Thursday, June 2, 2022

K-Drama Yang SA Selesai Tonton Dan Sedang Tonton

Assalamualaikum...

Hi korang...

SA sempat tau tengok KDrama walau tengah busy. Masa bila la yang SA tengok drama ni kan...haaa....SA x keluar rehat kadang- kadang tu SA tengok la kat Netflix. Lepas tu masa dalam train..kadang kalau malam x boleh tido tu SA tengok gak la dulu sementara tunggu mata lelap...

Baru ni SA baru habis tengok Business Proposal ni...best citer Komedi Romantik yang enjoy jer tengok...once korang dah tengok korang x leh stop...mesti nak tengok lagi...ada 12 episode mengisahkan Shin Ha Ri yang bercinta dengan Kang Tae Mo yang merupakan CEO company dia kerja...bermacam dugaan pada awal kisah Shin Ha Ri dimana dia menggantikan kawan baiknya untuk berjumpa Kang Tae Mo yang ingin dijodohkan dengan kawan baiknya...sejak tu hidup Shin Ha Ri di kelilingi masalah.. 

Jalan cerita Business Proposal ni best dan banyak berlaku di kalangan masyarakat di Korea...eh..kat Malaysia pun ada problem macam ni...tapi golongan kayangan la...hehehe...apapun korang tengok la sampai habis..recommended...



Thirty Nine

Citer ni mengisahkan kekuatan dalam persahabatan bagi  3 wanita yang bersahabat baik dari kecil sehingga mereka berusia 39 tahun. Mereka tidak pernah berpisah dan sentiasa ada apabila memerlukan..suka duka kisah dan apa yanga berlaku dalam hidup mereka memang mereka kongsi bersama sehinggalah takdir berubah apabila salah seorang dari 3 sahabat ini disahkan mendapat terminal cancer diagnosis intervenes. 

SA menangis giler tengok citer ni...sedih sangat...seolah-olah SA yang menghadapi kehilangan. Rasa macam rugi jer airmata menangis tengok Kdrama ni...tapi nak buat cane kan..lumrah seorang wanita yang mempunyai jiwa yang halus dan mudah tersentuh..haha...paling teruk SA menangis bila Mi- Jo arrangekan pertemuan Chan-Young dengan semua rakan University mereka dalam pertemuan yang indah...sedih oiii....ye la...kita tau kawan kita nak mati kan...lepas tu aturkan pertemuan macam tu untuk kali terakhir...plot citer ni menarik sangat..susunan babak pun menarik..dari awal happy-happy sampai la saat diorang habiskan masa bersama sambil menunggu hari akhir hayat Chan -young.

Korang kena tengok citer ni...recommended jugak...




Dan sekarang SA tengah layan Juvenile Justice plak. Drama ni lebih kepada kisah apa yang berlaku dalam mahkamah untuk kes Juvana. Ngeri gak sebab tu dilabel sebagai Legal & Crime scene...memandangkan SA baru je layan 2 episode...memang cerita ni ada kekuatannya sendiri...tunggu nanti SA review bila dah habis tengok eh...

Siyes not bad citer ni... 


9 comments:

  1. business proposal dah abis tengok, memang best... nak tgok lagi dua tu la sebab x penah tengok lagi

    ReplyDelete
  2. Pernah baca info pasal Thirty Nine tapi belum sempat tengok lagi.

    ReplyDelete
  3. hahahah semua pun best!! Layaaannnn je semua drama-drama tu..

    ReplyDelete
  4. dah tengok 39 je...dua lagi belum sempat tengok

    ReplyDelete
  5. Nasib baik wak tak terjebak lagi

    ReplyDelete
  6. Duk melayan business proposal tu... Baru episod 6 😂😂😂

    ReplyDelete
  7. No 1 tu ... dah abis dah..best!
    No 2 ..pun dah abis, sedih giler but suka sgt sbb pasal friendship
    No 3 pun dah abis.. pun best.
    currently x layan apa2 KDrama lagi...mcm nak layan Blues sbb ada Kim Woo Bin...emmmm

    ReplyDelete
  8. semua belum layan.. nanti nak tengok jugak la tq share kak

    ReplyDelete
  9. semua tak penah tgk lagi kak

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah