pelakon Utama 

~ Shin Min-a sbg Yoon Hye-jin

~ Kim Seon-ho sbg Hong Du-sik

Sinopsis

Yoon Hye-jin (Shin Min-a), seorang doktor gigi yang cerdas dan cantik yang tinggal di bandar besar, kehilangan pekerjaannya setelah dia dengan secara  drastik menuduh boss di klinik pergigian nya mengaut keuntungan dengan cara yang salah. Dia memulakan perjalanan ke desa tepi laut yang indah di Gongjin, di mana dia bertemu dengan Hong Du-sik (Kim Seon-ho). Du-sik dipandang tinggi di kampung kerana dia menjaga para penduduk disana. Du-Sik adalah seorang lelaki yang aneh dimana dia membuat semua kerja di perkampungan itu. Malah Du-Sik yang banyak membantu Yoon Hye-jin melalui liku- liku kehidupan dan keluar dari apa jua permasalahan sehingga keduanya jatuh cinta dan akhirnya berkahwin setelah melalui sedikit kesukaran di dalam perhubungan.


Jalan cerita yang indah sangat. Kalau korang stress di tempat kerja atau di rumah. Tengok cerita ni..Ia sangat menenangkan hati korang ️dan memberi korang getaran yang baik  setelah melalui hari yang melelahkan atau menyedihkan, SA tengok cerita ni masa dalam train hari- hari lepas waktu kerja terus rasa segar dan hilang segala penat lelah. Drama ini begitu istimewa bagi SA kerana SA seolah terbawa dalam drama ni..penceritaan atau jalan cerita tidak terlalu Klise. Lebih memaparkan kehidupan bermasyarakat yang indah. memang betul- betul sweet sangat cerita ni..



Drama ini adalah kisah seorang doktor gigi  yang berpindah ke kawasan luar bandar iaitu sebuah perkampungan indah terletak di tepi laut untuk memulakan klinik pergigiannya dan bertemu dengan lelaki yang yang pada awalnya menjengkelkan. Hari- hari yang dilalui pada awalnya sangat sukar kerana telah terbiasa dengan kehidupan moden dan mewah, membuatkan  sedikit demi sedikit menjadi indah sehingga hasrat untuk berpindah semula ke Seoul terus dibatalkan kerana perkampungan itu dan penduduk nya telah berjaya memikat hatinya. Kehidupan masyarakat yang dipaparkan dalam drama ini banyak memberikan pengajaran. Segala asam garam kehidupan dalam masyarakat kampung banyak dipaparkan dalam drama ini. Sikap toleransi, bertanggungjawab dan kasih sayang sesama penduduk kampung memang menyentuh hati dan tak dapat kita tengok dalam kehidupan kita sekarang.

Part paling sedih apabila kematian Nenek Gam-ri...part ni SA berani confirm yang korang akan menangis...sebab SA menghayati kan...part menangis memang x boleh lari la....

Apa tunggu lagi....nak tau cerita ni hebat ke tidak...korang tonton sendiri ye...SA tak nak jadi spoiler...hehehe....citer ni memang best dengan lokasi penggambaran yang sangat-sangat indah...SA yakin korang pasti terpesona.


9 comments:

  1. dah habis nonton..feel good drama..suka bromance antara hero & director Ji..

    nangis jg masa scene nenek Gam-ri mati & hero baca nota..huhu..

    ReplyDelete
  2. Saya tak tonton lagi drama ni. Tapi ramai yang kata best.

    ReplyDelete
  3. Iyer...sedih sgt ep 15 tu...part nenek tu mati, sakit2 dada dibuatnya. Part budak comei tu nangis sbb mak n pak dia dah rujuk balik...adoi la,pandai tul budak tu berlakon.. and part kawan baik dia muncul balik...eh eh...sakan join sama menangis.. best sgt

    ReplyDelete
  4. Belum sampai seru lagi nak tonton cerita korea

    ReplyDelete
  5. Trending drama ni. Belum terjebak lagi :)

    ReplyDelete
  6. mmg dah masuk wishlist dah cite ni.. nanti la nak donlod

    ReplyDelete
  7. Suka cerita menenangkan dan beri aura gembira.
    Bagus Kak SA rasa ceria.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah